Monday, September 19, 2011

M A S I H

Alhamdulillah..

Syukur. Terima kasih. Thank You Allah.

Saat petang berlabuh, pasti tiba waktu burung pulang ke sarang setelah berhempas pulas mencari rezeki. Sama juga di sini.

Kedengaran pintu2 kilang yang ditutup, kedengaran helaian2 kertas yang sedang di susun, kedenganran juga lambakan2 file yang disimpan dan seterusnya kedengaran bunyi laci yang di hentak kuat.

Langkah2 kaki menuju ke tangga tanpa sepatah kata. Apa aku ada kesalahan? Tertanya sendiri.

Apakah perlu semua menjadi senyap dan berwajah protes sedang tidak mengerti sehingga kini menjadi persoalan.

Kini tinggal sendiri tanpa sebarang suara. Jari jemari pantas menekan kunci2 keyboard.

Lalu teringat perbualan sebelum semua berlalu.

“apa yang kamu cakap siti?” Tanya seseorang tidak termasuk dalam perbualan kami.

“tak ada, saya tanya ustaz kenapa admin 1 tidak terlibat dengan pembahagian tugas ni” saya membalas sambil mata leka membaca seseuatu di screen laptop.

“tak perlu kita bahagi2 macam ni. Semacam memaksa”

“alang2 buat, biarla bersistem encik, kita susun kita rancang”

“no, saya tak suka sistem ni. Should be sape nk then pergi je. Tak perlu buat macam ni”

Tetiba hati menjadi tawar lalu tersentap. Hati menangis, namun dilindung oleh muka biasa sepeti tiada apa terjadi.

Apa yang kita rancang, kita mesyuarat, kita memerah akal, mana mungkin patah begitu sahaja!

Teringat kata2 sahabat, “kerja Islam, bukan kerja main2”

Hati ibarat bercahaya semula dan kenangan2 indah ibarat hidup kembali. Sahabat, aku juga sepertimu.

Kerja Islam, bukan kerja main2. Ia perlu disusun, ia perlu dirancang sebagaimana kita merancang rapi perjalanan kilang ni. Productionnya, RnDnya, Bahan mentahnya. Malah kerja2 Islam perlu dirancang lebih baik dari itu.

Bayangkan dalam sebuah kilang, ad arahan : sape nk jaga bahan mentah hari ni pergi jela. Esok sape nak urus kewangan pergi je la. Supaya tiada paksaan kita perlu buat secara suka rela.

Saya tersenyum. =) Encik, gerak kerja Islam perlukan penyusunan yang lebih baik kerana ia bukan kerja main2, ia tugas para Rasul.

Saya berlalu meninggalkan meja untuk mencari kekuatan. Hebatnya Allah. Kekuatanku ada di situ.

5 comments:

  1. Sabar ye..shbt:)

    Perjuangan yang kita pilih ni penuh mehnah n tribulasi:)

    ReplyDelete
  2. sit... go sit go!
    I believe in u. =)

    ReplyDelete
  3. Cik Aish: Perjalanan yang jauh, tah bila sampi ke penghujung...

    Habib Alwafiy: Always believe that.. =)

    ReplyDelete
  4. Di mana diri dicampak disitulah Islam makin bercambah! Keje krn ALLAH x sah kalo x diuji....kita d medan masing-masing tp matlamat asal kekal sm. Semoga kita sama2 kuat!

    ReplyDelete
  5. K.ili: Ameen.. Mau bersahabat di syurga lg kan..

    ReplyDelete

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...