Showing posts with label Cinta Tarbawiy. Show all posts
Showing posts with label Cinta Tarbawiy. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Mencari Ahbabi Di Bukit Uhud



When some ask..

What is your favorite things?

I would say... I love rain.

Rain give me present

A hope, a feel..

It never spoke, but I always hear

Rain sometimes told a story

A story of tears and a story of questions

A story of painful and a story of happiness

Dear Allah.. Held.. Please Held..

Suatu ketika, Seorang sahabat menangis teresak-esak sehingga beliau tidak dapat memejamkan mata pada malam itu. Tangisannya berterusan sehingga didengari Rasulullah S.a.w.

Rasulullah bertanya, kenapa seperti itu. Sahabat tadi menjawab. " Ya Rasulullah, aku menangis kerana aku amat mencintaimu. Jika aku ke Neraka, pasti aku tidak akan dapat berjumpamu. Dan jika aku ke syurga, pasti syurgaku yang paling rendah dan syurgamu tertinggi, juga tidak dapat berjumpamu. Bagaimana.."

Bezanya jarak antara tingkatan syurga adalah setinggi langit dengan bumi. Syurga yang paling tinggi hanya kelihatan seperti bintang di langit apabila berada di syurga bawah.

Rasulullah s.a.w. menjawab, mereka yang yang memasuki syurga akan bersama dengan insan yang mereka cintai..

Wahai sahabat, tidak setanding cinta kami pada kekasihmu..

Sirah juga ada menyebut di suatu kisah yang lain, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Saidina Umar pernah berjalan dengan seorang sahabat di suatu tempat. Dalam perjalanan mereka, Saidina Umar melompat ke hadapan, sedangkan tiada apa-apa subjek yang terhalang. Sahabat kehairanan, lalu Saidina Umar menjawab. "Dulu, Rasulullah melompat di kawasan ini, sebab ada air"

Wahai Umar.. Kami rindu..

-Umat Muhammad Rasulullah..-

"Ahbabi,ahbabi,ahbabi".. Di mana ahbabi.. Kemudian Saidina Abu Bakar megumpulkan semua sahabat di hadapan Bukit Uhud ketika itu. Sebelum itu, Rasulullah s.a.w. telah meminta Saidina Abu Bakar membawa Baginda menziarahi syuhada' Uhud.

Baginda menyeru lagi "ahbabi..ahbabi.." Sehinggalah Saidina Abu Bakar bersuara.. "ya Rasulullah, siapa kekasihmu, semua antara kami ada di sini.."

Kamu semua sahabatku.. Kekasihku adalah mereka yang beriman denganku tapi tidak sempat melihatku..

Sayangnya Rasulullah sehingga kita digelar kekasih.. Bukan Mudah menjadi kekasih Baginda.

1. Merasai kebersamaan, merasai kehidupan bersama Muhammad Rasulullah

2. Membawa risalah, mempertahankan Islam. Ayuh, pertahan gerakan Islam. Undi PAS, bawa PAS..ABU

3.Istiqamah


Rasulullah, terima cinta kami..

Happy birthday ahbabi..

Thursday, December 8, 2011

Tarakiz Tarbiyyah



TARAKIZ TARBIYYAH
Sentuhan tarbiyyah mestilah mennyentuh 4 pusat perubahan dalam diri manusia:
1. Ruh melalui tarbiyyah ruhiyyah
2. Aqal melalui ilmu dan fikrah
3. Qalbu (hati) melalui tahsinul qalb
4. Ruh melalui tazkiyyah dan mujahadatu nafs

-Abi-

Di ruang cube hijau, saya merenung bunnga konvo yang makin layu..

Malu pada diri sendiri.
Sebagai wanita, muslimah dan seorang staff kepada majikan.
Bila tidak menjaga perkataan,
bila marah tiada kawalan,

bila sombong menghiasi diri,
lantas manusia menjadi benci..
Diri ini menjadi sangsi
akan wanitamu sendiri..

Tuhan pelihara wanita kami,
agar santun sifat terpuji,
agar lembut cantik peribadi,
mencontohi akhlak serikandi sejati,
di medan jihad berani beraksi
di medan suci taati suami..

Rindu serikandi Saidatina Fatimah Binti Rasulullah.... Allah, bimbinglah kami, wanita-wanita yang Islam angkat.

Monday, October 24, 2011

Dalam kekalutan dan keriuhan pejabat, di satu ruang cube hijau, saya menulis tanpa mempedulikan kesibukan itu. Di saat telefon berdering-dering di meja sana dan meja sini.

Rindunya pada usrah abi. Tidak sempat rupanya khatam kitab bidayatul hidayah. Mahu gugur air mata rasanya.

Bila lagi mahu begitu..

