Wednesday, November 28, 2012

Gusar kerana adam


 

GUSAR KERANA ADAM
Sebuah wajah yang mengukir haruman rindu,
Sehitungan kerdipan mata dan hembusan nafas,
Segenap rasa bersulam ucapan kasih dari seorang ummat
Buatmu Rasulullah, semuliamu, sesantun pekerti..
Bandingannya tiada..
 
Mulia ukiran wajahmu bersinar cahaya disegenap jendela
Jua tajam cintamu tersingkap di sebalik rangkap ummati,
Lantas haruman kasih ini mesti tersemat teguh di hati
Supaya cinta adam tidak menyamai..
 
Butir tasbih setia menyentuh saat hati tidak terperi
Andai suri untuk adam mengintai ruang hati
Bersama senaskah kalam dan sesuci kasih akan dituruti
Walau tidak setanding bidadari
 
 
28. November. 2012
Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Universiti Putra Malaysia

 

No comments:

Post a Comment

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...