Monday, August 16, 2010

Hebatnya Kamu...!


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam 6 Ramadhan. Moga masih kuat dan semangat berpuasa, solat berjemaah, tadabbur al Quran dan berterawih. Konsisten lakukan amalan sunat lain. Biarpun sunat, kita buat. Perumpamaan amalan sunat ibarat nasi, ayam goreng dan sup sayur. Nasi adalah sesuatu yang wajib bagi kita, orang Malaysia. Ayam goreng dan sup sayur pula hanya sunat. Jika kita hanya lakukan yang wajib sahaja, ibarat kita makan nasi kosong. Cuba tanya dada, best tak makan nasi kosong. Hehe, kalau best jugak mungkin ada something wrong dan disyorkan untuk jumpa doktor. Hehe.

Kali ni terasa nak buka kitab Al Azkar, Imam Nawawi. Dalam perancangn mencari seseorang untuk menjadi guru supaya tamat kitab ni.

Jom kita kenal Ulama'..

Siapa kamu, Imam Nawawi

An Nawawi, Imam al-Hafiz, al-Aulad, al-Qudwah, Syeikhul Islam, 'Alamul Auliya', Abu Zakaria Muhyiddin Yahya Ibnu Syaraf, al-Hizami al-Hawaribi asy-Syafi'e. Subahanallah, hebat sungguh. Imam Nawawi dilahirkan di Kampung Nawa, Damsyik, Syiria pada Muharam 631 H.

"Aku mencatatkan semua pelajaran tersebut baik berupa penjelasan kepada kepada kata sukar mahupun penjelasan ungkapan dan penyelarasan bahasa dan Allah s. w. t telah memberkati waktuku. Pernah terlintas dalam fikiranku untuk menyibukkan diri dengan ilmu kedoktoran, kemudian aku mempelajari kitab al-Qanun. Namun tiba-tiba hatiku menjadi gelap, berhari-hari aku tidak mampu belajar. Aku berasa kasihan pada diriku, sehingga aku menjual kitab tersebut dan hatiku mula menjadi terang"

Zuhud Imam Nawawi

Beliau tidak pernah makan buah-buahan dan timun.

"Aku khuatir buah-buahan akan melembabkan tubuhku dan membuat diriku tertidur"

Sehari semalam beliau makan dan minum sekali pada waktu sahur.

Warak Imam Nawawi

Beliau jarang sekali mahu menerima pemberian kerana bimbang menyusahkan orang lain.

Imam Nawawi konsisten Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Beliau memiliki tiga tahap, dan jika seseorang memiliki satu tahap sahaja tentu akan didatangi orang iaitu Ilmu, Zuhud dan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.

Akhir Hayat Imam Nawawi

Imam Nawawi kembali ke pangkuan Allah pada 24 Rejab 676 Hijrah.

Bapa Imam Nawawi menceritakan bahawa Imam Nawawi pernah tidur di sampingnya pada usia 7 tahun pada malam 27 Ramadhan. Di tengah malam Imam Nawawi terbangun dan berkata

"Wahai ayah, cahaya apa ini yang memenuhi seluruh rumah?"

Seluruh ahli keluarga pun bangun tetatpi mereka tidak melihat apa pun. Ayahnya lalu mengatakan

"Aku baru sedar bahawa malam itu adalah malam Lailatul Qadr"


Allahu A'lam=)
~Alllahummarhamna Ya Arhama Rahimeen~

4 comments:

  1. menarik juga pasal nasi, ayam goreng, dan sup sayur tu..betul juga apa awk cakap tu..hehe

    apa pun imam Nawawi mmg sgt hebat..kagum dgn dia..

    ReplyDelete
  2. Pernah terlintas dalam fikiranku untuk menyibukkan diri dengan ilmu kedoktoran, kemudian aku mempelajari kitab al-Qanun. Namun tiba-tiba hatiku menjadi gelap, berhari-hari aku tidak mampu belajar. Aku berasa kasihan pada diriku, sehingga aku menjual kitab tersebut dan hatiku mula menjadi terang"....

    eh, nape cam tertarik ngn kata2 nih....huhu~

    ReplyDelete
  3. En. Voltox

    Nasi + ayam goreng + sup sayur..=)

    celakalah orang yang Allah tidak ampunkan dosa dia dalam bulan ramadhan ni..=(

    ReplyDelete
  4. noorain

    pas dapat degree Food Biotech, boleh amek degree agama pulak =)

    ReplyDelete

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...