Sedetik di Istanbul
Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menjadi kenyataan saat pesawat menyentuh tanah Turkey. Ya, sukar menggambarkan perasaan saat kaki berpijak di bumi yang terlalu ingin dilewati. Tidak terasa penat mahupun tidak bermaya kerana perasaan keluar dari aiport dan bernafas di luar itu lebih melonjak2. Sejenis jakun mungkin. Dikhabarkan cuaca sejuk. Saat keluar dari pintu airport, ya Allah, akhirnya dapat merasa cuaca yang 3 darjah di usia 30 tahun. Kalau sebelum ni rasa di cold room lab, hari ni cold room tu besar, seluas alam. Kami sarapan pagi, dan dikhabarkn kami akan berkunjung ke pasar dan masjid biru. Sejujurnya, saya ingin ke setiap penjuru isntanbul, apakan daya, masa yang amat terhad, jadi ke mana pun mereka putuskan, saya hanya ikut. Kebetulan kami tiba hari ahad, pasar yang dimaksudkan tutup dan tidak menjadj kekecewa untuk saya, kerana saya hanya mahu keluar dari van, dan berjalan ke mana2!. Kami digantikan dengan tempat yang baru, Topkapi Palace dan Hagia Sophia. Ya, saya tidak banyak mengharap untuk pergi ke tempat2 kerana hanya ikut perancangan mereka. Memang tidak pernah tergambar akan tiba di Topkapi Palace. 1 perkataan untuk Turkey saat memasuki pintu gerbang Topakapi Palace yang penuh egois, Turkey, you are more than beautiful. Kota ini gagah, penuh hikmah dan amat terpesona. Istana ni sungguh cantik dan begitu kuat. Hati saya sangat rindu untuk melihat Islam bangkit kembali saat melihat setiap menara dan bangunan yang begitu indah dan begitu kuat serta menyentuh hati setiap binaanya. Tidak keterlaluan jika saya katakan, melawatlah Turkey, di situ tersimpan sejuta rahsia keagungan agama kita 1 ketika dahulu. Ya, hampir 3km luasnya istana ini, bersebelahan Laut Marmara. Cuaca sejuk di bumi ini membuat saya termenung sejenak sambil berbisik, ya Allah, indahnya Turkey. Tangan dan kaki sudah mula terasa kebas, nafas mula terasa pendek dan tersekat, sejuknya hingga ke otak, ya, mungkin tiada persediaan rapi untuk cuaca sesejuk ini. Kadang2 saya tidak menyangka, sejuk ini menyakitkan, patutlah mereka yang beriklim 4 musim, suka ke luar negara bila tiba musim sejuk di negara mereka.
Saya ibarat berhenti bernafas saat salah seorang mereka berkata, tempat terakhir kita akan pergi ialah muzium Rasulullah yang terletak di salah satu bangunan di Topkapi Palace. Ya, ibu saya bercakap dari pagi, di Turkey ni ada muzium Rasulullah, tapi kita tak mampu nak sampai. Entah mengapa terasa Allah memberi hadiah kepada kami di Turkey apabila pasar yang saya ceritakan tadi tutup, dan kami perlu ke Topkali Palace yang jauh lebih saya sukai dari pasar yang dimaksudkan. Walaupun sudah 1400 tahun Rasulullah pergi meninggalkan kita ummatnya, namun cinta dan auranya tidak pernah padam saat melihat, barisan yang panjang untuk memasuki muzium tersebut. Kami beratur tidaklah selama mana saya sangkakan, lebih kurang sejam kerana kita tidak boleh berhenti melihat barang2 milik Rasulullah, hanya lihat dan lalu kerana polis Turkey berjaga ketat. Mungkin kalau tidak, kita terpaksa beratur 2 hari untuk memasuki muzium tersebut. Langkah kaku apabila mata mula melihat, janggut, rambut Rasulullah satu persatu. Tanpa sedar, air mata mengalir laju. Sukar digambarkan perasaan itu, hanya Allah yang tahu betapa hati saya begitu tersentuh. Tangisan saya semakin hiba saat melihat 1 pedang yang saya kenal. Itulah pedang yang Rasulullah bersusah payah pegang untuk menyediakan Islam untuk kita. Ya Allah, letakkan Rasulullah di tempat paling tinggi di sisiMu.
Ya, lawatan kami bukanlah seperti orang lain, yang sehingga berhari2, kami cuma hanya beberapa jam, namun, setiap saat, amat saya syukuri dan terasa itu merupakan hadiah dari Rabbi. Didoakan kita dikurniakan rezeki yang banyak supaya dapat menziarahi tinggalan2 sejarah yang begitu menghidupkan hati yang sudah lama lesu.
Terima kadih Topkapi Palace, thank you Istanbul.
Sebelah Topkapi Palace, terletaknya Blue Mosque atau Masjid Sultan Ahmad. Banyak sejarah2 yang dikaitan dengan masjid ini. Sungguh cantik. Di satu blok, terdapat 1 bangunan popular iaitu Hagia Sophia. Kerana masa yang begitu suntuk, kami tidak berpeluang masuk dan melewati Hagia Sohpia kerana kami bergegas menuju ke airport bagi meneruskan perjalan di bumi yang terdapatnya jasad insan mulia, Rasulullah....
Bersambung
