Thursday, December 8, 2011

Tarakiz Tarbiyyah



TARAKIZ TARBIYYAH
Sentuhan tarbiyyah mestilah mennyentuh 4 pusat perubahan dalam diri manusia:
1. Ruh melalui tarbiyyah ruhiyyah
2. Aqal melalui ilmu dan fikrah
3. Qalbu (hati) melalui tahsinul qalb
4. Ruh melalui tazkiyyah dan mujahadatu nafs

-Abi-

Di ruang cube hijau, saya merenung bunnga konvo yang makin layu..

Malu pada diri sendiri.
Sebagai wanita, muslimah dan seorang staff kepada majikan.
Bila tidak menjaga perkataan,
bila marah tiada kawalan,

bila sombong menghiasi diri,
lantas manusia menjadi benci..
Diri ini menjadi sangsi
akan wanitamu sendiri..

Tuhan pelihara wanita kami,
agar santun sifat terpuji,
agar lembut cantik peribadi,
mencontohi akhlak serikandi sejati,
di medan jihad berani beraksi
di medan suci taati suami..

Rindu serikandi Saidatina Fatimah Binti Rasulullah.... Allah, bimbinglah kami, wanita-wanita yang Islam angkat.

Saturday, November 26, 2011

L O V E ALLAH

Ya Tuhan kami, kami mengharapkan keredhaan dan syurgaMu. Kami memohon perlindungan daripada kemurkaan dan kepanasan api neraka yang membakar.
Ameen..

"Didik manusia dengan agama, bukan dengan logik akal, bukan dengan program2 motivasi" kata-kata ustaz di pagi itu..

"Mardhiyah, kamu study sikit cosmetic law tu. Nanti kita boleh tanya soalan" Saya akur ingatan kakak sambil mencatatkan sesuatu. Perasaan gementar untuk menghadiri kursus dengan KKM dalam-dalam saya tanamkan.

"mardhiyah, kamu pergi jumpa customer di bilik menunggu, dia nak buat produk kosmetik. Saya da brefing dekat dia, kamu cerita tentang facial water yang kamu baru buat tu" Ustaz memberi arahan saat saya melangkah masuk ke pejabatnya. "Saya sorang ke?, Baik ustaz, saya nak amik buku kejap."

"macam mana ni, ustaz suruh buat air, ni customer da tunggu saya. Bibik tidur pulak" tiba-tiba saya membebel di hadapanya.

"Tak apa, saya buat. Nak air apa, berapa orang?" "3 orang, buat hot choc, thanks"

"Siti, mana?" Ala, saya terlupa. Nampak muka kakak ni baru teringat yang dia mahukan hair removal cream. "Jap-jap, saya ada customer". "Ok, akak tunggu kat bawah"

"Cik mardhiyah........" Muhammad, cucu ustaz memanggil saya dari jauh.

"Adas pedas dekat stor, dalam tong kurma paling hujung" Saya berkejaran mengambil sampel herba tersebut untuk customer saya lihat.

"Cik mardhiyah dan naik, Muhammad panggil sape?"

Alhamdulillah, customer decide beberapa sampel. Dan sekarang saya lapar sangat. Saya nampak kuih pagi tadi.

Sebaik saja keluar pagar kilang, jam di tangan menunjukkan pukul 2.20 p.m. Di bawah pokok itu, saya duduk melepasakan lelah. Ada sebuah kereta di situ, suasana sunyi kerana tiada seorang staf pun yang tinggal. Tinggal kami sahaja di sini dan Muhammad.

Saya memandang langit... Allah, I m tired.

Love, trust, forgive. Membaca senyuman.

dan

Allah lebih dekat dari urat leher. Percaya itu.











Monday, October 24, 2011

Dalam kekalutan dan keriuhan pejabat, di satu ruang cube hijau, saya menulis tanpa mempedulikan kesibukan itu. Di saat telefon berdering-dering di meja sana dan meja sini.

Rindunya pada usrah abi. Tidak sempat rupanya khatam kitab bidayatul hidayah. Mahu gugur air mata rasanya.

Bila lagi mahu begitu..

Lantas, kitab berkulit biru itu saya belek satu persatu.

Kenangan-kenangan lalu terus hidup di ruang ingatan. Subahanallah. Sungguh, rindu.