Lantas, kitab berkulit biru itu saya belek satu persatu.

Kenangan-kenangan lalu terus hidup di ruang ingatan. Subahanallah. Sungguh, rindu.

Mata saya tertangkap pada muka surat ke 106

"Tidak sepatutnya engkau hanya puasa pada bulan Ramadhan sahaja maka bermakna engkau talah meninggalkan merebut keuntungan dengan puasa sunat dan engkau tidak mengambil peluang untuk merebut darjat yang tinggi dalam syurga firdaus"

Kembali pula indanya ramadhan di Masjid Ridwaniah. Ya Rabbi.

Saya baca lagi.

"nanti engkau akan menyesal apabila engkau melihat kepada bintang-bintang yang berkelip-kelip"

"maka engkau jauh lebih tinggi daripada engkau kerana mereka berada pada darjat yang tinggi"

Rasulullah...

Dan hari ni merupakan 2 Zulhijjah. Saya teringat kuliah TGAH di Rusila satu ketika dulu, "ramai antara kita berusaha menghidupkan 10 malam terakhir bulan ramadhan namun tak ramai yang menghidupkan 10 malam awal bulan Zulhijjah"

Dan barulah saya tahu bahawa kita digalakkan untuk menghidupkan malam tersebut dan berpuasa pada siang harinya"

Terdapat juga dalam pesanan Imam Ghazali ni, sunat berpuasa 10 hari pertama bulan Zulhijjah.,.

Sahabat, tunggu.

Allahua'lam.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem.. Pesan Abi

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA
Ya abnaa al jama'ah..
Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :

1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6

3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..

4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..
لا اله الا الله...wallahu a'lam.

Abi...=)


P/s: Ramadhan bukan hanya bulan puasa...

Tuesday, June 7, 2011

Si Anak Muda

Satu Sinar Harapan Buat Anak Muda

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu
hanya melengang lenggok di tepi jalan
berkumpul riuh di stesen bas, mengusik perempuan
manakala perempuan
buat temu janji dengan lelaki jalanan, liar, tidak bermoral.

Anak muda hari ini
harus melihat apakah akan jadi
kepada generasi hari ini dan akan datang
di bawah telunjuk penguasa sekularis
yang mahukan mereka terus leka dengan artis-artis
yang bayaran satu malam amalnya
lebih mahal dari secangkir teh untuk Ustaz
mengajar di surau dan masjid.


Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda menentukan masa depan warga kota dan desa
warga yang tertekan dengan harga barang naik,
petrol naik, gula naik, minyak masak naik, susu pekat naik,
tepung gandum naik dan banyak lagi yang bakal naik
akibat salah tadbir golongan penguasa nasionalis sempit tak bertamaddun.

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
lihat anak muda dengan teknologi mayanya
telah melontar regim Husni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah
tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia
Irhal, irhal Mubarak irhal
Irhal, irhal, Mubarak irhal,
Irhal, irhal Mubarak irhal,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada kekuatan tersembunyi
yang digeruni oleh penguasa-penguasa zalim seluruh dunia
kekuatan kita adalah keyakinan kita untuk bangkit
menyatakan yang hak kepada penguasa itu
menyatakan kamu adalah penindas rakyat
kamu menjadikan mereka pengemis dengan wang ihsan
sedangkan merekalah yang kaya raya dengan khazanah rakyat
membaham bagaikan jerung merantah bilis di lautan terbentang luas ini.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada jiwa mudah tersentuh
apabila kita melihat nelayan bapak-bapak kita
terus dengan kehidupan,
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
tidak berubah-rubah berdekad-dekad lamanya,
sedangkan penguasa barang naik,
mengumpul harta bertimbun-timbun,
mengatur deretan istana dan kereta mewah,
tanpa segan silu di hadapan gobok buruk rakyat.

Ada lagi yang menggali perigi untuk mendapat sebaldi air
buat sarapan pagi dan hidangan malam
sedangkan penguasa menjamu selera dengan segala hidangan lazat
dan minuman memabukkan lambang segala kemewahan dan kerakusan dunia.


Rakyat terhimpit miskin dan tertindas hanya dibela di musim pilihanraya
"Mak cik ambil duit RM50 ni, jangan lupa pangkah barang naik yer?"

Nilai maruah rakyat hanya puluhan dan ratusan ringgit sahaja.

Nah di sini, anak muda ku
kita harus mulakan satu perubahan,
menjadikan bapak-bapak nelayan kita, tidak lagi duduk berlindung di bawah gobok buruk
di rumah sewa Yayasan Keluarga berasak-asak bagaikan ikan tamban dalam tempayan
yang masih tidak ada kesudahan hala tuju hidup mereka
akibat bahana kerajaan barang naik.

