Sunday, July 4, 2010

Sufi di 3 Julai 2010


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Kalimah keramat di kala nikmat datang mencurah-curah. Bagai mimpi di siang hari. Menuggu malam menanti mimpi yang lebih indah.

Sahabat, kehadiran tetamu pasti membawa barakah dalam rumah kita. Subhanallah. Senior, K.yaya ada di rumah, macam-macam dikongsi. Sehingga ke satu topik yang membuat saya terdiam sekejap. Entah, terasa jauh benar untuk menjadi sepertinya. Dalam diam, ada rasa kagum pada dia. Huh.

Detik 12 malam 3 Julai, bermula di ruang comel dapur. Serba rendah. Hehe. Rumah untuk 1 sem. Biasalah. Malam tu, dengan kudrat yang ada bersama My Patta berjaya menyiapkan 12 bekas trifle. Sedikit kecewa, sebab tak berapa nak jadi. Tapi puas. Selepas berjaya mengawal beberapa keadaan cemas. Hehe, kali pertama buat dah nak bagi kt orang.

Macam Trifle (MT) =)

Seawal 8.30 pagi, bersiap untuk jadi penghantar MT ni. Bersama My Patta, nek kereta yang diberi nama Naim oleh tuanya (K.ili) untuk pergi dari 1 rumah ke 1 rumah yang telah di aim lama (Bunyi macam nk pecah masuk). Alhamdulillah, pagi tu sempat lah habis beberapa bekas. Mereka macam biasa, terharu lah diorang kan. Tapi kami lah yang paling bahagia. Nikmat rasa memberi lebih indah.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, bersama Cik Aish, K.yaya dan My Patta naik Naim menuju ke Kuala Lumpur (KL). Sesat itu pasti. Walaupun sudah kali ke 5 memandu sendiri ke KL, masih sesat kali ini. Tarbiyyah yang hebat. Ditakdirkan Tuhan Yang Memberi jalan, kami keluar dari KL menuju ke Shah Alam. Ada pesta buku di PKNS.

Sekali lagi bersyukur, sampi ke sana dengan selamat. Alhamdulillah.

Pesta buku PKNS Shah Alam
Ramai orang, gembira sangat.=)

Rasulullah, Izinkan Kami Mencintaimu- Said Hawwa-
Tapi tiada rezeki nak beli kitab ni, mungkin di lain masa=(

Tarbiyah Ruhiyah - Said Hawwa-
Alhamdulillah beli, 1 untuk saya dan 1 untuk My Patta=)

Puas pusing-pusing PKNS, tepat jam 4.10 petang, kami bertolak ke Kuala Lumpur. Terima kasih Naim. =)
Perjalanan hebat, walaupun sedikit sesak. Bermusafir bersama sudah pasti sesuatu manis untuk dikenang. Bergelak ketawa dalam Naim, hilang rasa penat. Akhirnya, sampi lah kami di Masjid Negara petang itu. Senyum tanda puas dan bahagia.

Menuju ke Masjid Negara

Penat berlegar-legar di Masjid Negara, kami bertolak pulang ke Nilai. Kali ini menguji kekutan bata. Buat kesekian kalinya membawa kenderaan dalam keadaan mengantuk yang amat sangat. Alhamdulillah, hayun-hayun, sampi juga ke Nilai. Dengan selamat. Nasib baik ahli dalam Naim ni tak perasan, 2 3 kali kereta macam lost control. Hehe, sorry guys.

Selesai solat Isya' keadaan yang amat hebat. Mata dah tak boleh nak buka. Gagahkan hati, naik Naim lagi, deliver MT dekat 4 rumah yang berbaki. Alhamdulillah semua selesai. Tinggal 1 lagi bekas, untuk jiran sebelah rumah. Blum jumpa-jumpa lagi.

Penutup di 3 Julai, dapat 2 plastik besar Nasi Ayam dari Ta'ruf Week USIM. Aiyak. Banyak sungguh. Asing nasi dan ayam, simpan dalam peti ais untuk hari esok.

Catatan Sufi di 3 Julai. Manis untuk di kenang. Bermusafir bersama sahabat, menguja roh ukhuwah. Indah memberi senang menerima. Memandang sahabat, terasa perjuangan belum selesai.

Mahu menjadi bata yang kukuh dan gagah. Agar dapat menampung bangunan yang kita bina sama-sama. Namun saat mahu menjadi bata yang hebat, sudah pasti bukan semuadah yang di ucapkan dibibir yang tidak mengerti apa-apa. Pasti ada cabaran, pasti ada ujian. Ibarat bata yang dibakar dengan suhu yang tinngi. Menangis bata, siapa yang tahu. Bersabarlah duhai bata, ia bukan selama-lamanya.

Allahua'alam...

Thursday, July 1, 2010

Sinful Tears


"Allah tidak akan bersama mereka yang meminta jawatan, bahkan jawatan itu pasti membawa fitnah kepadanya kelak" kata sahabat saya. Terserentak dibuatnya. Terasa berdiri rambut di kepala.

Muhasabah pada malam itu langsung tidak dapat saya fokus. Lantas saya capai handphone saya yang diberi nama GemOke. Texting some words and spread it to some people in my GemOke contacts. Beberapa minit berlalu dan hati saya masih tidak tenteram.

Ting Tong, (macam bunyi lif) . Tanda beberapa mesej masuk. Ada yang respond tidak pernah dengar dan ada pula respond ia mafhum hadis yang saheh. By the way, terima kasih semua.

Alhamdulillah sedikit pencerahan dari sahabat-sahabat saya.