Mata saya tertangkap pada muka surat ke 106

"Tidak sepatutnya engkau hanya puasa pada bulan Ramadhan sahaja maka bermakna engkau talah meninggalkan merebut keuntungan dengan puasa sunat dan engkau tidak mengambil peluang untuk merebut darjat yang tinggi dalam syurga firdaus"

Kembali pula indanya ramadhan di Masjid Ridwaniah. Ya Rabbi.

Saya baca lagi.

"nanti engkau akan menyesal apabila engkau melihat kepada bintang-bintang yang berkelip-kelip"

"maka engkau jauh lebih tinggi daripada engkau kerana mereka berada pada darjat yang tinggi"

Rasulullah...

Dan hari ni merupakan 2 Zulhijjah. Saya teringat kuliah TGAH di Rusila satu ketika dulu, "ramai antara kita berusaha menghidupkan 10 malam terakhir bulan ramadhan namun tak ramai yang menghidupkan 10 malam awal bulan Zulhijjah"

Dan barulah saya tahu bahawa kita digalakkan untuk menghidupkan malam tersebut dan berpuasa pada siang harinya"

Terdapat juga dalam pesanan Imam Ghazali ni, sunat berpuasa 10 hari pertama bulan Zulhijjah.,.

Sahabat, tunggu.

Allahua'lam.

Monday, September 19, 2011

M A S I H

Alhamdulillah..

Syukur. Terima kasih. Thank You Allah.

Saat petang berlabuh, pasti tiba waktu burung pulang ke sarang setelah berhempas pulas mencari rezeki. Sama juga di sini.

Kedengaran pintu2 kilang yang ditutup, kedengaran helaian2 kertas yang sedang di susun, kedenganran juga lambakan2 file yang disimpan dan seterusnya kedengaran bunyi laci yang di hentak kuat.

Langkah2 kaki menuju ke tangga tanpa sepatah kata. Apa aku ada kesalahan? Tertanya sendiri.

Apakah perlu semua menjadi senyap dan berwajah protes sedang tidak mengerti sehingga kini menjadi persoalan.

Kini tinggal sendiri tanpa sebarang suara. Jari jemari pantas menekan kunci2 keyboard.

Lalu teringat perbualan sebelum semua berlalu.

“apa yang kamu cakap siti?” Tanya seseorang tidak termasuk dalam perbualan kami.

“tak ada, saya tanya ustaz kenapa admin 1 tidak terlibat dengan pembahagian tugas ni” saya membalas sambil mata leka membaca seseuatu di screen laptop.

“tak perlu kita bahagi2 macam ni. Semacam memaksa”

“alang2 buat, biarla bersistem encik, kita susun kita rancang”

“no, saya tak suka sistem ni. Should be sape nk then pergi je. Tak perlu buat macam ni”

Tetiba hati menjadi tawar lalu tersentap. Hati menangis, namun dilindung oleh muka biasa sepeti tiada apa terjadi.

Apa yang kita rancang, kita mesyuarat, kita memerah akal, mana mungkin patah begitu sahaja!

Teringat kata2 sahabat, “kerja Islam, bukan kerja main2”

Hati ibarat bercahaya semula dan kenangan2 indah ibarat hidup kembali. Sahabat, aku juga sepertimu.

Kerja Islam, bukan kerja main2. Ia perlu disusun, ia perlu dirancang sebagaimana kita merancang rapi perjalanan kilang ni. Productionnya, RnDnya, Bahan mentahnya. Malah kerja2 Islam perlu dirancang lebih baik dari itu.

Bayangkan dalam sebuah kilang, ad arahan : sape nk jaga bahan mentah hari ni pergi jela. Esok sape nak urus kewangan pergi je la. Supaya tiada paksaan kita perlu buat secara suka rela.

Saya tersenyum. =) Encik, gerak kerja Islam perlukan penyusunan yang lebih baik kerana ia bukan kerja main2, ia tugas para Rasul.

Saya berlalu meninggalkan meja untuk mencari kekuatan. Hebatnya Allah. Kekuatanku ada di situ.

Tuesday, September 13, 2011

Episod Sufi Mencari




Assalamualaikum

Hehe, rasa teruja nk tulis. Macam ada yang mengejar.