Nah, anak muda ku
kita perlu mulakan satu perubahan bersama
kita ada jalan untuk selesaikan masalah kita
dan masalah warga kota dan desa
yang kita hidup bernafas di dalamnya
kalau kita bermuafakat,
Nabi bersabda, "Kambing bersama kawanannya tidak akan dibaham serigala."


Suhaimi Taib


Kuala Terengganu
22 Mei 2011

P/S: Puisi dicipta dan dibaca khas untuk Pemuda Cendering Pantai dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Burok, di Tepian Pantai Pandak Chendering Kuala Terengannu.


Tuesday, April 12, 2011

Bangun Mencari Pelangi

Bismillah..

Assalamualaikum sahabat..

Hari ini seindah semalam? Atau lebih baik dari semalam? Siapa di sisi kita tika ini? Sahabat? Teman? Kakak? atau Adik? Moga sayang Allah masih dimiliki walau siapa pun di sisi kita..

Seperti biasa rasa terkilan tidak update blog setelah sekian, amat saya rasai.. =) Rindunya nak update Tuhan saja yang tahu. Tetiba saya teringat library USIM yang indah. Rumah kedua selepas Kahfi. Tempat saya update blog selalu, tempat google journal, tempat jumpa adik beradik, tempat yang paling best untuk bersendiri, hehe..


Petang semalam saya berbual dalam ym dengan seorang rakan blogger yang sedang maju dgn blongnya.. Btul tak sheikh? Hehe.

Berkongsi cerita terbaru, update maklumat masing2. Kuatnya tangan saya menulis hari ni, terima kasih kepada beliau. Lepas diperli barulah saya tersedar. Haip..

Ayat yang paling terkesan semalam yang tak boleh saya lupa. Tatabahasa yang biasa tapi cukup untuk saya berfikir dan berkongsi. Ayatnya berbunyi, hehe...

"sedih la ye awak memanjang"

Haha, dalam hati saya masa tu, "tak leh blah btul dia ni".. Semacam cuba berkata sifat dominan saya ialah sedih. Haha.. Mungkin banyak entry saya berbentuk sedih sblm ni.. Hehe, apa pun terima kasih sheikh.=)

Bagimana ya Rasulullah dulu tangani kesedihan, putus asa, stress. Bagaimana Rasululullah bersahabat?

"Aku manusia seperti kamu, cuma aku diwahyukan untuk mengkhabarkan berita gembira" Saya teringat kuliah abi di UKM satu masa dulu. Abi meyakinkan kami bahawa Rasulullah sama macam kita dengan membawa hadis tersebut.

"Bangkitlah hadapi tekanan dengan Qiammulail!!!" Mata saya tertangkap dengan rangkap ni waktu saya membelek kitab bidayatul hadayah tulisan Imam Ghazali, kitab kesayangan. Kitab nipis yang biasa, sekali terbaca cukup terkesan.

"Saat Rasulullah sedih ketika mendapat tahu rancangan pembunuhan baginda di Darun Nadwah, Rasulullah berselimut (dengan pakaian)"

"Turun surah Al-muzzamil, sentuhan Rabbani dari Allah, yang menyentuh jiwa para Daei secara berterusan, sebab itu Allah didik Rasulullah dengan Qiamulail" Terngiang-ngiang suara dan wajah abi.

Hati yang tak pernah cukup
Hati yang tak pernah diam ditarik ditolak
Hati yang tak kenal penat berbisik-bisik
Hati yang hanya kepunyaan hamba kecil
Yang bisa merasa dan menelan

Wajahmu sahabat kini bermain-main di ruang mata. "Enti, biasa baca ma'thurat tak?" Tanya sahabat. Saya mengangguk dan berbalas soalan yang sepatah. "kenapa?"
"Cubalah baca ma'hurat 3 kali setiap kali baca, ubat hati, teman hati, supplement hati"

Hehe, agak scattered kali ni. Apa pun amiklah mana yang bermanfaat..

Saya kira sampai di sini sahaja perkongsian selepas bangun seketika..
Masih belum menjumpai pelangi, mungkin senja nanti=)..

InsyaAllah kita berkongsi di lain masa..

Terima kasih, sangat.

Hati, Kuat..

Allahua'lam


Thursday, December 16, 2010

Kini aku tiada tempat.... Part 2

Assalamualaikum...

