Thursday, September 30, 2010

Catatan 'Jemu'

Iklan2: Jom, mai Terengganu!

“Akk, dorng da siap ta’ruf” Cerita junior saya beria-ria selepas beberapa minit kami tiba di stesen LRT wangsa maju. Saya angguk lemah. Beberapa langkah kami keluar dari stesen tersebut, jumpa pula 2 junior lain dari UKMKL. Bersalam, mesra. Senyum saya pudar.

Bercerita macam-macam budak bertiga ni. Macam setahun tak jumpa. Aiyaak! Perempuan.

Sedang rancak bercerita, abang senior call, dia da sampai untuk datang ambik kami berempat menuju ke tempat abi bagi pengisian. Jauh jugak. Dalam 15 minit. Dalam kereta, macam-macam dalam kepala saya.

“Best jugak kalau abg ni hantar saya balik Nilai sekarang”

“Jangan lah sampi lagi, nak duk dalam kereta”

“Kenapa rasa tak best hari ni”

Dan macam-macam lagi yang saya sendiri da tak ingat. Menarik jugak taman-taman perumahan di wangsa maju ni. Teringat 1 masa dulu penah bercita-cita nak beli rumah di sekitar sini.

Akhirnya sampailah kami di 1 masjid yang saya betul2 lupa namanya apa. Dari belah sisi, nampak macam surau. Jatuh hati saya pada msajid ni. Siapa ye ajk masjid ni?

Di sebelah luar masjid, ad ruang lapang, saya nampak 1 kumpulan, yang ada dua layer separuh bulat. 1 layer muslimin dan 1 layer muslimat. Mata saya tertangkap dengan pandangan mata seorang insan.

Sebaik saja kereta parking, pintu kereta terus saya buka, kaki yang lemah tetiba menjadi kuat, kepala saya tetiba lurus terpandu. Subhanallah. Dari mana datangnya tenaga ni. Saya tak ada jawapan. Saya seolah-olah berlari menuju tempat tadi meninggalkan 3 junior dalam kereta tadi. Hehe, tindakan luar sedar ni.

Saya cari tempat duduk, sebelah ummi. Saya sambut manja tangan yang dihulurkan. Mahu saja saya ceritakan apa saja padanya.

Saya kembali ke posisi yang asal. Kitab ‘Bidayatul Hidayah’ karangan Imam Ghazali perlahan-lahan saya buka. Muka surat 27, sambungan hari tu.

“Roh ni adalah 1 unsur yang mana bila dicampur dengan jasad akan menghasilkan 1 elemen baru yang dinamakan nafsu”.

Abi belum habis bagi mukaddimah rupanya, abi suka sentuh tentang roh, sesuatu yang kita tak nampak, tapi kena jaga. Kalau sakit kena rawat, kalau hilang kena cari. Ibarat makan masakan seseorang yang dibuat dengan kasih sayang. Tak tahu dia letak apa, tapi sedap dan nak lagi. Hehe, betul ke?

“Nafsu yang sebenarnya akan terkesan dengan keadaan sekeliling. Macam seorang bayi yang dilahirkan ke dunia. Ibu bapanya lah yang akan membentuknya. Sama ada menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

“Mujahadahatunnas masa bulan Ramadhan adalah proses untuk mengembalikan roh yang sebenar, yang mana pada 1 Syawal kita sambut dengan kegembiraan yang sebenar”. Dalam maksud abi, saya cuba mengerti.

“Ia ibarat 1 refreshment untuk bina kembali para amilin, para qiyadah dan para dua’a”

“Mujahadahatunnas melahirkan manusia yang akan menguruskan kehidupan dengan adab-adab yang kita amalkan dengan waktu tertentu”

“Mengamalkan adab-adab, sama seperti memperhaluskan keperibadian kerana ianya sunnah Rasulullah”

“Jadi sebab tu lah kita bercakap tentang adab hari ni”

Saya buka semula buku saya yang telah tertutup tadi. Tajuk hari ni “ Adab-adab masuk ke dalam tandas”

Untuk part ni tidak banyak yang dapat saya sedut gara-gara gangguan organ-organ tertentu yang meragam.

“Makruh jika tidak berkepala dan berkasut di dalam tandas. Makruh berat yang mana boleh jatuh haram” Abi cakap penterjemah kitab ni orang utara, jadi semua alas kaki dipanggil kasut. Heh.