Suatu pagi, saya berdiri di hadapan lebih 50 orang pekerja sidratul untuk menyampaikan tazkirah harian. Ya Allah betapa seronoknya saya dapat peluang seluas itu. Sudah lama rasanya lidah ingin berkata tentang Tuhan. Sudah lama rasanya hati rindu berkata tentang Islam. Sudah lama rasanya.

Alhamdulillah, baru sahaja lepas mengajar membaca Al-Quran kepada staff perempuan Sidratul. Akhir bulan ni genaplah 3 bulan menjadi pekerja. Seronok, tapi masih lagi mencari sesuatu, masih lagi dalam pencarian. Pencarian yang masih belum tamat. Hari ni jelas lagi terang, Alhamdulillah, ini takdirnya.

Pengalaman kerja. Hehe, kekadang kat bawah, kekadang kat atas. Time kat atas, kita tangkap ikan. Ikan puyu. Seronot. Pergi ramai2.

Setakat ni saja. PASti bersambung. Ada produk mau keluar..

Wasalam


Wednesday, August 17, 2011

Berdebar meninggalkan Ramadhan



Bismillahirahmanirrahim....


"Jangan lupa amik jam tangan orang kat atas almari" Saya separuh menjerit.

"Okaiii.." K.yani balas.

"Allah....K.yaniiiiiiiii" Sepantas kilat..

Hehe, ni kali kedua saya naik kerusi roda. 5 hari jadi pesakit. Terima kasih untuk nurse peribadi saya dan juga familynya serta katil terapi dan batu2 iran itu=). Tak terbalas rasanya. Terima kasih untuk k.lin, yang papah saya masuk hospital.

Alhamdulillah. Hari pertama kerja selepas 5 hari rehat. Penat kerja sampai saya minta kat Allah, nak m/c. Nah, 5 hari Allah bagi. Subhanallah.

Hari2 yang sakit. Alhamdulillah, insan2 yang menyayangi pengganti family yang jauh untuk bergantung.

"Akak, agknya Allah nk ampun dosa orang"

"Hanya dengan redha banyak mana dah ganjaran yang kita dapat"

Dialog-dialog kami yang akhirnya sekali lagi Allah sudi pandang dengan menghantarkan musibah yang lain.

"kata2 kita PASTI diuji"

Allah, kuatkan..
Aku dan teman..

Berdebar meninggalkan Ramadhan...
Pasti rindu suasana ini...
Pasti sayang meninggalkan ini...




Monday, August 8, 2011

R E N D A H


Bissmillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya tidak menulis tentang sesuatu yang berbentuk ilmiah, penuh cerita je rasanya. Macam diari pun ada.

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada semua sahabat dan teman seperjuangan. Alhamdulillah batch Food Biotech ke 4 Universiti Sains Islam Malaysia telah menerima ijazah pertama baru-baru ini. Terpancar kegembiraan di wajah mereka semua.

Saat melangkah masuk ke dewan, saya lihat senyuman bangga ibu bapa tercinta. Saat itu terlintas di fikiran. "Ya Allah, aku nak konvo lagi".

Tahniah sahabat. Saya minta maaf, kerana bukan gambar konvo yang saya hiaskan sebaliknya gambar seorang lelaki yang sedang tunduk.

Rendah. Rendah diri. Saya berasa malu dengan diri sendiri. Sebagai wanita, muslimah, pekerja dalam masa yang sama. Kenapa perlu ada sikap marah yang melampau-lampau.

Sebagai orang yang berada sedikit di atas, tidak perlu kita sentiasa marah orang yang berada di bawah. Sebagai pemimpin yang hebat, sudah tentu perlu hebat memimpin. Anak buah patuh kepada arahan dan kita sebagai pemimpin perlu balas dengan kasih sayang.

Tidak perlu tunjuk bengis dan bersuara sombong di hadapan mereka dan sentiasa mencari salah mereka. Saya bimbang bila manusia saling membenci dan tidak seronok berada di iklim ini.

Subahanallah, dunia yang terbentang ni terlalu penuh dugaan dan cabaran untuk sampai ke medan kemenangan, syurga impian.

Selamat Hari Lahir Ustaz..

