Tuesday, June 22, 2010

Cerita ulama' menyentuh hati


Assalamualaikum warahmatullah...

Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim, Allah Ya Allah. Alhamdulillah ala kulli hal..

Hari ni termasuk hari kedua berada di Nilai selepas berjalan-jalan di Negeri Hang Tuah, Melaka. Tanah air kedua selepas bumi kelahiran. Langkah pertama ke Melaka pada 2007 dahulu rupanaya bukan sekadar di situ. Kelangsungan hingga ke hari ini. InsyaAllah.

Sungguh, bila mendengar dan membaca kisah-kisah ulama', pasti wujud satu kelainan perasaan yang sukar diceritakan. Rasa kagum, rasa hebat dan rasa kecil. Kagum kerana mereka dekat dengan Allah, hebat kerana mereka juga manusia, rasa kecil kerana diri dan ulama' umpama langit dan bumi malah lebih jauh. Sesekali menziarahi ulama' pasti sedikit sebanyak dapat megetuk hati yang sentiasa perlukan sentuhan-sentuhan sebegini.


Berikut saya sertakan kisah kehidupan seorang ulama' yang tidak asing lagi bagi kita. Ustaz Yahya Othman.


Beliau dilahirkan pada 1939 di Kampung Labok, Machang merupakan seorang ulama yang amat cintakan ilmu pengetahuan. Sejak usia 11 tahun telah dihantar bapanya ke Mekah untuk belajar di Madrasah Al Diniah Darul Ulum.

Beliau menadah (mentelaah) kitab dengan ramai guru seperti Syeikh Mohd al Maliki dalam bidang hadis di Masjidil Haram. Pada 1959 menyambung pengajian ke Syria seterusnya ke Iraq dan ke Mesir pada tahun 1960.

Yahya mendapat ijazah sarjana dalam bidang Siasah Al Syari�ah (Politik Islam). Pernah mewakili DUN Banggol Judah dan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Sebelum itu beliau terlibat mengemaskini pendidikan dan kurikulum penubuhan Maahad Dakwah Wal Imamah.

Beliau juga menulis beberapa buku dalam bahasa Arab, selain berpuluh-puluh kertas kerja dalam bahasa Arab dan Melayu berkaitan bidang tarbiah harakiah yang dibentang di seminar tempatan dan antarabangsa.

Tidak banyak yang dapat saya kongsikan biodata ustaz yahya. Namun yang pasti, aura ustaz begitu kuat dalam diri saya sehingga ke hari ini terngiang-ngiang di telinga pesanan-pesanan ustaz.

Terasa ingin mengenali beliau dengan lebih dekat. Ingin sekali. Bersyukurlah bagi anda yang terpilih menjadi anak didik ustaz Yahya Othman.

Allahua'alam.

"Gemilangnya Islam di bawah kepimpinan ulama"






No comments:

Post a Comment

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...