Saya da tak boleh mencatat. Mampu mendengar je. Menahan kesejukan. Tapi kenapa sejuk sangat ni.

Saya ingat lagi abi cakap, tandas tak apa kalau mengadap kiblat, dengan syarat kena ada dinding. Saya baru tahu, lama fikir. Da siap plan tu, nak buat rumah nanti, kena tengok kiblat dulu, tandas sesuai letak kat mana. Heh, kelaka kan kalau kita ni y\tak blaja.

Lagi abi cakap kenapa kita kena masuk kaki kiri, sebab kita kena muliakan kanan. Tangan kanan bakal menerima buku catatan.

Serius, kali ni memang tak dapat dengar apa yang abi cakap. Badan yang sejuk tadi da mula menggigil, terasa sakit tulang2, kaki rasa macam rendam ais, kepala sakit dan pusing2, rasa nak muntah lagi setelah beberapa kali ke toilet. Tangan saya pucat. Kali ni saya realise, saya demam rupanya. Rasa nak baring dan pejam mata.

Aiyak! Macam mana nak balik.

Selesai pengisian dari abi, kami solat zohor berjemaah. Huhu, da tak nampak jalan. Redah je. Lepas ambik wuduk saya rasa sedikit bertenaga, baru rasa yakin, insyaAllah boleh balik.

Kami menuju ke rumah junior yang telah menyediakan makanan tengah hari. Lambat lagi balik rupanya. Rasa lapar da hilang, yang ada rasa sakit seluruh badan. Tak tahu sakit kat mana. Yang paling ketara rasa nak muntah dan sakit kepala.

“Akk demam ni. Ok x ni?” Junior tanya, angguk je le.

Masuk je rumah, wauu. Peh, luar rumah teres dalam macam hotel. Terkezut. Nasib demam, buatnya latah, memalukan kaum. Haih.

Getting worse, sejuk sangat2 macam di Alaska. Nampak objek semua double, yang triple pun ada, nampak sayap ayam dan nasi arab dalam pinggan ni kecik besar- kecik besar. Macam mana nak makan ni. Huhu. Telan jugak 2-3 mulut, pastu pas kt junior ni, dia y habiskan. A credit to her. =)

Nak balik ke Nilai naik tren ni pulak. Adoii. Tough2. Malu rasanya nak cerita dalam perjalan dari lrt wangsa maju ke ktm nilai. Banyak perkara-perkara diluar kawalan yang telah saya buat. Nasib baik junior saya ni orang yang patuh je. Tak kata apa. Heh. Sorry dik.

Sampi rumah di anggerik, tidur, solat magrib, dan bermulalah 1 pengembaraan penyakit yang menguji kekuatan fizikal. Hoh. Setelah 3 hari, Alhamdulillah, hari ni Allah bg pulih seperti sedia kala. Tak ada 1 pun yang luak.

2 hari baring atas tilam. Nasib baik tak gila. Sebabnya tak dan fikir apa2, tidur je. Sbb tu hari ni macam janggal sket bertemu manusia. Heh.

Apa pun,

hanya orang sakit yang tahu nikmat sihat. Lapang dan sihat, 2 nikmat yang selalu kita terlepas pandang.

Sekadar itu, Allahua’alam

Ya Mujeeb, Ya Qareeb


Assalamulaikum.



Thursday, September 23, 2010

Cerita tentang dia

Adik bongsu saya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni telah merdeka seseorang yang amat rapat, adik saya. 3 hari bertempur di medan permulaannya, UPSR, tamat sudah hari ni.

Setelah 3 hari, hari ni baru sempat telefon rumah. Tanya keadaan si pejuang. Hehe, mak cakap da terlentang tidur lepas solat maghrib. Tak pernah terlintas untuk menulis entry tentang dia. Hehe, rasa cam tak percaya pun ada apa yang mak cerita tadi. Tetiba tangan terasa ringan untuk membuat sedikit catatan tentangnya.


Perangai dan tutur kata tak ubah macam abang2

Ahmad Kharuddin Bin Razali nama diberi. Anak bongsu dari 6 orang adik beradik kami. Anehnya dia, walaupun bongsu tidak ada sifat manja langsung, macam kakaknya. Hehe. Sangat tak suka bila dipeluk-peluk. Apatahlagi dibelai-belai. Juga tidak banyak kerenah. Jarang meminta-minta. Menyebabkabkan banyak benda yang dia dapat. Jarang sekali menangis kecuali bila sakit.