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem.. Pesan Abi

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA
Ya abnaa al jama'ah..
Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :

1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6

3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..

4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..
لا اله الا الله...wallahu a'lam.

Abi...=)


P/s: Ramadhan bukan hanya bulan puasa...

Friday, July 22, 2011

Mengintai Pelangi di Hujung Hujan

Bismillahirrahmanirahim. Bismillahi Allahu Akbar. Bismillahi Ala Barakatillah.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Tak terhitung rasanya nikmat Allah kepada kita. Tak tercapai projection Allah kepada kita.

Sungguh pantas masa berlalu.....


Tuesday, June 7, 2011

Si Anak Muda

Satu Sinar Harapan Buat Anak Muda

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu
hanya melengang lenggok di tepi jalan
berkumpul riuh di stesen bas, mengusik perempuan
manakala perempuan
buat temu janji dengan lelaki jalanan, liar, tidak bermoral.

Anak muda hari ini
harus melihat apakah akan jadi
kepada generasi hari ini dan akan datang
di bawah telunjuk penguasa sekularis
yang mahukan mereka terus leka dengan artis-artis
yang bayaran satu malam amalnya
lebih mahal dari secangkir teh untuk Ustaz
mengajar di surau dan masjid.


Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda menentukan masa depan warga kota dan desa
warga yang tertekan dengan harga barang naik,
petrol naik, gula naik, minyak masak naik, susu pekat naik,
tepung gandum naik dan banyak lagi yang bakal naik
akibat salah tadbir golongan penguasa nasionalis sempit tak bertamaddun.

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
lihat anak muda dengan teknologi mayanya
telah melontar regim Husni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah
tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia
Irhal, irhal Mubarak irhal
Irhal, irhal, Mubarak irhal,
Irhal, irhal Mubarak irhal,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada kekuatan tersembunyi
yang digeruni oleh penguasa-penguasa zalim seluruh dunia
kekuatan kita adalah keyakinan kita untuk bangkit
menyatakan yang hak kepada penguasa itu
menyatakan kamu adalah penindas rakyat
kamu menjadikan mereka pengemis dengan wang ihsan
sedangkan merekalah yang kaya raya dengan khazanah rakyat
membaham bagaikan jerung merantah bilis di lautan terbentang luas ini.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada jiwa mudah tersentuh
apabila kita melihat nelayan bapak-bapak kita
terus dengan kehidupan,
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
tidak berubah-rubah berdekad-dekad lamanya,
sedangkan penguasa barang naik,
mengumpul harta bertimbun-timbun,
mengatur deretan istana dan kereta mewah,
tanpa segan silu di hadapan gobok buruk rakyat.

Ada lagi yang menggali perigi untuk mendapat sebaldi air
buat sarapan pagi dan hidangan malam
sedangkan penguasa menjamu selera dengan segala hidangan lazat
dan minuman memabukkan lambang segala kemewahan dan kerakusan dunia.


Rakyat terhimpit miskin dan tertindas hanya dibela di musim pilihanraya
"Mak cik ambil duit RM50 ni, jangan lupa pangkah barang naik yer?"

Nilai maruah rakyat hanya puluhan dan ratusan ringgit sahaja.

Nah di sini, anak muda ku
kita harus mulakan satu perubahan,
menjadikan bapak-bapak nelayan kita, tidak lagi duduk berlindung di bawah gobok buruk
di rumah sewa Yayasan Keluarga berasak-asak bagaikan ikan tamban dalam tempayan
yang masih tidak ada kesudahan hala tuju hidup mereka
akibat bahana kerajaan barang naik.

Nah, anak muda ku
kita perlu mulakan satu perubahan bersama
kita ada jalan untuk selesaikan masalah kita
dan masalah warga kota dan desa
yang kita hidup bernafas di dalamnya
kalau kita bermuafakat,
Nabi bersabda, "Kambing bersama kawanannya tidak akan dibaham serigala."


Suhaimi Taib


Kuala Terengganu
22 Mei 2011

P/S: Puisi dicipta dan dibaca khas untuk Pemuda Cendering Pantai dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Burok, di Tepian Pantai Pandak Chendering Kuala Terengannu.


Tuesday, April 12, 2011

Bangun Mencari Pelangi

Bismillah..

