Dalam kekalutan dan keriuhan pejabat, di satu ruang cube hijau, saya menulis tanpa mempedulikan kesibukan itu. Di saat telefon berdering-dering di meja sana dan meja sini.
Rindunya pada usrah abi. Tidak sempat rupanya khatam kitab bidayatul hidayah. Mahu gugur air mata rasanya.
Bila lagi mahu begitu..
Lantas, kitab berkulit biru itu saya belek satu persatu.
Kenangan-kenangan lalu terus hidup di ruang ingatan. Subahanallah. Sungguh, rindu.
Mata saya tertangkap pada muka surat ke 106
"Tidak sepatutnya engkau hanya puasa pada bulan Ramadhan sahaja maka bermakna engkau talah meninggalkan merebut keuntungan dengan puasa sunat dan engkau tidak mengambil peluang untuk merebut darjat yang tinggi dalam syurga firdaus"
Kembali pula indanya ramadhan di Masjid Ridwaniah. Ya Rabbi.
Saya baca lagi.
"nanti engkau akan menyesal apabila engkau melihat kepada bintang-bintang yang berkelip-kelip"
"maka engkau jauh lebih tinggi daripada engkau kerana mereka berada pada darjat yang tinggi"
Rasulullah...
Dan hari ni merupakan 2 Zulhijjah. Saya teringat kuliah TGAH di Rusila satu ketika dulu, "ramai antara kita berusaha menghidupkan 10 malam terakhir bulan ramadhan namun tak ramai yang menghidupkan 10 malam awal bulan Zulhijjah"
Dan barulah saya tahu bahawa kita digalakkan untuk menghidupkan malam tersebut dan berpuasa pada siang harinya"
Terdapat juga dalam pesanan Imam Ghazali ni, sunat berpuasa 10 hari pertama bulan Zulhijjah.,.
Sahabat, tunggu.
Allahua'lam.