3 kakak dan 4 sekawan

Bersekolah swasta di sebuah sekolah di Bandar Kuala Terengganu. Disebabkan tiada penjaga di rumah mak dan ayah fikir lebih baik dia sekolah kat situ. Pergi pagi balik petang sama macam waktu pejabat. Jadi kat kawasan rumah memang tak ada kawan, kakak2nya lah kawan-kawan baik dia kat rumah. Petang pun tak main sebab balik da lambat. Paling habis, bawak skuter ego, pusing kawasan rumah.

Kat rumah, ktorng panggil dia khairul. Lama-lama jadi kayrol. Hehe.

Abang-abang menjadi idolanya

Sepanjang study week sebelum UPSR dia kena tidur dekat asrama sekolah. Mak cerita, masa hari pertama kertas UPSR, mak dan ayah pergi sekolah dia waktu pagi sebelum masuk dewan. Cakap-cakap macam biasa. Pastu bila mak dan ayah nak balik pejabat, dia nangis. Dia cakap dia takut. Macam biasa mak cuba menenagkan dia. Sehinggalah dia masuk dewan peperiksaan, lepas tunggu beberapa minit, mak dan ayah pun balik.

Apa yang mebuatkan saya rasa sangat nak tulis entry ialah bila dia buat pertama kali dia nangis bukan sebab sakit. Adik saya yang selama ni sentiasa kuat, bila saya tanya tentang exam, pasti dia cakap ok. Bila tanya da bersedia ke belum nak UPSR, dengan muka yang ceria mesti jawapan yang positif saya dapat. Tak menunjukkan muka risau nak hadapi exam menyebabkan ktorang yang risau tengok dia.

Rupa-rupanya dia pendam sorang-sorang. Takut dia tak pernah tunjuk rasa takut. Risau dia tak pernah tunjuk risau depan kami. Tension bila ramai yang push, (maklumlah anak bongsu) tak pernah tunjuk.

Sehinggalah air matanya di pagi itu menceritakan segala-galanya betapa selama ini dia takut, betapa selama ini dia risau, betapa selama ini dia ingin kongsikan apa yang dia rasa untuk hadapi UPSR. Buat saya rasa penuh bersalah. Baru hari ni saya tahu cekalnya dia. Mungkin manja adik bongsu saya begini.

Tersenyum dalam diam saya dibuatnya.

Hasrat kedua ibu bapa kami nak project di stream agama harap Allah mudahkan. Sekaligus menjadi wakil tunggal di stream ini antara adik beradik kami.

Sekadar itu, Ya Mujeeb Ya Qareeb

Adik,
Kehadiranmu, anugerah buat kami..













Sunday, September 19, 2010

Dear Heart


Terserentak pagi ini dengan tulisan sendiri. Nota bertarikh 2 Mei 2010 didekatkan ke mata. "biar betul, aku penah tulis nih. Hoh..". Selalu lupa walaupun kita tahu. Di sini gunanya sahabat untuk mengingatkan.

"Hati-hati berjuang"

Termenung lama. Mata yang yang kecil tadi tersasa besar. Sejuk pagi tiba-tiba menjadi suam.
Hari nih Allah tegur saya melalui nota ni sehingga terlintas untuk berkongsi di ruang fakir saya di sini.

Duduk dalam iklim dakwah lama, tetapi kantung kosong. Bercakap tentang dakwah, ajak membuat kebaikan, ajak itu dan ini, Cakap kemas malah berapi. Tapi sayang hati kita hampeh rupa2nya. Di sini lah jahilnya kita. Yang lebih mendukacitakan da lebih 30 tahun menjadi daei yang hairannya kantung tu tetap menjadi kosong.

Benar, terlalu payah nak jaga benda yang seketul ni.

Penyakit hati:

1. Takabur : Buat kebaikan, kemudian hina orang lain

2. Riak : Rasa diri hebat

3. Sum'ah: Cerita kebaikan yang dibuat pada orang lain

4. U'ruf: Rasa diri lebih baik dan pandang rendah pada orang lain

5. U'jub: Kagum dengan diri sendiri

Perasaan-perasaan yang kita tak nampak nilah, lama-lama buat hati mati.


