Monday, August 30, 2010

Setiap KITA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. =)

Suatu petang, lepas pulang kepenatan dari lab, melalui jendela bilik saya nampak mereka
bercerita. Seolah-olah ingin memberitahu saya sesuatu. Pokok yang rendang di depan mata saya melambai lembut, angin sejuk mendamaikan muka saya, langit cerah semacam senyum. Allahuakbar. Hebat. Mereka berzikir. Tidak henti. Mereka bahagia dalam zikir.

Malam ni, 21 ramadhan. Lailatul Qadr kah? Allahua'lam. Yang pasti malam ni kami telah Allah kumpulkan untuk berbuka, solat maghrib, solat isya', solat terawih dan solat witir bersama. Moga Allah rahmati perhimpunan kita malam ni.


Iftar kami yang terakhir

Kali pertama iftar di kampus, penuh pengisian. Kali pertama mula solat terawih pukul 9.30pm. Hehe, betapa banyaknya pengisian. Apa taknya, 40 ustaz dan ustazah dari program Bioteknologi Makanan Tahun 4. FST berkongsi ilmu. Hebatnya. InsyaAllah. Teringat kata-kata sahabat, nak bagi dalil tak pandai, nak bagi hadis tak hafal, nak bagi ayat Quran bukan hafiz. So, bg je lah apa yang ada. Banyak input dapat. Saya kagum dengan sahabat-sahabat, walaupun kami FST, bukan course pure agama, kami hargai apa yang kami ada. Sedikit kalau tak semua.

Tahun pertama, =). Semua mencari identiti masing-masing. Suci. Ada yang fokus study,ada yang cuba aktif masuk persatuan, ada yang cari kawan. Kalau yang ada geng, mesti berkepit ke mana-mana bersama. Yelah, semua cari kehidupan. Maklum, nak stay untuk 4 tahun lagi. So bekalan kehidupan kena kukuh. Saya? Emm, saya tak jumpa identiti masa tahun 1. Berperang dengan diri sendiri. Banyak bersama sahabat matrik masa ni. Selalu gi Melaka. Kalau yang ada si dia masa ni, mungkin dalam proses untuk berpisah. Hmm. Best freind saya masa ni, housemate saya, sabahan =).

Melangkah ke tahun ke 2. Sedikit stabil. Banyak berlaku konflik. Selisih faham dengan teman rapat kita di tahun 1, gaduh. Hehe, macam-macam. Musim ni da dapat kenal diri, sesuai ke tak berpesatuan, serasi ke tak kawan dengan si X ni, dan masa ni kalau dalam sinopsis cerita, ni musim klimaks. Bila kita da dapat identiti tu, pastu kita buat perubahan. Masa ni lah, kadang-kadang mengejutkan orang sekeliling. Study masa ni tengah stabil lagi. Saya start join JAKSA pada usia ni. Dan da mula merempit =) . Saya da mula tak sempat sikat rambut time ni.

Tahun 3, awal kedewasaan. Ada bau cinta dalam persahabatan. Hehe. Macam apa. Ada yang baru berjumpa best freinds. Ada yang baru jumpa sahabat baik. Ada yang declare sehidup semati. Kita da mula sayang. Masa ni jugak Allah bagi kita kenal teman rapat kita in and out, hitam dan putih. Musim persahabatan kali ni berbau dewasa. Teman baik masa tahun 1 da hilang begitu saja. Zaman ni jugak zaman untuk bangkit, selepas jatuh merudum masa sem 2. Saya lah tu. Uzlah ada gak sikit tahun ni. Kali ni da mula merempit jauh ke KL. Hehe.

Tahun 4, sekarang. Tak perlu tulis apa yang berlaku. Gambar di bawah 1001 makna pada saya walaupun tanpa description. Hehe.


Macam tunggu first born. Roti je pun

Semua study enzyme, nak present

Saya mula sayang mereka, izinkan walau sekejap
(Hari lahir tahun ni dapat 3 kek coklat)


Saya da ada kamu, =)

Tahun akhir bergelar mahasiswa. Usah tulis apa yang berlaku. Hanya yang melalui dapat merasai. Masa yang sekejap, hargai setiap detik. Nak tak nak this is the time to say good bye. Moga berjumpa lagi kamu semua. Masa tu, mesti semua da jadi somebody.

Saya tak tau jadi apa eh..

Allahua'alam. Sekadar tuh untuk malam ni, sedikit coretan kisah kita.
Selamat mengiringi pemergian ramadhan. Assalamualaikum.

11 comments:

  1. wah sedihnya bc entry ni..awk mmg suka buat entry sedih2 ye..tp itu la kan..mmg sedih kalau nk berpisah ngn kawan2..ni sy bg link sajak pertemuan perpisahan sy..tp tak best pun..hehe..apa pn hayatilah bersama..cewah..

    http://aizddin.blogspot.com/2009/12/apa-citepertemuan-dan-perpisahan-episod.html

    ReplyDelete
  2. teman baik hilang begitu saje...

    Ada hikmah semua yg berlaku..Allah nk bg ct sahabat yg terbaik..:-)

    ReplyDelete
  3. En. Voltox..haha, mna ad.saya senyum simpul tau masa tulis entry nih..en.voltox yang lebih2 nih sy rsa..

    tapi best, sy suka sajak tuh..sy da copy pun.

    sekali bersahabat, slamanya bersaudara..

    ReplyDelete
  4. Salam sahabat..

    tau da mesti delete org punye komen.
    haish!

    haha..ni link untuk shbt..org suke view blog mirae nie =)
    http://xxsmellthecoffeexx.blogspot.com/2010/08/college-life.html

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Habib

    a'ah..da delete.orng memang suka delete komen tikah.dari dulu lagi, zaman king kong..eheh(gelak gaya en.voltox)

    huhu, nti orng singgah, thanks link tuh..=)

    ReplyDelete
  7. senyum sorang2 bace entry awak nie..gamba yg tunggu "first born"..hehe..saye pun terlibat gak eh..tp seb baek picture dari blakang..nyway...nak kate..BESSTT SGT1000x iftar kali nie...simple tapi bermakna..
    ..ku bersyukur dipertemukan kalian..tersemat memori walau hanya menyinggah dalam destinasi yang dituju..permusafiran kita masih jauh..perbanyakkan bekalan untuk hadapi hari yang mendatang..semoga kehadiranku disisi kalian yang seketika cuma tidak hanya menjadi aksessori di meja tulis..hehe..mintak maaf banyak2 atas kesilapan dan kekhilafanku lalu..selamat balik kampung sume..!!..=)

    ReplyDelete
  8. ct terbaik! 4 thn suka-duka di bumi USIM.. jgn risau k.ili 5 thn je=)

    ReplyDelete
  9. @inurRislam

    hehe, sory letak gambar xbgtahu..tma kasih kta2 2, sy suka=)

    ReplyDelete
  10. huurun ain

    ap y terbaikny k.ili..kta serupa..

    lain orang, lain ujian..=)

    ReplyDelete

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...