Sambungan Part 1

"Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang ke lima seolah-olah amalan itu pengantin yang di hantar ke rumah suaminya lalu berkata malaikat penjaga langit yang ke lima:

"Berhenti kamu dan pukulah dengan amal ini akan muka orng yang megerjakanya dan campakanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasud kepada oeng yang belajar dan beramal sepert amalanya. Ia hasud akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amaln orang hasad ini melintasi aku"

"Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan sehingga sampai ke langit yang keenam lau berkata malaikat penjaga langit tersebut:

"Berhentilah kamu dan pukulah amalan ini akan muka orang yang mengerjakanya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amaln orang hasad ini melintasi aku"

"Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seorang hamba. Amalan itu adalah sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi zikir seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya mataharidan naiklah bersama dengan amalan itu dengan 3000 malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:

"Berhentilah kamu dan pukulah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakanya bahkan pukulah seluruh anggota badanya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir. Aku akan menghalang amalan orng yang riak sampai kepada Tuhanku...."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah...


Alhamdulillah, akhirnya tamat di sini. Sukarnya amalan kita nak sampai kepadaNya.. Yop, muhasabah yop..

Wednesday, December 15, 2010

Kini aku tiada tempat....

Assalamualaikum sahabat-sahabat saya.. Kali saya bawakan 1 kisah bagaimana ibadat kita sampai kepada Allah..

Jom layan..=)

Khalid bin Maadan pernah bentanya kepada Muaz:

"Wahai Muaz, Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w"

Lalu Muaz menangis sehingga Khalid tidak menyangka Muaz akan berhenti dari tangisanya. Akhirnya Muaz berhenti dan berkata:

"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:

"Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memeberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetepi jika engkau mensia-saikannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti."

"Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum Ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikatdaripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan itu sampai ke langit yang pertama. Mereka menggangap amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

"Pukulah amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain melalui aku untuk terus naik ke atas."

"Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seorang hamba. Mereka menggangap amalan itu baik dan sangat banyak sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat pebjaga langit yang kedua itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukulah dengan amalan ini akan muka orng yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orng seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain itu, ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran"

"Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorng hamba yang penuh dengan sinaran cahaya daripada cahaya sedekah, solat, puasa. Para malaikat Hafazhah , merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu sehingga sampai ke langit yang ketiga maka berkata penjaga langit yang ketiga itu:

"Berhenti kamu di sini dan pukulah dengan amalan ini akan muka orng yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan orang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri dalam majlis orang ramai"

"Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorng hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti besinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka malaikat penjaga langit yanng keempat itu:


"Berhenti kamu di sini dan pukulah dengan amalan ini akan muka orng yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya."

P/s: Ada 3 langit lagi untuk sampai ke langit yang ketujuh. Kisah ini akan bersambung..=)

Monday, October 4, 2010

Cinta Tarbawiy: Pemudakah kita?

Pagi itu saya berdebar. Jalan raya tak macam jalan, kereta tak macam kereta, perbualan dalam kereta sedikit pun saya tak hirau. Alam shahadah seolah-olah mengerti.

Yang saya tahu, saya nak jumpa dia. Dia yang telah saya jatuh hati sekian lama. Setiap kali membaca tulisan sahabat tentang beliau pasti saya simpan impian saya untuk bertemunya. Tak pernah terlintas untuk bertemunya hari ini. Segala-galanya secara kebetulan. Termasukalah pada pagi itu. Saya selamat sampai ke bumi kelahiran. Terengganu Darul Iman.

Perjalanan diteruskan, sampai di perkarangan masjid. Selepas berlakunya beberapa urusan, saya melangkah masuk ke masjid. Kelihatan ramai sahabat-sahabat tak dikenali. Saya duduk mengambil tempat, jauh di belakang. Saya agak terkilan kerana screen di depan tidak begitu besar dan jelas. Salah saya sebab terlambat. Mereka nampaknya lebih mencintai dia dari saya. =(

Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis. “ Sekarang saya menjemput murabbi yang tidak asing lagi, Dato’ Yahya Othman”

Gulp. Tertelan air liur, rupanya dia seorang Dato’, baru saya tahu hari ini.

Ustaz Yahya mulakan ucapan beliau dengan sepotong ayat Quran yang biasa kita dengar.

Saat pertama kali mendengar suara beliau hati yang berdebar tadi bertukar menjadi sebak. Tangan saya menggigil. Entah kenapa, saya tak dapat tahan air mata saya kali ni. Sukar digambarkan perasaan heppy bercampur sayu dan bersyukur tika itu.

Saya tinggalkan perasaan wanita saya ni, untuk saya fokus benda yang jauh lebih penting. Muatiaranya.

“ Apa itu tarbiyyah?”

“Ia adalah usaha murabbi kepada murid-muridnya” . Pertama kali saya dengar definisi tarbiyyah dari posisi seorang murabbi. Patutlah ustaz begitu sayang anak muridnya.

Ustaz meneruskan lagi.

“Khalifah adalah pegawai penguatkuasa. Kerja dia pergi ke kedai, cek barang2. Sama ada, barang-barang yang dijiual mengikut peraturan ke tak”. Analogi yang mudah saya kira.