Ilahana...
Astaghfirullah ala kulli zanb

P/s: Selamat Hari Raya buat semua=), Kembali kepada fitrah dalam keadaan yang tebaik, insyaAllah.

Monday, August 30, 2010

Setiap KITA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah. =)

Suatu petang, lepas pulang kepenatan dari lab, melalui jendela bilik saya nampak mereka
bercerita. Seolah-olah ingin memberitahu saya sesuatu. Pokok yang rendang di depan mata saya melambai lembut, angin sejuk mendamaikan muka saya, langit cerah semacam senyum. Allahuakbar. Hebat. Mereka berzikir. Tidak henti. Mereka bahagia dalam zikir.

Malam ni, 21 ramadhan. Lailatul Qadr kah? Allahua'lam. Yang pasti malam ni kami telah Allah kumpulkan untuk berbuka, solat maghrib, solat isya', solat terawih dan solat witir bersama. Moga Allah rahmati perhimpunan kita malam ni.


Iftar kami yang terakhir

Kali pertama iftar di kampus, penuh pengisian. Kali pertama mula solat terawih pukul 9.30pm. Hehe, betapa banyaknya pengisian. Apa taknya, 40 ustaz dan ustazah dari program Bioteknologi Makanan Tahun 4. FST berkongsi ilmu. Hebatnya. InsyaAllah. Teringat kata-kata sahabat, nak bagi dalil tak pandai, nak bagi hadis tak hafal, nak bagi ayat Quran bukan hafiz. So, bg je lah apa yang ada. Banyak input dapat. Saya kagum dengan sahabat-sahabat, walaupun kami FST, bukan course pure agama, kami hargai apa yang kami ada. Sedikit kalau tak semua.

Tahun pertama, =). Semua mencari identiti masing-masing. Suci. Ada yang fokus study,ada yang cuba aktif masuk persatuan, ada yang cari kawan. Kalau yang ada geng, mesti berkepit ke mana-mana bersama. Yelah, semua cari kehidupan. Maklum, nak stay untuk 4 tahun lagi. So bekalan kehidupan kena kukuh. Saya? Emm, saya tak jumpa identiti masa tahun 1. Berperang dengan diri sendiri. Banyak bersama sahabat matrik masa ni. Selalu gi Melaka. Kalau yang ada si dia masa ni, mungkin dalam proses untuk berpisah. Hmm. Best freind saya masa ni, housemate saya, sabahan =).

Melangkah ke tahun ke 2. Sedikit stabil. Banyak berlaku konflik. Selisih faham dengan teman rapat kita di tahun 1, gaduh. Hehe, macam-macam. Musim ni da dapat kenal diri, sesuai ke tak berpesatuan, serasi ke tak kawan dengan si X ni, dan masa ni kalau dalam sinopsis cerita, ni musim klimaks. Bila kita da dapat identiti tu, pastu kita buat perubahan. Masa ni lah, kadang-kadang mengejutkan orang sekeliling. Study masa ni tengah stabil lagi. Saya start join JAKSA pada usia ni. Dan da mula merempit =) . Saya da mula tak sempat sikat rambut time ni.

Tahun 3, awal kedewasaan. Ada bau cinta dalam persahabatan. Hehe. Macam apa. Ada yang baru berjumpa best freinds. Ada yang baru jumpa sahabat baik. Ada yang declare sehidup semati. Kita da mula sayang. Masa ni jugak Allah bagi kita kenal teman rapat kita in and out, hitam dan putih. Musim persahabatan kali ni berbau dewasa. Teman baik masa tahun 1 da hilang begitu saja. Zaman ni jugak zaman untuk bangkit, selepas jatuh merudum masa sem 2. Saya lah tu. Uzlah ada gak sikit tahun ni. Kali ni da mula merempit jauh ke KL. Hehe.

Tahun 4, sekarang. Tak perlu tulis apa yang berlaku. Gambar di bawah 1001 makna pada saya walaupun tanpa description. Hehe.


Macam tunggu first born. Roti je pun

Semua study enzyme, nak present

Saya mula sayang mereka, izinkan walau sekejap
(Hari lahir tahun ni dapat 3 kek coklat)


Saya da ada kamu, =)

Tahun akhir bergelar mahasiswa. Usah tulis apa yang berlaku. Hanya yang melalui dapat merasai. Masa yang sekejap, hargai setiap detik. Nak tak nak this is the time to say good bye. Moga berjumpa lagi kamu semua. Masa tu, mesti semua da jadi somebody.

