Thursday, June 24, 2010

Sepohon Pokok, Seorang Wanita



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ala kulli hal wa astargfirullah ala kulli zanb..

Bergelar anak, bergelar pelajar dan bergelar wanita, satu rangkaian yang ringan ditimbang di bibir, mudah disebut lidah namun bukan senang diri yang menaggung. Kadang menjadi anak yang disayangi tetapi tidak bergelar pelajar yang hebat dalam masa yang sama, kadang menjadi pelajar yang pensyarah sayang tetapi dalam masa yang sama tidak hebat dimata bonda dan ayahanda. Hati wanita manakah tidak bimbang bila berada di bahagian bawah roda kehidupan.

Suatu hari saya tersedar bahawa saya ini terlalu wanita. Wanita yang ibarat sepohon pokok yang tumbuh di tengah-tengah padang pasir yang gersang. Tiada rumput, tiada juga lalang. Yang ada, cahaya matahari dan juga air untuk meneruskan kehidupan sementara mati ditelan tanah. Hari demi hari pokok hidup dengan segar dan yakin. Lama kelamaan dia tersedar bahawa dirinya perlukan sesuatu yang selain dari cahaya matahari dan air. Puas pokok merintih kiri dan kanan mencari sesuatu yang dirinya sendiri tidak pasti apakah itu.

Duhai pokok, apa yang kamu perlukan. Bingung. Pokok menyambung hidup dengan diri yang penuh pertanyaan. Ya Rahim, kasihanilah pokok ini. Bantulah ia mencari sesuatu yang berharga dalam dirinya.


Duhai pokok, ayuh. Bangkit! Apa yang kamu cari ada dalam dirimu. Hidupmu sendirian di padang bukan sesuatu yang Allah sia-siakan. Pasti ada sesuatu yang bermanfaat.

Akhirnya, pokok tumbuh dengan rendang dan mengeluarkan buah-buahan yang banyak. Nah, pokok. Inilah yang kamu cari. Berupaya menjadi tempat berteduh manusia yang kepanasan dan berupaya pula memberi rezeki kepada manusia yang kelaparan.

Hidupmu pokok amat berguna untuk orang lain. Hidupmu pokok menambah keyakinanku padaMU duhai Sang Pencipta pokok.

Sahabat, berbanggalah kamu dengan wanitamu. Yang padanya ada air mata, yang padanya ada hati yang sangat lembut, yang padanya ada nilai setia yang luar biasa. Jangan lemahkan diri kamu dengan kemarau-kemarau yang sekejap, jangan lenakan diri kamu dengan kelazatan dunia, yang menguji tahap sesetia mana kamu dengan wanitamu dan yang menguji kamu tahap sesetiamu pada yang Satu.

Sahabat, jangan menangis dengan kata-kata membunuh yang menghina sifat wanitamu oleh mereka yang tidak bergelar mereka. Jangan hentikan langkahmu biar terpaksa merangkak. Saya percaya pasti wanitamu lebih HEBAT.

Pelajar tahun akhir ini akan teruskan langkahan biar apa pun terjadi. Misi dakwah perlu dilaksanakan biar berkecai mna pun hati. Sunnah Rasulullah yang paling besar perlu dikotakan agar Allah tidak murka. Kumpullah sebanyak-banyak amalan yang Dia suka agar syurga menjadi penempatan abadi.

Always believe, when you get down, there are something He want to tell you.

Hidup ini tidak semudah yang kita janjikan

Allahua'alam...



Tuesday, June 22, 2010

Cerita ulama' menyentuh hati


Assalamualaikum warahmatullah...

Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim, Allah Ya Allah. Alhamdulillah ala kulli hal..

Hari ni termasuk hari kedua berada di Nilai selepas berjalan-jalan di Negeri Hang Tuah, Melaka. Tanah air kedua selepas bumi kelahiran. Langkah pertama ke Melaka pada 2007 dahulu rupanaya bukan sekadar di situ. Kelangsungan hingga ke hari ini. InsyaAllah.