“Tapi kita khalifah yang tak perlu buat undang2. Undang2 dah ada, cuma tinggal kita kena laksanakan. Iaitu dakwah supaya semua orang terima Islam sepenuhnya. Peraturan Islam, undang-undang Islam, dan cara hidup Islam dan sebagainya”

“Apa yang kita buat, kita tiru Rasulullah. Rasulullah pun ditarbiyyah oleh Allah”. Apatah lagi kita manusia biasa. Amat memerlukan tarbiyyah.

Tetiba ustaz membuka cerita.

Katanya, sebelum sampai masjid ni, dia ada bertanya kepada penjemputnya (urusetia program agaknya). “Peserta ni orang yang macam mana? Yang dah dapat tarbiyyah ke tak”

“Mukhayyam ni slow! Slow banyak”. Ustaz senyum. Setiap anak-anak di depan beliau, satu2 dia perhati. Semua kecut perut agaknya kerana sedia maklum, ustaz ni seorng yang tegas. Teringat seorang sahabat saya, terketar2 betulkan kaca mata dia masa kena marah ngan Ustaz Yahya.

“Abdullah ibnu Mas’ud, sebaik sahaja masuk Islam, Rasulullah mengajar beliau Al-Quran, membaca dengan betul.

“kemudian kita kena faham Quran, lepas faham kita hafaz, dan seterusnya kita amal”

“kerana kita ni guru kepada ummat Islam lain”. Tetiba saya rasa besarnya tanggungjawab. Macam mana kalau Allah tanya di kubur nanti. Apa yang saya buat untuk ummat Islam lain.

“Ramai orang muslim kerana hanya sekadar mengucap shahadah, tapi tak ramai orang mu’min”. Kemudian ustaz membuat perbandingan tentang politik yang saya kira amat jelas. Hari ni yakin saya bertambah.

“Kita wajib menyelamatkan orang-orang tidak mu’min”

Kemudian ustaz mengaitkan kisah perang Rasulullah.

“Manusia ni akan menolak apa yang dia tidak mengerti”. Betul2. Amat tepat. Sebab itu yang jahil terus jahil.

“jika mereka tidak mu’min, macam mana dengan solat mereka?”

“Solat ni pencegah perkara mungkar. Mereka solat tapi mereka jahil”

“Selagi kita tidak tahu bacaan dalam solat, selagi itu orang jahil akan memerintah!”. Nah. Peranan kita.

“beri perhatian kepada oarng muda. Mereka mempunyai hati yang murni” kita lah orang muda tu.

Kita orang muda yang akan menjadi pemimpin-pimimpin Negara. Punah kita, punah lah Negara. Lihatlah pemudannya sekarang jika mahu lihat perjalanan Negara akan datang. Tetiba saya serius, pemuda kita sekarang macam mana? Berapa kerat yang amik serius bila bincang isu-isu berat? Berapa banyak orang muda yang tenggelam dengan hiburan. Berpa banyak yang menjadikan artis sebagai idola? Hinggakan nama anak pun letak nama artis.

“Fikirkan apa yang dimasudkan dengan Fahsya’ dan Mungkar” Sama-sama kita kelaskan perbuatan2 Fahsya’ dan Mungkar. Macam mana pekerjaan kita sehari-hari. Gaji, dan sebagainya.

“Tarbiyyah berhajat kepada seorang murabbi. Naqib yang ditarbiyyah oleh ulama’ supaya tarbiyyah berjalan lancar”

“cek balik usrah, bila ada yang tidak mahu hadir. ukhuwwah”. Cari usrah jika tiada, komit usrah jika telah ada.

“tak sempurna iman jika tidak kasih orang mu’min yang lain”. Kali ni saya faham kenapa saya terlalu sayang dengan ustaz yahya walaupun jauh sekali untuk beliau kenal saya. Beliau cakap beliau teramat sayang kami yang di depannya. Teramat sayang anak muda di depanya. Sebab tu ada chemistry macam ni. =)

“dirikan Negara Islam dalam hati kamu. Biar orang nampak islam dalam diri kita. Adab, pekerjaan dan cara hidup”. Segala-galanya kita jaga.

“kita macam atas 1 kapal yang besar. Masing-masing ada peranan” ada yang jadi ketua, ada yang penunjuk arah, ada yang tengok cuaca, ada yang jaga kebajikan. Semua kita ada peranan sendiri. Macam tu juga dalam Islam. Untuk tertegaknya Negara Islam setiap KITA ada peranan. Baik sedikit dari tak ada langsung. Cari peranan masing-masing.

Akhir sekali, ustaz bagi pesanan untuk sekalian pemuda.

- 1. Mesti bercakap benar

- 2. Beramal dengan ilmu

- 3. Baca Quran

- 4. Faham Quran

“sampaikan ilmu, jangan sesekali sembunyikan!”