Saya tak tau jadi apa eh..

Allahua'alam. Sekadar tuh untuk malam ni, sedikit coretan kisah kita.
Selamat mengiringi pemergian ramadhan. Assalamualaikum.

Tuesday, August 24, 2010

My Angel

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

She makes me feel
Like I can do anything
and when she's with me
there's no where else, I'd rather be…

After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I sa
y, she gets her way
I think my Mom is amazing

(My mom is amazing_Zain Bikha)

14 Ramadhan, USIM..

Monday, August 16, 2010

Hebatnya Kamu...!


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam 6 Ramadhan. Moga masih kuat dan semangat berpuasa, solat berjemaah, tadabbur al Quran dan berterawih. Konsisten lakukan amalan sunat lain. Biarpun sunat, kita buat. Perumpamaan amalan sunat ibarat nasi, ayam goreng dan sup sayur. Nasi adalah sesuatu yang wajib bagi kita, orang Malaysia. Ayam goreng dan sup sayur pula hanya sunat. Jika kita hanya lakukan yang wajib sahaja, ibarat kita makan nasi kosong. Cuba tanya dada, best tak makan nasi kosong. Hehe, kalau best jugak mungkin ada something wrong dan disyorkan untuk jumpa doktor. Hehe.

Kali ni terasa nak buka kitab Al Azkar, Imam Nawawi. Dalam perancangn mencari seseorang untuk menjadi guru supaya tamat kitab ni.

Jom kita kenal Ulama'..

Siapa kamu, Imam Nawawi

An Nawawi, Imam al-Hafiz, al-Aulad, al-Qudwah, Syeikhul Islam, 'Alamul Auliya', Abu Zakaria Muhyiddin Yahya Ibnu Syaraf, al-Hizami al-Hawaribi asy-Syafi'e. Subahanallah, hebat sungguh. Imam Nawawi dilahirkan di Kampung Nawa, Damsyik, Syiria pada Muharam 631 H.

"Aku mencatatkan semua pelajaran tersebut baik berupa penjelasan kepada kepada kata sukar mahupun penjelasan ungkapan dan penyelarasan bahasa dan Allah s. w. t telah memberkati waktuku. Pernah terlintas dalam fikiranku untuk menyibukkan diri dengan ilmu kedoktoran, kemudian aku mempelajari kitab al-Qanun. Namun tiba-tiba hatiku menjadi gelap, berhari-hari aku tidak mampu belajar. Aku berasa kasihan pada diriku, sehingga aku menjual kitab tersebut dan hatiku mula menjadi terang"

Zuhud Imam Nawawi

Beliau tidak pernah makan buah-buahan dan timun.

"Aku khuatir buah-buahan akan melembabkan tubuhku dan membuat diriku tertidur"

Sehari semalam beliau makan dan minum sekali pada waktu sahur.

Warak Imam Nawawi

Beliau jarang sekali mahu menerima pemberian kerana bimbang menyusahkan orang lain.

Imam Nawawi konsisten Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Beliau memiliki tiga tahap, dan jika seseorang memiliki satu tahap sahaja tentu akan didatangi orang iaitu Ilmu, Zuhud dan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.

Akhir Hayat Imam Nawawi

Imam Nawawi kembali ke pangkuan Allah pada 24 Rejab 676 Hijrah.

Bapa Imam Nawawi menceritakan bahawa Imam Nawawi pernah tidur di sampingnya pada usia 7 tahun pada malam 27 Ramadhan. Di tengah malam Imam Nawawi terbangun dan berkata

"Wahai ayah, cahaya apa ini yang memenuhi seluruh rumah?"

Seluruh ahli keluarga pun bangun tetatpi mereka tidak melihat apa pun. Ayahnya lalu mengatakan

"Aku baru sedar bahawa malam itu adalah malam Lailatul Qadr"


Allahu A'lam=)
~Alllahummarhamna Ya Arhama Rahimeen~

Friday, August 6, 2010

Kamu SAHABAT RAMADHAN


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Subhanallah. Terasa sayu.

