Showing posts with label Be Motivated. Show all posts
Showing posts with label Be Motivated. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Allah sayang Malaysia!

Assalamualaikum.

Beberapa musim meninggalkan coretan di sini sehingga terpaksa memulakan nafas baru serta nama blog yang baru.

7 Mac 2014, negara kita dikejutkan dengan keputusan mahkamah rayuan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Stay calm, we have God and we are together. Saya teringat pesanan Dato' Nik Zawawi dalam kitab "Ringkasan tazkirah al-Qurthubi, pahala orang yang berjuang menegakkan sunnah Rasulullah terbesar (Hukum Hudud dan Qisas) akan mengahpuskan azab kubur. Amalan ini akan menjaga mereka yang berjuang di dalam kubur nanti.

Entah di mana amalan kita waktu itu?

8 Mac 2014, negara sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan pesawat Mas 307. Sehingga hari ini, sudah 60 jam pesawat masih belum dijumpai. Entah mengapa kehilangan pesawat terasa terlalu dekat dengan saya. Bukan setakat masuk mimpi, malah tugasan hari terasa turut terganggu. Apa pun, Allah mahu kita lebih dekat denganNya sebab itu Allah pilih Pesawat Malaysia yang hilang. Allah mahu rakyat Malaysia ingat padaNya


Pelbagai bala bencana, mungkin juga ini ujian. Mungkin kita, rakyat Malaysia sudah terlalu jauh dengan Allah.

Malaysia, negaraku tercinta.!

Allah, terlalu lama kemarau ini, turunkan hujan..

Allah, terlalu berleluasa manusia yang salah guna kuasa, hukum mereka..

Allah, temukanlah pesawat kami.


Wednesday, June 26, 2013

R A M A D H A N

 
Walau sejauh mana kita berlari. Walau sekuat mana kita bertahan. Akan tiba satu masa, kita akan keletihan. Harapan yang menggunung tiba-tiba musnah dalam sekelip mata.
 



Really? Stop is the only way? Take breath you mean?
Mana ada manusia yang mengaku beriman tetapi tidak di uji. Allah.. Allah.. Allah.

 
Ujian untuk menaikkan darjat manusia. Supaya kita lebih dekat dengan Allah. Hidup tanpa ujian ibarat si kecil tanpa tangisan dan ibarat Adam tanpa Hawa.
 
 
Succesful people failed, but they didn't quit. Tired, but they didn't stop.

Allah.. Kuatkan kami pada Ramadhan kali ini. Kuatkan getaran hati kami saat mendengar ayat suciMU..

Ramadhan, bulan ujian. Untuk mereka yang Allah sayang.



 

Tuesday, October 12, 2010

Jom lompat sama-sama

"siapa berani lompat dari kerusi ni ke kerusi ni?" Ustaz cuba menyusun 2 kerusi dalam 1 depa jaraknya. Semua peserta angkat tangan termasuk saya. Yelah, dekat kan. Tgk ustaz, kami semua berani. Hehe, fikir saya.

"baik, kalau saya tambahkan jarak, dan about 15 kerusi saya susun ke ats, sape berani lompat dari kerusi ni ke kerusi tu?" Jarak yangt uztaz maksudkan dalam 2 depa kot, pastu tingginya 15 kerusi ke atas. Sekali lagi saya angkat tangan, tp kali ni bilangan peserta yang angkat tangan menjadi separuh. Hehe, bg saya, sy lompat je. Jatuh ke tak cerita nombor 2, kata sahabat sy, kita redah je.

"dan sekarang jarak bertambah dan tinggi setinggi bangunan 10 tingkat, sape berani lompat" Jaraknya bertambah, dalam 5 depa, dan setinggi banggunan 10 tingkat. Tangan saya sejuk, hehe, nk je angkat tangan, tp macam menipulah pulak. Serius, kali ni sy takut, tak berani. Tak ada peserta yang angkat tangan.

Ustaz senyum menampakkan mukanya yang sebiji macam isterinya. Hehe, sempat lagi.

"Kalau lah di hujung bangunan belah sana, ada mak awak yang dalam kebakaran, sape sanggup lompat dengan jarak dan tinggi yang sama?" Hoho, mak dalam kebakaran, dengan semangat sy angkat tangan. Saya kira semua angkat tangan. Tiada yang terkecuali.

"see, macam tu lah kita. Once kita da nampak vision kita, kita akan buat apa sahaja untuk capai vison tersebut"

Dalam kes ni, vision jelas kita nampak adalah mak kita. Cuba kita tak nampak mak kita, mesti kita teragak-agak nk lompat. Ustaz cakap, untuk buat sesuatu kerja, cuba lukis apa yang terlintas dalam fikiran kt kertas kosong. Once kita da dapat gambar tu, vision kerja kita jelas dan kita akan buat kerja bukan setakat bersunggunh-sungguh, malah teruja,gian.

Lagi satu, ustaz kaitkan kes tadi tu dengan pressure. Bila kita dapat pressure, kita akan buat dengan apa cara sekali pun. Jadi, pressure ni bagus. Jom kita cari pressure. Top up each other. Hehe.

Jadi, pada saya thsesis ni, sy nampaknya perlu lukis gambar dulu supaya jelas vision sy. Supaya saya tak tidur malam buat writting. Supaya saya teruja nk tulis. Aaiyak!! Seram dengar. Pressure, ni yang sedih. Jumpa penyelaras thesis semalam, nampaknya belum cukup pressure kot. Ni yang sempat post entry ni. Huhu, moga ada manfaat.

Ok, sy nk melukis dan cuba menambah pressure, selamat mencuba semua.

Assalamualaikum..


p/s: Hidup sy kembali seperti dulu, Acem da kembali ke pangkuan. Hehe, my car. Dengan acem ni, ramai yang dah senyum. A credit to acem.

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...