Ustaz tinggalkan kami dengan sepotong ayat Quran. Surah As-Saf: 14

Terima kasih ustaz!

Assalamualaikum. Moga mendapat manfaat.=)

p/s: kisah cinta tarbawiy ni mungkin akan bersambung.



Thursday, September 30, 2010

Catatan 'Jemu'

Iklan2: Jom, mai Terengganu!

“Akk, dorng da siap ta’ruf” Cerita junior saya beria-ria selepas beberapa minit kami tiba di stesen LRT wangsa maju. Saya angguk lemah. Beberapa langkah kami keluar dari stesen tersebut, jumpa pula 2 junior lain dari UKMKL. Bersalam, mesra. Senyum saya pudar.

Bercerita macam-macam budak bertiga ni. Macam setahun tak jumpa. Aiyaak! Perempuan.

Sedang rancak bercerita, abang senior call, dia da sampai untuk datang ambik kami berempat menuju ke tempat abi bagi pengisian. Jauh jugak. Dalam 15 minit. Dalam kereta, macam-macam dalam kepala saya.

“Best jugak kalau abg ni hantar saya balik Nilai sekarang”

“Jangan lah sampi lagi, nak duk dalam kereta”

“Kenapa rasa tak best hari ni”

Dan macam-macam lagi yang saya sendiri da tak ingat. Menarik jugak taman-taman perumahan di wangsa maju ni. Teringat 1 masa dulu penah bercita-cita nak beli rumah di sekitar sini.

Akhirnya sampailah kami di 1 masjid yang saya betul2 lupa namanya apa. Dari belah sisi, nampak macam surau. Jatuh hati saya pada msajid ni. Siapa ye ajk masjid ni?

Di sebelah luar masjid, ad ruang lapang, saya nampak 1 kumpulan, yang ada dua layer separuh bulat. 1 layer muslimin dan 1 layer muslimat. Mata saya tertangkap dengan pandangan mata seorang insan.

Sebaik saja kereta parking, pintu kereta terus saya buka, kaki yang lemah tetiba menjadi kuat, kepala saya tetiba lurus terpandu. Subhanallah. Dari mana datangnya tenaga ni. Saya tak ada jawapan. Saya seolah-olah berlari menuju tempat tadi meninggalkan 3 junior dalam kereta tadi. Hehe, tindakan luar sedar ni.

Saya cari tempat duduk, sebelah ummi. Saya sambut manja tangan yang dihulurkan. Mahu saja saya ceritakan apa saja padanya.

Saya kembali ke posisi yang asal. Kitab ‘Bidayatul Hidayah’ karangan Imam Ghazali perlahan-lahan saya buka. Muka surat 27, sambungan hari tu.

“Roh ni adalah 1 unsur yang mana bila dicampur dengan jasad akan menghasilkan 1 elemen baru yang dinamakan nafsu”.

Abi belum habis bagi mukaddimah rupanya, abi suka sentuh tentang roh, sesuatu yang kita tak nampak, tapi kena jaga. Kalau sakit kena rawat, kalau hilang kena cari. Ibarat makan masakan seseorang yang dibuat dengan kasih sayang. Tak tahu dia letak apa, tapi sedap dan nak lagi. Hehe, betul ke?

“Nafsu yang sebenarnya akan terkesan dengan keadaan sekeliling. Macam seorang bayi yang dilahirkan ke dunia. Ibu bapanya lah yang akan membentuknya. Sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

“Mujahadahatunnas masa bulan Ramadhan adalah proses untuk mengembalikan roh yang sebenar, yang mana pada 1 Syawal kita sambut dengan kegembiraan yang sebenar”. Dalam maksud abi, saya cuba mengerti.

“Ia ibarat 1 refreshment untuk bina kembali para amilin, para qiyadah dan para dua’a”

“Mujahadahatunnas melahirkan manusia yang akan menguruskan kehidupan dengan adab-adab yang kita amalkan dengan waktu tertentu”

“Mengamalkan adab-adab, sama seperti memperhaluskan keperibadian kerana ianya sunnah Rasulullah”

“Jadi sebab tu lah kita bercakap tentang adab hari ni”

Saya buka semula buku saya yang telah tertutup tadi. Tajuk hari ni “ Adab-adab masuk ke dalam tandas”

Untuk part ni tidak banyak yang dapat saya sedut gara-gara gangguan organ-organ tertentu yang meragam.

“Makruh jika tidak berkepala dan berkasut di dalam tandas. Makruh berat yang mana boleh jatuh haram” Abi cakap penterjemah kitab ni orang utara, jadi semua alas kaki dipanggil kasut. Heh.