Ya Allah, sayu ini bukan kerana hari ini adalah hari itu, bukan jua kerana cuaca yang redup ini dan bukan jua kerana lagu sedih di corong telinga. Tapi sayu ini kerana sesuatu yang terlalu hebat . Bulan itu akan datang lagi. Allahummabariklana fi shahri ramadhan.

Buku Rabiatul Adawiyah di tangan ini mahu saja dihabiskan dengan seberapa segera, agar jiwa sedia sufi untuk menyambut ramdahanMu. Mengambil sedikit roh sufi Rabiatul Adawiyah. Ingin mengutip sebanyak mungkin bekalan-bekalan yang istimewa untuk Ramadhan kali ini. Boleh google, banyak blog yang cerita pasal ramadhan, boleh baca buku, boleh dengar dekat you tube. Semua ada, nak ke tak nak je.

Cari ilmu sebanyak mungkin pasal ramadhan agar kita betambah yakin akan Allah masa kita beribadat. Contoh, penah dengar ungkapan ni, "wazukhrina wa maulanaana muhammad" ? masa terawih. InsyaAllah, pernah kan. Dalam Bahasa Melayu, maksudnya "Muhammad itu sebagai simpanan di akhirat". Bererti kita mengharapkan Rasulullah tolong kita di akhirat. Kita sebut, tapi kadang-kadang tidak tahu maksud pun. Masa sebut pun, mungkin tidak dengan hati dan bersungguh-sungguh mohon. Muhasabah.

Ya Allah, ini kali terakhir untuk beramadhan dengan insan-insan yang bergelar sahabat. Mereka yang teramat sayang dan penuh cinta. Mereka seperti ahli keluarga sendiri biarpun darah berbeza. Ketahuilah sahabat, teramat sayang untuk melepaskan kamu semua. Kata mereka pertemuan kita satu anugerah dan berpisah itu satu rahmat.

Hebatnya bertemu, berkenalan dan bersahabat denganmu. Subhanallah. Ramadhan ini, kita perform semampu kita. Ibarat tiada lagi ramadhan di tahun depan. Sungguh, teramat ingin menjadi cemerlang di ramadhan ini bersamamu sahabat.

Sahabat, ada beberapa hari lagi untuk sama-sama melangkah ke bulan terhebat. Genggam tanganku agar kita beriringan dan berdampingan ke Shahru Ramadhan. Kita puasa yang sebenar puasa, kita qiam sehabis daya, kita bertadarus bersama untuk kali terakhir.

Sahabat, seserabut mana pun kita di tahun akhir ini, sestress mana pun dengan thesis, iceps, MPP, PA MPP, dan segala bentuk amanah yang kita pegang, ayuh kita redah. Semua memerlukan yang terbaik dalam masa yang suntuk ini termasuk Ramadhan. Kita buat. Aku dan kamu.

Tahun akhir dibumi USIM bukan sesuatu yang mudah untuk mengawal dan melayan segala bentuk emosi. Thesis yang tersangkut and don't know how to start it again, persiapan untuk turun kepada masyarakat dan meninggalkan title mahasiswa, mengemaskini sakibaki kerja dakwah untuk tinggal dekat adik-adik, dan SAHABAT, those things are difficult and really hard.

Mahu saja menjaga hati kamu semua sahabat tersayang. Tidak mahu sedikit luka pun tercalit di hati kamu semua agar perpisahan yang bakal kita hadapi nanti perpisahan yang terindah. Agar tiada perasaan-perasaan yang mampu membunuh cinta antara kita. Ingin penuhi segala haq-haq ukhuwah yang belum settle. Terasa terlalu berat untuk meninggalkan USIM apatah lagi sahabat. Tapi inilah adat alam. Bertemu, berpisah.Pengalaman berpisah dengan sahabat, tak mampu dan tak ada daya nak rasa lagi. "Wamakaru Wa Makarallah, Wa Allahu Khairul Makirin".

Sahabat, ayuh melangkah keluar dari USIM dengan kejayaan-kejayan hebat yang kita lakar bersama. Terutama thesis dan ramadhan terakhir ini. Tidak ingin ada air mata di hari perpisahan kita, menanti senyuman terindah darimu sahabat di hari terakhir melihat semua.

Kita Kuat Bila Bersama.

Selamat Hari Lahir ke 22 Tahun, Sufi Ramadhan..=)

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...