Assalamualaikum sahabat..

Hari ini seindah semalam? Atau lebih baik dari semalam? Siapa di sisi kita tika ini? Sahabat? Teman? Kakak? atau Adik? Moga sayang Allah masih dimiliki walau siapa pun di sisi kita..

Seperti biasa rasa terkilan tidak update blog setelah sekian, amat saya rasai.. =) Rindunya nak update Tuhan saja yang tahu. Tetiba saya teringat library USIM yang indah. Rumah kedua selepas Kahfi. Tempat saya update blog selalu, tempat google journal, tempat jumpa adik beradik, tempat yang paling best untuk bersendiri, hehe..


Petang semalam saya berbual dalam ym dengan seorang rakan blogger yang sedang maju dgn blongnya.. Btul tak sheikh? Hehe.

Berkongsi cerita terbaru, update maklumat masing2. Kuatnya tangan saya menulis hari ni, terima kasih kepada beliau. Lepas diperli barulah saya tersedar. Haip..

Ayat yang paling terkesan semalam yang tak boleh saya lupa. Tatabahasa yang biasa tapi cukup untuk saya berfikir dan berkongsi. Ayatnya berbunyi, hehe...

"sedih la ye awak memanjang"

Haha, dalam hati saya masa tu, "tak leh blah btul dia ni".. Semacam cuba berkata sifat dominan saya ialah sedih. Haha.. Mungkin banyak entry saya berbentuk sedih sblm ni.. Hehe, apa pun terima kasih sheikh.=)

Bagimana ya Rasulullah dulu tangani kesedihan, putus asa, stress. Bagaimana Rasululullah bersahabat?

"Aku manusia seperti kamu, cuma aku diwahyukan untuk mengkhabarkan berita gembira" Saya teringat kuliah abi di UKM satu masa dulu. Abi meyakinkan kami bahawa Rasulullah sama macam kita dengan membawa hadis tersebut.

"Bangkitlah hadapi tekanan dengan Qiammulail!!!" Mata saya tertangkap dengan rangkap ni waktu saya membelek kitab bidayatul hadayah tulisan Imam Ghazali, kitab kesayangan. Kitab nipis yang biasa, sekali terbaca cukup terkesan.

"Saat Rasulullah sedih ketika mendapat tahu rancangan pembunuhan baginda di Darun Nadwah, Rasulullah berselimut (dengan pakaian)"

"Turun surah Al-muzzamil, sentuhan Rabbani dari Allah, yang menyentuh jiwa para Daei secara berterusan, sebab itu Allah didik Rasulullah dengan Qiamulail" Terngiang-ngiang suara dan wajah abi.

Hati yang tak pernah cukup
Hati yang tak pernah diam ditarik ditolak
Hati yang tak kenal penat berbisik-bisik
Hati yang hanya kepunyaan hamba kecil
Yang bisa merasa dan menelan

Wajahmu sahabat kini bermain-main di ruang mata. "Enti, biasa baca ma'thurat tak?" Tanya sahabat. Saya mengangguk dan berbalas soalan yang sepatah. "kenapa?"
"Cubalah baca ma'hurat 3 kali setiap kali baca, ubat hati, teman hati, supplement hati"

Hehe, agak scattered kali ni. Apa pun amiklah mana yang bermanfaat..

Saya kira sampai di sini sahaja perkongsian selepas bangun seketika..
Masih belum menjumpai pelangi, mungkin senja nanti=)..

InsyaAllah kita berkongsi di lain masa..

Terima kasih, sangat.

Hati, Kuat..

Allahua'lam


Tuesday, March 8, 2011

Dialog pagi kami



“Kita nak makan apa pagi ni?” Aishah tunjuk muka lapar yang seperti selalu.

“Jom kita gi solat dulu” Izah cuba mencipta suasana baru.

Tanpa bersuara kelihatan Atikah mengambil stokin solat dari beg laptop barunya. Abah dia baru pos minggu lepas.

Alhamdulillah, waktu DhuhaMu, indahnya indahMu. Tenangnya tenangMu. Rindunya rinduMu. Dan Engkau Pemberi sebenar-benar Pemberi. Anta Al-Wahab.

Usai Dhuha.

