Monday, September 19, 2011

M A S I H

Alhamdulillah..

Syukur. Terima kasih. Thank You Allah.

Saat petang berlabuh, pasti tiba waktu burung pulang ke sarang setelah berhempas pulas mencari rezeki. Sama juga di sini.

Kedengaran pintu2 kilang yang ditutup, kedengaran helaian2 kertas yang sedang di susun, kedenganran juga lambakan2 file yang disimpan dan seterusnya kedengaran bunyi laci yang di hentak kuat.

Langkah2 kaki menuju ke tangga tanpa sepatah kata. Apa aku ada kesalahan? Tertanya sendiri.

Apakah perlu semua menjadi senyap dan berwajah protes sedang tidak mengerti sehingga kini menjadi persoalan.

Kini tinggal sendiri tanpa sebarang suara. Jari jemari pantas menekan kunci2 keyboard.

Lalu teringat perbualan sebelum semua berlalu.

“apa yang kamu cakap siti?” Tanya seseorang tidak termasuk dalam perbualan kami.

“tak ada, saya tanya ustaz kenapa admin 1 tidak terlibat dengan pembahagian tugas ni” saya membalas sambil mata leka membaca seseuatu di screen laptop.

“tak perlu kita bahagi2 macam ni. Semacam memaksa”

“alang2 buat, biarla bersistem encik, kita susun kita rancang”

“no, saya tak suka sistem ni. Should be sape nk then pergi je. Tak perlu buat macam ni”

Tetiba hati menjadi tawar lalu tersentap. Hati menangis, namun dilindung oleh muka biasa sepeti tiada apa terjadi.

Apa yang kita rancang, kita mesyuarat, kita memerah akal, mana mungkin patah begitu sahaja!

Teringat kata2 sahabat, “kerja Islam, bukan kerja main2”

Hati ibarat bercahaya semula dan kenangan2 indah ibarat hidup kembali. Sahabat, aku juga sepertimu.

Kerja Islam, bukan kerja main2. Ia perlu disusun, ia perlu dirancang sebagaimana kita merancang rapi perjalanan kilang ni. Productionnya, RnDnya, Bahan mentahnya. Malah kerja2 Islam perlu dirancang lebih baik dari itu.

Bayangkan dalam sebuah kilang, ad arahan : sape nk jaga bahan mentah hari ni pergi jela. Esok sape nak urus kewangan pergi je la. Supaya tiada paksaan kita perlu buat secara suka rela.

Saya tersenyum. =) Encik, gerak kerja Islam perlukan penyusunan yang lebih baik kerana ia bukan kerja main2, ia tugas para Rasul.

Saya berlalu meninggalkan meja untuk mencari kekuatan. Hebatnya Allah. Kekuatanku ada di situ.

Tuesday, September 13, 2011

Episod Sufi Mencari




Assalamualaikum

Hehe, rasa teruja nk tulis. Macam ada yang mengejar.

Suatu pagi, saya berdiri di hadapan lebih 50 orang pekerja sidratul untuk menyampaikan tazkirah harian. Ya Allah betapa seronoknya saya dapat peluang seluas itu. Sudah lama rasanya lidah ingin berkata tentang Tuhan. Sudah lama rasanya hati rindu berkata tentang Islam. Sudah lama rasanya.

Alhamdulillah, baru sahaja lepas mengajar membaca Al-Quran kepada staff perempuan Sidratul. Akhir bulan ni genaplah 3 bulan menjadi pekerja. Seronok, tapi masih lagi mencari sesuatu, masih lagi dalam pencarian. Pencarian yang masih belum tamat. Hari ni jelas lagi terang, Alhamdulillah, ini takdirnya.

Pengalaman kerja. Hehe, kekadang kat bawah, kekadang kat atas. Time kat atas, kita tangkap ikan. Ikan puyu. Seronot. Pergi ramai2.

Setakat ni saja. PASti bersambung. Ada produk mau keluar..

Wasalam


Wednesday, August 17, 2011

Berdebar meninggalkan Ramadhan



Bismillahirahmanirrahim....


"Jangan lupa amik jam tangan orang kat atas almari" Saya separuh menjerit.

"Okaiii.." K.yani balas.

"Allah....K.yaniiiiiiiii" Sepantas kilat..

Hehe, ni kali kedua saya naik kerusi roda. 5 hari jadi pesakit. Terima kasih untuk nurse peribadi saya dan juga familynya serta katil terapi dan batu2 iran itu=). Tak terbalas rasanya. Terima kasih untuk k.lin, yang papah saya masuk hospital.

Alhamdulillah. Hari pertama kerja selepas 5 hari rehat. Penat kerja sampai saya minta kat Allah, nak m/c. Nah, 5 hari Allah bagi. Subhanallah.

Hari2 yang sakit. Alhamdulillah, insan2 yang menyayangi pengganti family yang jauh untuk bergantung.

"Akak, agknya Allah nk ampun dosa orang"

"Hanya dengan redha banyak mana dah ganjaran yang kita dapat"

Dialog-dialog kami yang akhirnya sekali lagi Allah sudi pandang dengan menghantarkan musibah yang lain.

"kata2 kita PASTI diuji"

Allah, kuatkan..
Aku dan teman..

Berdebar meninggalkan Ramadhan...
Pasti rindu suasana ini...
Pasti sayang meninggalkan ini...




Monday, August 8, 2011

R E N D A H


Bissmillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya tidak menulis tentang sesuatu yang berbentuk ilmiah, penuh cerita je rasanya. Macam diari pun ada.

Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada semua sahabat dan teman seperjuangan. Alhamdulillah batch Food Biotech ke 4 Universiti Sains Islam Malaysia telah menerima ijazah pertama baru-baru ini. Terpancar kegembiraan di wajah mereka semua.

Saat melangkah masuk ke dewan, saya lihat senyuman bangga ibu bapa tercinta. Saat itu terlintas di fikiran. "Ya Allah, aku nak konvo lagi".

Tahniah sahabat. Saya minta maaf, kerana bukan gambar konvo yang saya hiaskan sebaliknya gambar seorang lelaki yang sedang tunduk.

Rendah. Rendah diri. Saya berasa malu dengan diri sendiri. Sebagai wanita, muslimah, pekerja dalam masa yang sama. Kenapa perlu ada sikap marah yang melampau-lampau.

Sebagai orang yang berada sedikit di atas, tidak perlu kita sentiasa marah orang yang berada di bawah. Sebagai pemimpin yang hebat, sudah tentu perlu hebat memimpin. Anak buah patuh kepada arahan dan kita sebagai pemimpin perlu balas dengan kasih sayang.

Tidak perlu tunjuk bengis dan bersuara sombong di hadapan mereka dan sentiasa mencari salah mereka. Saya bimbang bila manusia saling membenci dan tidak seronok berada di iklim ini.

Subahanallah, dunia yang terbentang ni terlalu penuh dugaan dan cabaran untuk sampai ke medan kemenangan, syurga impian.

Selamat Hari Lahir Ustaz..

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem.. Pesan Abi

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA
Ya abnaa al jama'ah..
Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :

1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6

3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..

4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..
لا اله الا الله...wallahu a'lam.

Abi...=)


P/s: Ramadhan bukan hanya bulan puasa...

Friday, July 22, 2011

Mengintai Pelangi di Hujung Hujan

Bismillahirrahmanirahim. Bismillahi Allahu Akbar. Bismillahi Ala Barakatillah.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Tak terhitung rasanya nikmat Allah kepada kita. Tak tercapai projection Allah kepada kita.

Sungguh pantas masa berlalu.....


Tuesday, June 7, 2011

Si Anak Muda

Satu Sinar Harapan Buat Anak Muda

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu
hanya melengang lenggok di tepi jalan
berkumpul riuh di stesen bas, mengusik perempuan
manakala perempuan
buat temu janji dengan lelaki jalanan, liar, tidak bermoral.

Anak muda hari ini
harus melihat apakah akan jadi
kepada generasi hari ini dan akan datang
di bawah telunjuk penguasa sekularis
yang mahukan mereka terus leka dengan artis-artis
yang bayaran satu malam amalnya
lebih mahal dari secangkir teh untuk Ustaz
mengajar di surau dan masjid.


Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda menentukan masa depan warga kota dan desa
warga yang tertekan dengan harga barang naik,
petrol naik, gula naik, minyak masak naik, susu pekat naik,
tepung gandum naik dan banyak lagi yang bakal naik
akibat salah tadbir golongan penguasa nasionalis sempit tak bertamaddun.

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
lihat anak muda dengan teknologi mayanya
telah melontar regim Husni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah
tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia
Irhal, irhal Mubarak irhal
Irhal, irhal, Mubarak irhal,
Irhal, irhal Mubarak irhal,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada kekuatan tersembunyi
yang digeruni oleh penguasa-penguasa zalim seluruh dunia
kekuatan kita adalah keyakinan kita untuk bangkit
menyatakan yang hak kepada penguasa itu
menyatakan kamu adalah penindas rakyat
kamu menjadikan mereka pengemis dengan wang ihsan
sedangkan merekalah yang kaya raya dengan khazanah rakyat
membaham bagaikan jerung merantah bilis di lautan terbentang luas ini.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada jiwa mudah tersentuh
apabila kita melihat nelayan bapak-bapak kita
terus dengan kehidupan,
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
tidak berubah-rubah berdekad-dekad lamanya,
sedangkan penguasa barang naik,
mengumpul harta bertimbun-timbun,
mengatur deretan istana dan kereta mewah,
tanpa segan silu di hadapan gobok buruk rakyat.

Ada lagi yang menggali perigi untuk mendapat sebaldi air
buat sarapan pagi dan hidangan malam
sedangkan penguasa menjamu selera dengan segala hidangan lazat
dan minuman memabukkan lambang segala kemewahan dan kerakusan dunia.


Rakyat terhimpit miskin dan tertindas hanya dibela di musim pilihanraya
"Mak cik ambil duit RM50 ni, jangan lupa pangkah barang naik yer?"

Nilai maruah rakyat hanya puluhan dan ratusan ringgit sahaja.

Nah di sini, anak muda ku
kita harus mulakan satu perubahan,
menjadikan bapak-bapak nelayan kita, tidak lagi duduk berlindung di bawah gobok buruk
di rumah sewa Yayasan Keluarga berasak-asak bagaikan ikan tamban dalam tempayan
yang masih tidak ada kesudahan hala tuju hidup mereka
akibat bahana kerajaan barang naik.

Nah, anak muda ku
kita perlu mulakan satu perubahan bersama
kita ada jalan untuk selesaikan masalah kita
dan masalah warga kota dan desa
yang kita hidup bernafas di dalamnya
kalau kita bermuafakat,
Nabi bersabda, "Kambing bersama kawanannya tidak akan dibaham serigala."


Suhaimi Taib


Kuala Terengganu
22 Mei 2011

P/S: Puisi dicipta dan dibaca khas untuk Pemuda Cendering Pantai dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Burok, di Tepian Pantai Pandak Chendering Kuala Terengannu.


Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...