Saya da tak boleh mencatat. Mampu mendengar je. Menahan kesejukan. Tapi kenapa sejuk sangat ni.

Saya ingat lagi abi cakap, tandas tak apa kalau mengadap kiblat, dengan syarat kena ada dinding. Saya baru tahu, lama fikir. Da siap plan tu, nak buat rumah nanti, kena tengok kiblat dulu, tandas sesuai letak kat mana. Heh, kelaka kan kalau kita ni y\tak blaja.

Lagi abi cakap kenapa kita kena masuk kaki kiri, sebab kita kena muliakan kanan. Tangan kanan bakal menerima buku catatan.

Serius, kali ni memang tak dapat dengar apa yang abi cakap. Badan yang sejuk tadi da mula menggigil, terasa sakit tulang2, kaki rasa macam rendam ais, kepala sakit dan pusing2, rasa nak muntah lagi setelah beberapa kali ke toilet. Tangan saya pucat. Kali ni saya realise, saya demam rupanya. Rasa nak baring dan pejam mata.

Aiyak! Macam mana nak balik.

Selesai pengisian dari abi, kami solat zohor berjemaah. Huhu, da tak nampak jalan. Redah je. Lepas ambik wuduk saya rasa sedikit bertenaga, baru rasa yakin, insyaAllah boleh balik.

Kami menuju ke rumah junior yang telah menyediakan makanan tengah hari. Lambat lagi balik rupanya. Rasa lapar da hilang, yang ada rasa sakit seluruh badan. Tak tahu sakit kat mana. Yang paling ketara rasa nak muntah dan sakit kepala.

“Akk demam ni. Ok x ni?” Junior tanya, angguk je le.

Masuk je rumah, wauu. Peh, luar rumah teres dalam macam hotel. Terkezut. Nasib demam, buatnya latah, memalukan kaum. Haih.

Getting worse, sejuk sangat2 macam di Alaska. Nampak objek semua double, yang triple pun ada, nampak sayap ayam dan nasi arab dalam pinggan ni kecik besar- kecik besar. Macam mana nak makan ni. Huhu. Telan jugak 2-3 mulut, pastu pas kt junior ni, dia y habiskan. A credit to her. =)

Nak balik ke Nilai naik tren ni pulak. Adoii. Tough2. Malu rasanya nak cerita dalam perjalan dari lrt wangsa maju ke ktm nilai. Banyak perkara-perkara diluar kawalan yang telah saya buat. Nasib baik junior saya ni orang yang patuh je. Tak kata apa. Heh. Sorry dik.

Sampi rumah di anggerik, tidur, solat magrib, dan bermulalah 1 pengembaraan penyakit yang menguji kekuatan fizikal. Hoh. Setelah 3 hari, Alhamdulillah, hari ni Allah bg pulih seperti sedia kala. Tak ada 1 pun yang luak.

2 hari baring atas tilam. Nasib baik tak gila. Sebabnya tak dan fikir apa2, tidur je. Sbb tu hari ni macam janggal sket bertemu manusia. Heh.

Apa pun,

hanya orang sakit yang tahu nikmat sihat. Lapang dan sihat, 2 nikmat yang selalu kita terlepas pandang.

Sekadar itu, Allahua’alam

Ya Mujeeb, Ya Qareeb


Assalamulaikum.



Monday, August 16, 2010

Hebatnya Kamu...!


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam 6 Ramadhan. Moga masih kuat dan semangat berpuasa, solat berjemaah, tadabbur al Quran dan berterawih. Konsisten lakukan amalan sunat lain. Biarpun sunat, kita buat. Perumpamaan amalan sunat ibarat nasi, ayam goreng dan sup sayur. Nasi adalah sesuatu yang wajib bagi kita, orang Malaysia. Ayam goreng dan sup sayur pula hanya sunat. Jika kita hanya lakukan yang wajib sahaja, ibarat kita makan nasi kosong. Cuba tanya dada, best tak makan nasi kosong. Hehe, kalau best jugak mungkin ada something wrong dan disyorkan untuk jumpa doktor. Hehe.

Kali ni terasa nak buka kitab Al Azkar, Imam Nawawi. Dalam perancangn mencari seseorang untuk menjadi guru supaya tamat kitab ni.

Jom kita kenal Ulama'..

Siapa kamu, Imam Nawawi

An Nawawi, Imam al-Hafiz, al-Aulad, al-Qudwah, Syeikhul Islam, 'Alamul Auliya', Abu Zakaria Muhyiddin Yahya Ibnu Syaraf, al-Hizami al-Hawaribi asy-Syafi'e. Subahanallah, hebat sungguh. Imam Nawawi dilahirkan di Kampung Nawa, Damsyik, Syiria pada Muharam 631 H.

