Malam itu hujan lebat, jam menunjukkan pukul 9 malam. Suasana sunyi di dalam kereta milik Amir. Mereka berdua kaku dan senyap. Umar dan Amir seolah-olah tiada kata untuk di ucapkan. Kereta dipandu perlahan seperti mengerti cerita masing-masing.
Umar memberhentikan kereta di depan sebuah kedai untuk mencari barang keperluannya
Sebelum mereka berdua menaiki kereta
"Amir, ana rasa sedih. Tak tau apa yang ana fikir" Luahan Umar kepada sahabat karibnya itu
"Enta kenapa ni. Enta cubala cal mak enta" Amir masih sibuk menghabiskan kerja2nya.
Saat itu air mata lelaki Umar sudah bergenang. Tunggu saat untuk gugur. Entah kenapa dia merasakan hatinya resah dan sungguh sayu.
Namun, lelaki sepertinya mana mungkin bisa menangis di hadapan pekerja dan guru-guru lain.
Sampainya di rumah, kedua-dua sahabat masing-masing melayan perasaan sendiri. Umar baru sahaja bercakap dengan ibunya sementara Amir baring kepenatan. Tugasnya sebagai seorang guru di sebuah sekolah baru di pedalaman bukan sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang perlu disusun dan direkod.
Umar duduk dihadapan meja tulisnya. Dia membuka buku kesayanganya. Menulis sesuatu.
"Tuhan.. Ampuni kami.. Aku teramat menyangiMU.. Lapangkan dadaku sebagaimana tenangnya malam ini dengan hujan yang amat mendamaikan.. Tuhan, keep me strong.."
Umar mengelap air matanya saat Amir datang duduk disebelahnya. Allah..
Amir diam. Umar lihat dia menangis.
"Amir, ana ada buat salah kat enta ke.. Ana mta maaf"
"Ana tak tau nak fikir macam mana lagi. Ana buntu. Ana takut risiko2 dengan keputusan yang bakal ana amik nti" Amir meluahkan rasanya yang dipendam dari petang tadi.
"Allah uji enta, sebab nak didik enta untuk buat keputusan yang tepat. Enta pergila. Mungkin enta tak suka, tapi ini yang terbaik untuk enta" Umar cuba menenangkan Amir
Umar tahu, bukan mudah untuk Amir melakukan keputasan untuk memilih di antara dua. Umar tahu, Amir ada tanggungjawab. Umar teringat 3 tahun yang lepas, mereka berdua dihantar oleh kerajaan Malaysia untuk bekerja sebagai guru di hujung Myammar. Disitulah bermulanya kisah persahabatan mereka. Di bumi asing, mereka berjuang diperantauan. Mereka terus melangakah, gunung sama di daki, lembah sama diredahi. Mereka di uji berulang kali supaya saling menguatkan.
Persahabatan 3 tahun, terasa sekejap. Di dalam hati Umar. "Tuhanku, hadiah kasih sayang ini amat aku hargai. Andai boleh kiranya aku menahannya untuk pergi. Tuhan, Aku menyangi Amir lebih dari diriku. Ingin sekali kami bersahabat seperti Rasulullah dan para sahabat. Allah, kira Rasulullah perlukan Saidina Abu Bakar, Umar juga perlukan Amir"
Umar sayu dalam tangisan untuk menjalani hidup sendirian tanpa teman seperjuangan.
Air mata lelaki Umar akhirnya gugur. "Umar, enta jangan nangis. Umar, Allah tidak kejam."
"Allah nak ana lalui hidup tanpa enta kat sini. Tapi ana tak nak enta pergi lagi" Mereka berpelukan dalam tangisan. Tuhan, kuatkan mereka jika perpisahan yang Engkau tentukan.
"Ana belum buat keputusan lagi" Pujuk Amir
"Tapi enta akan pergi. Ana seorang kat sni" Tangisan Umar samakin kuat
"Sahabat, jangan macam ni, Allah buat sesuatu, bukan menyeksa kita" Amir tidak dapat menahan air matanya lagi.
"Amir.. Enta sahabat ana.. Kat mana lgi ana nak cari orang yang boleh kejut ana qiam, boleh suapkan ana saat ana sakit, boleh pangku ana saat ana kelemahan, boleh menenangkan ana saat ana kesedihan"
Amir tidak dapat menahan lagi kata-kata Umar. Dia amat menyayangi sahabatnya itu.
Amir menggenggam tangan Umar erat. Matanya di pejam. Umar dengar Amir membaca selawat tafrijiyyat. Selawat cinta untuk Rasulullah, supaya kami kuat sepertimu.
Perlahan-lahan Umar memejamkan mata. Dia melafazkan selawat itu sambil tangan kedua mereka digenggam erat.Air mata yang mengalir perlahan dipipi tanda mengharap kekuatan dariMU
Umar berbisik di dalam hatinya.
"Allah, dengan kemulian Rasulullah, leraikan ikatan yang kusut ini.. Tuhan, Hadiah cinta dari seorang teman ini amat aku hargai.. Jadikan yang terbaik buat kami"
CINTA SEORANG TEMAN UNTUK CINTA ALLAH