Monday, March 10, 2014

Allah sayang Malaysia!

Assalamualaikum.

Beberapa musim meninggalkan coretan di sini sehingga terpaksa memulakan nafas baru serta nama blog yang baru.

7 Mac 2014, negara kita dikejutkan dengan keputusan mahkamah rayuan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Stay calm, we have God and we are together. Saya teringat pesanan Dato' Nik Zawawi dalam kitab "Ringkasan tazkirah al-Qurthubi, pahala orang yang berjuang menegakkan sunnah Rasulullah terbesar (Hukum Hudud dan Qisas) akan mengahpuskan azab kubur. Amalan ini akan menjaga mereka yang berjuang di dalam kubur nanti.

Entah di mana amalan kita waktu itu?

8 Mac 2014, negara sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan pesawat Mas 307. Sehingga hari ini, sudah 60 jam pesawat masih belum dijumpai. Entah mengapa kehilangan pesawat terasa terlalu dekat dengan saya. Bukan setakat masuk mimpi, malah tugasan hari terasa turut terganggu. Apa pun, Allah mahu kita lebih dekat denganNya sebab itu Allah pilih Pesawat Malaysia yang hilang. Allah mahu rakyat Malaysia ingat padaNya


Pelbagai bala bencana, mungkin juga ini ujian. Mungkin kita, rakyat Malaysia sudah terlalu jauh dengan Allah.

Malaysia, negaraku tercinta.!

Allah, terlalu lama kemarau ini, turunkan hujan..

Allah, terlalu berleluasa manusia yang salah guna kuasa, hukum mereka..

Allah, temukanlah pesawat kami.


No comments:

Post a Comment

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...