Friday, August 6, 2010

Kamu SAHABAT RAMADHAN


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Subhanallah. Terasa sayu.

Ya Allah, sayu ini bukan kerana hari ini adalah hari itu, bukan jua kerana cuaca yang redup ini dan bukan jua kerana lagu sedih di corong telinga. Tapi sayu ini kerana sesuatu yang terlalu hebat . Bulan itu akan datang lagi. Allahummabariklana fi shahri ramadhan.

Buku Rabiatul Adawiyah di tangan ini mahu saja dihabiskan dengan seberapa segera, agar jiwa sedia sufi untuk menyambut ramdahanMu. Mengambil sedikit roh sufi Rabiatul Adawiyah. Ingin mengutip sebanyak mungkin bekalan-bekalan yang istimewa untuk Ramadhan kali ini. Boleh google, banyak blog yang cerita pasal ramadhan, boleh baca buku, boleh dengar dekat you tube. Semua ada, nak ke tak nak je.

Cari ilmu sebanyak mungkin pasal ramadhan agar kita betambah yakin akan Allah masa kita beribadat. Contoh, penah dengar ungkapan ni, "wazukhrina wa maulanaana muhammad" ? masa terawih. InsyaAllah, pernah kan. Dalam Bahasa Melayu, maksudnya "Muhammad itu sebagai simpanan di akhirat". Bererti kita mengharapkan Rasulullah tolong kita di akhirat. Kita sebut, tapi kadang-kadang tidak tahu maksud pun. Masa sebut pun, mungkin tidak dengan hati dan bersungguh-sungguh mohon. Muhasabah.

Ya Allah, ini kali terakhir untuk beramadhan dengan insan-insan yang bergelar sahabat. Mereka yang teramat sayang dan penuh cinta. Mereka seperti ahli keluarga sendiri biarpun darah berbeza. Ketahuilah sahabat, teramat sayang untuk melepaskan kamu semua. Kata mereka pertemuan kita satu anugerah dan berpisah itu satu rahmat.

Hebatnya bertemu, berkenalan dan bersahabat denganmu. Subhanallah. Ramadhan ini, kita perform semampu kita. Ibarat tiada lagi ramadhan di tahun depan. Sungguh, teramat ingin menjadi cemerlang di ramadhan ini bersamamu sahabat.

Sahabat, ada beberapa hari lagi untuk sama-sama melangkah ke bulan terhebat. Genggam tanganku agar kita beriringan dan berdampingan ke Shahru Ramadhan. Kita puasa yang sebenar puasa, kita qiam sehabis daya, kita bertadarus bersama untuk kali terakhir.

Sahabat, seserabut mana pun kita di tahun akhir ini, sestress mana pun dengan thesis, iceps, MPP, PA MPP, dan segala bentuk amanah yang kita pegang, ayuh kita redah. Semua memerlukan yang terbaik dalam masa yang suntuk ini termasuk Ramadhan. Kita buat. Aku dan kamu.

Tahun akhir dibumi USIM bukan sesuatu yang mudah untuk mengawal dan melayan segala bentuk emosi. Thesis yang tersangkut and don't know how to start it again, persiapan untuk turun kepada masyarakat dan meninggalkan title mahasiswa, mengemaskini sakibaki kerja dakwah untuk tinggal dekat adik-adik, dan SAHABAT, those things are difficult and really hard.

Mahu saja menjaga hati kamu semua sahabat tersayang. Tidak mahu sedikit luka pun tercalit di hati kamu semua agar perpisahan yang bakal kita hadapi nanti perpisahan yang terindah. Agar tiada perasaan-perasaan yang mampu membunuh cinta antara kita. Ingin penuhi segala haq-haq ukhuwah yang belum settle. Terasa terlalu berat untuk meninggalkan USIM apatah lagi sahabat. Tapi inilah adat alam. Bertemu, berpisah.Pengalaman berpisah dengan sahabat, tak mampu dan tak ada daya nak rasa lagi. "Wamakaru Wa Makarallah, Wa Allahu Khairul Makirin".

Sahabat, ayuh melangkah keluar dari USIM dengan kejayaan-kejayan hebat yang kita lakar bersama. Terutama thesis dan ramadhan terakhir ini. Tidak ingin ada air mata di hari perpisahan kita, menanti senyuman terindah darimu sahabat di hari terakhir melihat semua.

Kita Kuat Bila Bersama.

Selamat Hari Lahir ke 22 Tahun, Sufi Ramadhan..=)

2 comments:

  1. wah sedihnya baca entry ni..mesti air mata awk berlinangan ni kan masa menulis..habib..tolong kawan awk ni plzz=p

    ReplyDelete
  2. En. Voltox, eh mna ad..hati sy kental, xmain nangis2 ni..hehe.ke en.Voltox ya nangis..

    ReplyDelete

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...