Thursday, June 24, 2010

Sepohon Pokok, Seorang Wanita



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ala kulli hal wa astargfirullah ala kulli zanb..

Bergelar anak, bergelar pelajar dan bergelar wanita, satu rangkaian yang ringan ditimbang di bibir, mudah disebut lidah namun bukan senang diri yang menaggung. Kadang menjadi anak yang disayangi tetapi tidak bergelar pelajar yang hebat dalam masa yang sama, kadang menjadi pelajar yang pensyarah sayang tetapi dalam masa yang sama tidak hebat dimata bonda dan ayahanda. Hati wanita manakah tidak bimbang bila berada di bahagian bawah roda kehidupan.

Suatu hari saya tersedar bahawa saya ini terlalu wanita. Wanita yang ibarat sepohon pokok yang tumbuh di tengah-tengah padang pasir yang gersang. Tiada rumput, tiada juga lalang. Yang ada, cahaya matahari dan juga air untuk meneruskan kehidupan sementara mati ditelan tanah. Hari demi hari pokok hidup dengan segar dan yakin. Lama kelamaan dia tersedar bahawa dirinya perlukan sesuatu yang selain dari cahaya matahari dan air. Puas pokok merintih kiri dan kanan mencari sesuatu yang dirinya sendiri tidak pasti apakah itu.

Duhai pokok, apa yang kamu perlukan. Bingung. Pokok menyambung hidup dengan diri yang penuh pertanyaan. Ya Rahim, kasihanilah pokok ini. Bantulah ia mencari sesuatu yang berharga dalam dirinya.


Duhai pokok, ayuh. Bangkit! Apa yang kamu cari ada dalam dirimu. Hidupmu sendirian di padang bukan sesuatu yang Allah sia-siakan. Pasti ada sesuatu yang bermanfaat.

Akhirnya, pokok tumbuh dengan rendang dan mengeluarkan buah-buahan yang banyak. Nah, pokok. Inilah yang kamu cari. Berupaya menjadi tempat berteduh manusia yang kepanasan dan berupaya pula memberi rezeki kepada manusia yang kelaparan.

Hidupmu pokok amat berguna untuk orang lain. Hidupmu pokok menambah keyakinanku padaMU duhai Sang Pencipta pokok.

Sahabat, berbanggalah kamu dengan wanitamu. Yang padanya ada air mata, yang padanya ada hati yang sangat lembut, yang padanya ada nilai setia yang luar biasa. Jangan lemahkan diri kamu dengan kemarau-kemarau yang sekejap, jangan lenakan diri kamu dengan kelazatan dunia, yang menguji tahap sesetia mana kamu dengan wanitamu dan yang menguji kamu tahap sesetiamu pada yang Satu.

Sahabat, jangan menangis dengan kata-kata membunuh yang menghina sifat wanitamu oleh mereka yang tidak bergelar mereka. Jangan hentikan langkahmu biar terpaksa merangkak. Saya percaya pasti wanitamu lebih HEBAT.

Pelajar tahun akhir ini akan teruskan langkahan biar apa pun terjadi. Misi dakwah perlu dilaksanakan biar berkecai mna pun hati. Sunnah Rasulullah yang paling besar perlu dikotakan agar Allah tidak murka. Kumpullah sebanyak-banyak amalan yang Dia suka agar syurga menjadi penempatan abadi.

Always believe, when you get down, there are something He want to tell you.

Hidup ini tidak semudah yang kita janjikan

Allahua'alam...



2 comments:

  1. My beloved papa said..
    wherever u go the rolling stones always shine..

    My lovely sir said..
    Go with God..

    U always remind me...
    Fighting ohhh...

    Gotcha sahabat....

    ReplyDelete
  2. My Husband will say...

    Cik aish2 =)

    ReplyDelete

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...