“Mana Aishah? Saya mahu pulangkan tikusnya” “Ia da bergerak-gerak dalam beg saya” K.yani yang selalu mengeluarkan dialog yang tak boleh ‘blah’. Berderai ketawa aishah sambil mengambil tetikus dari k.yani.

Saya melihat telatah mereka dari jarak beberapa meter tapi rasa jauh di tempat lain. Hehe, ada orang cakap saya kuat termenung.

Suasana pagi di Sidratul.

Entah mengapa sejak dua tiga hari ni terasa sayu. Penuh rindu. Mudah saja air mata ni mahu keluar. Tak kira tempat. Tak pasti apakah sebenarnya ini.

Allah amat Kuat.

Bertapak di Sidratul 2 bulan dan beberapa hari, ibarat tidak percaya masa untuk di sini sudah tidak lama rupanya. Macam baru minggu lepas daftar masuk sini. Memang pelik tempat ni. Pelik sekali. Haip.

“Kerjala kat sini” Ayat insan-insan di Sidratul. Ya, benda tak pasti, sukar untuk saya mengiakan. Allahua’lam. Hehe, jauh di sudut hati, sy teramat ingin menyumbang di sini. Mencedok seluas ilmu, mengutip 1001 pengalaman.

Walaupun hanya company IKS yang kecil, bukan kilang yang besar, saya seronok dan sayang tempat ni. Ibarat seekor rama-rama yang baru lahir. Ia memerlukan ramai supporter untuk menyokongnya terbang. Terbang setinggi langit. Dan ia mampu.

Kilang yang pesat membangun. Banyak sangat kerja. Banyak sangat kita belajar. Segala teori di kampus diperah dan dimasak untuk dipraktikkan di sini.

Kalau dlu segala teori tu, kita perah dan masak then, kita curahkan atas kertas exam di dewan exam. Kalau betul, dapat markah and kalau tak betul tolak markah. TAPI sekarang, kalau salah teori, maka terganggulah segala-galanya di sini.

Contohnya, akibat salah teori, product tercemar dengan microb, then kerana salah teori lagi, terlepas dan selamat keluar dari kilang untuk dipasarkan. Kebetulan, ada orng beli dan makan. Innalillah, kebetulan meninggal pulak dia asbab produk tu. =)

Kisah pelik di Sidratul. =)

Sunyi pulak rasa lab ni. Mana dorng pergi? Baiklah, saya cuba mengundur diri. Mahu turun ke kilang. Sambung kerja=)

Ya Allah, aku rindu..

Sesuatu yang indah..

Jumpa lagi semua . Assalamualaikum.

Monday, February 28, 2011

Bongkaknya Makhluk Bernama Manusia


Then there are among men such as say, "We believe in Allah. but when they suffer affliction in (the cause of) Allah, they treat men`s oppression as if it were the Wrath of Allah. And if help comes (to thee) from thy Lord, they are sure to say, "We have (always) been with you!" Does not Allah know best all that is in the hearts of all Creation?

Wednesday, February 9, 2011

Seluas Langit

Setenang biru...

Di sebalik awan tebal tersingkap sebuah harapan untuk menghidupkan,

Disebalik sinaran yang memancar terkumpul sebuah cita-cita untuk menyuburkan,

Disebalik keresahan wajah terungkap sebuah penderitaan dunia yang tidak kekal,

Disebalik senyuman tersimpul sebuah anugerah untuk ditatap dan dipelihara..

Perjalanan ini jua ada duri, ada pahit. Ia juga panjang dan penuh liku. Kadang-kadang kabur dengan penglihatan sendiri. Keliru dalam genggaman ciptaan manusia. Lantas pengdakian terhenti dek retakan-retakan yang dibina sendiri.

Cuma..

Kepahitan dan ketajaman ini berbeza. Liku-liku ini tidak serumit dan sesukar dulu. Kekaburan ini seolah tiada lagi cahaya yang secerah dulu. Benar, ia tidak seperti dulu. Kata mereka “ Must be a way, always be a way”.

Subahanallah. Dengan kekuatanMu, dengan kerinduanMu, ia berputar atas paksi sendiri mencari tempat berlabuh yang paling selamat dan bermakna. Episod demi episod menigisi ruang-ruang pengdakian. Mereka bergerak, mereka berlari, mereka berfikir. Satu persatu kelihatan amat ligat beraksi di persinggahan yang penuh baru.