Sungguh, bila mendengar dan membaca kisah-kisah ulama', pasti wujud satu kelainan perasaan yang sukar diceritakan. Rasa kagum, rasa hebat dan rasa kecil. Kagum kerana mereka dekat dengan Allah, hebat kerana mereka juga manusia, rasa kecil kerana diri dan ulama' umpama langit dan bumi malah lebih jauh. Sesekali menziarahi ulama' pasti sedikit sebanyak dapat megetuk hati yang sentiasa perlukan sentuhan-sentuhan sebegini.


Berikut saya sertakan kisah kehidupan seorang ulama' yang tidak asing lagi bagi kita. Ustaz Yahya Othman.


Beliau dilahirkan pada 1939 di Kampung Labok, Machang merupakan seorang ulama yang amat cintakan ilmu pengetahuan. Sejak usia 11 tahun telah dihantar bapanya ke Mekah untuk belajar di Madrasah Al Diniah Darul Ulum.

Beliau menadah (mentelaah) kitab dengan ramai guru seperti Syeikh Mohd al Maliki dalam bidang hadis di Masjidil Haram. Pada 1959 menyambung pengajian ke Syria seterusnya ke Iraq dan ke Mesir pada tahun 1960.

Yahya mendapat ijazah sarjana dalam bidang Siasah Al Syari�ah (Politik Islam). Pernah mewakili DUN Banggol Judah dan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Sebelum itu beliau terlibat mengemaskini pendidikan dan kurikulum penubuhan Maahad Dakwah Wal Imamah.

Beliau juga menulis beberapa buku dalam bahasa Arab, selain berpuluh-puluh kertas kerja dalam bahasa Arab dan Melayu berkaitan bidang tarbiah harakiah yang dibentang di seminar tempatan dan antarabangsa.

Tidak banyak yang dapat saya kongsikan biodata ustaz yahya. Namun yang pasti, aura ustaz begitu kuat dalam diri saya sehingga ke hari ini terngiang-ngiang di telinga pesanan-pesanan ustaz.

Terasa ingin mengenali beliau dengan lebih dekat. Ingin sekali. Bersyukurlah bagi anda yang terpilih menjadi anak didik ustaz Yahya Othman.

Allahua'alam.

"Gemilangnya Islam di bawah kepimpinan ulama"






Friday, May 14, 2010

Where is white..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih kuat jari mengukir perkataan demi perkataan. Seminggu yang mendidik. Mendidik agar lebih cerdik, kuat, dan yakin.

Allah bagi dan bagi. Kita pula sebagai hamba harus menerima dan menerima. Allah bagi, tanda kita telah lama alpa. Sekali lagi diberi perhatian. Terima kasih duhai Tuhan.

Sesekali gugur air mata tanda lemah kewanitaan. Ibarat gunung yang besar perlu dipikul dan tak pernah kita jangka. Amat berat.

Tapi sahabat, berapa banyak sangat musibah ini dibanding dengan nikmat yang melangit luas. Kita selalu berbicara tentang ujian yang ditanggung, padahal nikmat jarang sekali kita bersyukur.

Saya penah ditanya, antara bersabar dan bersyukur mana yang lebih sukar untuk ummat praktikkan? Kita bleh jawab sendiri apabila berada di kedua keadaan tersebut.

Wahai diri, ilmu yang cetek bagaimana nak kongsi. Hati yang hitam bagaimana nak menerangi.

Memudaratkan hati untuk mendapatkan yang bersih. Begitukah? Biar diri rasa teruk supaya hadir rasa insaf yang mendalam,kuat dan selamanya..

Hati, bangkit. Kali ini biar tegak. Memandang yang jauh, tidak menyisih yang dekat. Perlukan kepada kekuatan. Cari. Bukan tunggu. Bia sakit sedikit, untuk kebahagiaan yang berpanjangan. Matlamat hidup perlu didokong, dipandu dan dihangatkan. Agar bendera yang kita ukir bersama2 terpacak di puncak tertinggi.

Allahuakbar!!