"Aku mencatatkan semua pelajaran tersebut baik berupa penjelasan kepada kepada kata sukar mahupun penjelasan ungkapan dan penyelarasan bahasa dan Allah s. w. t telah memberkati waktuku. Pernah terlintas dalam fikiranku untuk menyibukkan diri dengan ilmu kedoktoran, kemudian aku mempelajari kitab al-Qanun. Namun tiba-tiba hatiku menjadi gelap, berhari-hari aku tidak mampu belajar. Aku berasa kasihan pada diriku, sehingga aku menjual kitab tersebut dan hatiku mula menjadi terang"

Zuhud Imam Nawawi

Beliau tidak pernah makan buah-buahan dan timun.

"Aku khuatir buah-buahan akan melembabkan tubuhku dan membuat diriku tertidur"

Sehari semalam beliau makan dan minum sekali pada waktu sahur.

Warak Imam Nawawi

Beliau jarang sekali mahu menerima pemberian kerana bimbang menyusahkan orang lain.

Imam Nawawi konsisten Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Beliau memiliki tiga tahap, dan jika seseorang memiliki satu tahap sahaja tentu akan didatangi orang iaitu Ilmu, Zuhud dan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.

Akhir Hayat Imam Nawawi

Imam Nawawi kembali ke pangkuan Allah pada 24 Rejab 676 Hijrah.

Bapa Imam Nawawi menceritakan bahawa Imam Nawawi pernah tidur di sampingnya pada usia 7 tahun pada malam 27 Ramadhan. Di tengah malam Imam Nawawi terbangun dan berkata

"Wahai ayah, cahaya apa ini yang memenuhi seluruh rumah?"

Seluruh ahli keluarga pun bangun tetatpi mereka tidak melihat apa pun. Ayahnya lalu mengatakan

"Aku baru sedar bahawa malam itu adalah malam Lailatul Qadr"


Allahu A'lam=)
~Alllahummarhamna Ya Arhama Rahimeen~

Tuesday, June 22, 2010

Cerita ulama' menyentuh hati


Assalamualaikum warahmatullah...

Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim, Allah Ya Allah. Alhamdulillah ala kulli hal..

Hari ni termasuk hari kedua berada di Nilai selepas berjalan-jalan di Negeri Hang Tuah, Melaka. Tanah air kedua selepas bumi kelahiran. Langkah pertama ke Melaka pada 2007 dahulu rupanaya bukan sekadar di situ. Kelangsungan hingga ke hari ini. InsyaAllah.

Sungguh, bila mendengar dan membaca kisah-kisah ulama', pasti wujud satu kelainan perasaan yang sukar diceritakan. Rasa kagum, rasa hebat dan rasa kecil. Kagum kerana mereka dekat dengan Allah, hebat kerana mereka juga manusia, rasa kecil kerana diri dan ulama' umpama langit dan bumi malah lebih jauh. Sesekali menziarahi ulama' pasti sedikit sebanyak dapat megetuk hati yang sentiasa perlukan sentuhan-sentuhan sebegini.


Berikut saya sertakan kisah kehidupan seorang ulama' yang tidak asing lagi bagi kita. Ustaz Yahya Othman.


Beliau dilahirkan pada 1939 di Kampung Labok, Machang merupakan seorang ulama yang amat cintakan ilmu pengetahuan. Sejak usia 11 tahun telah dihantar bapanya ke Mekah untuk belajar di Madrasah Al Diniah Darul Ulum.

Beliau menadah (mentelaah) kitab dengan ramai guru seperti Syeikh Mohd al Maliki dalam bidang hadis di Masjidil Haram. Pada 1959 menyambung pengajian ke Syria seterusnya ke Iraq dan ke Mesir pada tahun 1960.

Yahya mendapat ijazah sarjana dalam bidang Siasah Al Syari�ah (Politik Islam). Pernah mewakili DUN Banggol Judah dan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Sebelum itu beliau terlibat mengemaskini pendidikan dan kurikulum penubuhan Maahad Dakwah Wal Imamah.

Beliau juga menulis beberapa buku dalam bahasa Arab, selain berpuluh-puluh kertas kerja dalam bahasa Arab dan Melayu berkaitan bidang tarbiah harakiah yang dibentang di seminar tempatan dan antarabangsa.

Tidak banyak yang dapat saya kongsikan biodata ustaz yahya. Namun yang pasti, aura ustaz begitu kuat dalam diri saya sehingga ke hari ini terngiang-ngiang di telinga pesanan-pesanan ustaz.

Terasa ingin mengenali beliau dengan lebih dekat. Ingin sekali. Bersyukurlah bagi anda yang terpilih menjadi anak didik ustaz Yahya Othman.

Allahua'alam.

"Gemilangnya Islam di bawah kepimpinan ulama"






Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...