Menjejak langkah-langkah dan rentak-rentak ini. Ia tidak mudah dan tidaklah sesukar mana. Saat itu, ia seakan tidak percaya apa yang dibentangkan. Seakan tidak sedar di dalam dakapan kelemasan. Yang dahulu memohon agar dipelihara lagi. Sesekali ia rebah tanda lemah dan lelah dengan putaran-putaran ini.

Terus, ia sambut salam sayang yang ditakdirkan. Saat itu, salamnya menutupi segala tanda lelah dan lemah. Sayang dan cintanya mengatasi kekeliruan yang terbit di sudut hati. Tanpa disedari, ia melepasakan dakapannya perlahan-perlahan agar tiada lagi kelemasan. Berat melepaskan dakapan, namun apakan daya. Ia teralalu diluar kehendaknya.

Ya Rabbi. Bukan kehendak bukan keinginan. Suratan yang tertulis ia patuh dengan penuh tunduk. Entah mengapa saat ini ia cepat mengerti hikmah di sebalik penceritaanMu.

Ya Allah. Aku lihat ia menangis..

Maafi ia ya Rabb.. Tolong jangan tinggalkan ia lagi..

Gugur daun, tiada lagi tasbih membasahi memuji

Thursday, January 27, 2011

Change the old heart

.

Saat diri merasa hina, saat hidup rasa tak berguna, saat rasa disisih manusia, saat rasa dibenci Tuhan. Senyum dalam lesu, tanda tiada apa yang tinggal melainkan hati yang kering iman dan rasa rindu Tuhan.

Sungguh, wanita ini penuh emosinya. Penuh perasaannya. Penuh sayangnya. Salahkah?

Kekasih Rasulullah, saya tumpang untuk menyayangimu,
Saya tumpang untuk merinduimu,
Saya juga tumpang untuk mengingatimu
Lantas, langkah demi langkah saya susun mengikuti jejakmu..

Tarbiyyah direct dari Allah. Hebatnya. Gagahi ia walau terpaksa merangkak. Yakin bahawa makhluk di sekeliling mendoakan. Ikan, burung, pokok. Terima kasih korang =)

Anyway, gambar kat atas tu, gambar housmemate baru, Impiana. Tapi tak cukup sorang. Sebab dia yang amik gambar, K.yani

Dengan mereka, hidup lebih menjadi ceria dan lebih berwarna. Mungkin kita tak lama, tapi cukuplah sekadar teman buat menemani suka duka, susah senang, jatuh bangun kat sini. Alhamdulillah.

Blog berwarna baru, only as a supporter. =)

Salam alaik.

Kuala kangsar, January 2011.

Monday, January 17, 2011

The new me

Bismillahirrahmanirrahim..

Subahanallah, Alhamdulillah, Terima kasih Tuhan..

4 minggu tak update. =)

Dengan kekuatan yang Allah bg, saya melangkah lagi. Kali ni di Kuala Kangsar, tiada lagi Nilai.

Semua hebat. Ini mungkin 1 nikmat, mungkin jua 1 ujian. Buat kali pertama selepas 4 tahun, saya homesick mula2 sampai kuala kangsar. Sedih. Tak kenal orang. Environment baru. Semua baru. Laptop teman paling rapat waktu tu.

Kata adik saya masa mula2 sampai, "xpe kak, Allah nak tarbiyyah akk direct". Walaupun da banyak kali dengar ayat ni, tapi kali ni saya rasa kuat bila adik saya ingatkan balik.

Dengan ayat ni la, saya kutip satu persatu serpihan rindu dan sayang Allah yang saya tanpa sedar pecahkannya. Dengan sedikit kekuatan yang saya bina selama ni, akhirnya Allah bantu saya satukan balik serpihan2 ni.

Saya belum tahu, entah esok lusa, ia kembali retak. Hari-hari yang mendatang, semacam 1 misteri. Tak dapat jangka.

Apa pun, trying to perform an excellent life for tomorrow is a must..=)


Alhamdulillah ala kulli hal.. Wa astaghfirullah al kulli zanbin...

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...