Friday, May 7, 2010

Tears..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hebatnya Allah ni, tidak mahu kita melupakannya walau sedetik. Hari-hari y gembira, pasti ad satu terselit kedukaan. Alhamdulillah. Masih diperhatikan.

Untuk adik y sentiasa memberi dorongan, pasti di sini terus kakakmu berdiri, bertahan hingga ke akhir. Tidak pernah terlintas untuk berhenti biarpun kekadang mengadu lesu. Duhai adik, mahu saja memelukmu. Hati hidup dan mati bersilih ganti.

There may be days when you get up in the morning

And things are not the way you had hoped they would be

That’s when you have to tell yourself that things will get better

There are times when people disappoint you

And let you down

But those are the times that you must remind yourself

To trust your own judgements and opinions

To keep your life focused on believing in yourself

There will be challenges to face and changes to make

And it is up to you to accept them

Constantly keep yourself headed in the right direction for you

It may not be easy at times, but in those times of struggle

You will find the stronger sense of who you are

So when the days come that are filled with frustration

And unexpected responsibilities

Remember to believe in yourself and all you want to be

Because the challenges and changes will only help you

To find a goal that you know you are meant to come true for you

~takut berbicara lagi~

Al-Dhariyat:56

Tuesday, May 4, 2010

...Satu Cinta...


Bismillahirrahnirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Teringat dengan kata-kata seorang sahabat, "Ti, hati ni akan hitam kalau tak dengar tazkirah dalam masa 3 hari". Alhamdulillah, 2 hari lepas dipilh sekali lagi untuk mendengar peringatan dari Allah. Abi, dulu kini dan selamanya.

Mengaku diri sebagai daei, tapi tidak tahan ujian Allah.
Mengaku diri sebagai daei, tapi seringkali terleka dengn dunia.
Mengaku diri sebagai daei, tapi menjalani kehidupan yang terlalu biasa.

Once, kita berada di jalan para anbia', pasti terlalu sukar. Sukar semua. Lupakah kita bahawa Allah tak akan biarkan penolong agamanya terapung2 seperti buih lautan. Bila ia berlaku, muhasabah. Ia pasti salah kita. Qiam kita ke mana? Quran kita macam mana? Solat kita lalaikah? Ke mana semua amalan kesufian kita?

Ketika Rasulullah sedih, dakwah baginda ditentang habis-habisan, Allah memberi ketenangan kepada Rasulullah dengan menurunkan surah al-Muzammil. Dalam surah ini, Allah memerintah Rasulullah supaya melakukan Qiam selama setahun.

Saya cabar diri sendiri lepas abi cerita kisah ni. Allah, Engkau 1 cinta..

Memetik kata2 abi, Qiam merupakan himpunan segala2 ibadah. Orang yang Qiam pasti kuat rohnya. Kata2nya pasti tidak terapung-apung..Ayuh sahabat, cuba sekali lagi. Kali ini 1 cinta kita biar dipandu.. Dipandu ke laluan yang Allah suka.

Allahua'lam..



Sunday, April 18, 2010

Again, we need Your Love


Assalamualaikum sahabat,

Saya akan berusaha untuk menjadikan ruangan ini semanfaat yang mungkin. Allah, permudahkan.

Sekarang fatrah exam, so saya kena buat pecutan terakhir. Sepecutnya.

InsyaAllah lepas exam bermula lah tinta sang manusia ini.

Allah, binasalah diri kami dengan beban ini tanpa Engkau pandu.


Saturday, April 17, 2010

Cinta Sang Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..

Langkah pertama dalam perjalanan y terlalu panjang. Mengapa, baru mula sedangkan orang lain da jauh ke mana-mana. Ya, diakui. Cinta sang sahabat, sama ada menjadi sebuah blog, menjadi diari mahupun sampah. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Janji manusia, jarang di tepati, namun saya tetap berjanji pada diri sendiri untuk menulis di ruangan ini. Mencari sedikit cinta Sang Pencinta.

Allah, permudahkan dan izinkanlah.

Mohon tunjuk ajar.


Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...