Apa yang dapat saya simpulkan, salah sekiranya kita meminta jawatan atas dasar nafsu sebaliknya ia tidak menjadi kesalahan jika kita meminta jawatan dengan niat untuk Islam.

Kata-kata sahabat saya pada malam tu betul-betul buat terdiam dan berfikir. Bukan kerana saya berada dalam situasi itu tapi takut-takut Allah tidak bersama saya dengan apa yang saya ada sekarang.


Jawatan dan amanah yang kita pikul sekarang adalah satu kerugian di akhirat kelak kecuali bagi mereka yang berusaha memenuhinya.

Dalam perjalanan ke kampus pagi tadi, tetiba tersentuh dengan lagu opick ni.

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai tuhan aku lemah
Hilang terumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang maha pengampun dosa

Ya Rabbi, izinkanlah
Aku kembali padamu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambamu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang maha pengampun dosa

Berilkanlah aku
Kesempaatn waktu
Aku ingin kembali
Kembali...

Dan meski aku tak layak
Sujud padamu
Dan sungguh tak layak
Aku...

4 bulan yang berbaki, gunakan semahumu. Terasa seperti zaman saya sudah berlalu di kampus USIM. Sebak.

Thursday, June 24, 2010

Sepohon Pokok, Seorang Wanita



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ala kulli hal wa astargfirullah ala kulli zanb..

Bergelar anak, bergelar pelajar dan bergelar wanita, satu rangkaian yang ringan ditimbang di bibir, mudah disebut lidah namun bukan senang diri yang menaggung. Kadang menjadi anak yang disayangi tetapi tidak bergelar pelajar yang hebat dalam masa yang sama, kadang menjadi pelajar yang pensyarah sayang tetapi dalam masa yang sama tidak hebat dimata bonda dan ayahanda. Hati wanita manakah tidak bimbang bila berada di bahagian bawah roda kehidupan.

Suatu hari saya tersedar bahawa saya ini terlalu wanita. Wanita yang ibarat sepohon pokok yang tumbuh di tengah-tengah padang pasir yang gersang. Tiada rumput, tiada juga lalang. Yang ada, cahaya matahari dan juga air untuk meneruskan kehidupan sementara mati ditelan tanah. Hari demi hari pokok hidup dengan segar dan yakin. Lama kelamaan dia tersedar bahawa dirinya perlukan sesuatu yang selain dari cahaya matahari dan air. Puas pokok merintih kiri dan kanan mencari sesuatu yang dirinya sendiri tidak pasti apakah itu.

Duhai pokok, apa yang kamu perlukan. Bingung. Pokok menyambung hidup dengan diri yang penuh pertanyaan. Ya Rahim, kasihanilah pokok ini. Bantulah ia mencari sesuatu yang berharga dalam dirinya.


Duhai pokok, ayuh. Bangkit! Apa yang kamu cari ada dalam dirimu. Hidupmu sendirian di padang bukan sesuatu yang Allah sia-siakan. Pasti ada sesuatu yang bermanfaat.

Akhirnya, pokok tumbuh dengan rendang dan mengeluarkan buah-buahan yang banyak. Nah, pokok. Inilah yang kamu cari. Berupaya menjadi tempat berteduh manusia yang kepanasan dan berupaya pula memberi rezeki kepada manusia yang kelaparan.

Hidupmu pokok amat berguna untuk orang lain. Hidupmu pokok menambah keyakinanku padaMU duhai Sang Pencipta pokok.

Sahabat, berbanggalah kamu dengan wanitamu. Yang padanya ada air mata, yang padanya ada hati yang sangat lembut, yang padanya ada nilai setia yang luar biasa. Jangan lemahkan diri kamu dengan kemarau-kemarau yang sekejap, jangan lenakan diri kamu dengan kelazatan dunia, yang menguji tahap sesetia mana kamu dengan wanitamu dan yang menguji kamu tahap sesetiamu pada yang Satu.

Sahabat, jangan menangis dengan kata-kata membunuh yang menghina sifat wanitamu oleh mereka yang tidak bergelar mereka. Jangan hentikan langkahmu biar terpaksa merangkak. Saya percaya pasti wanitamu lebih HEBAT.

Pelajar tahun akhir ini akan teruskan langkahan biar apa pun terjadi. Misi dakwah perlu dilaksanakan biar berkecai mna pun hati. Sunnah Rasulullah yang paling besar perlu dikotakan agar Allah tidak murka. Kumpullah sebanyak-banyak amalan yang Dia suka agar syurga menjadi penempatan abadi.

Always believe, when you get down, there are something He want to tell you.

Hidup ini tidak semudah yang kita janjikan

Allahua'alam...



Tuesday, June 22, 2010

Cerita ulama' menyentuh hati


Assalamualaikum warahmatullah...

Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim, Allah Ya Allah. Alhamdulillah ala kulli hal..

Hari ni termasuk hari kedua berada di Nilai selepas berjalan-jalan di Negeri Hang Tuah, Melaka. Tanah air kedua selepas bumi kelahiran. Langkah pertama ke Melaka pada 2007 dahulu rupanaya bukan sekadar di situ. Kelangsungan hingga ke hari ini. InsyaAllah.

Sungguh, bila mendengar dan membaca kisah-kisah ulama', pasti wujud satu kelainan perasaan yang sukar diceritakan. Rasa kagum, rasa hebat dan rasa kecil. Kagum kerana mereka dekat dengan Allah, hebat kerana mereka juga manusia, rasa kecil kerana diri dan ulama' umpama langit dan bumi malah lebih jauh. Sesekali menziarahi ulama' pasti sedikit sebanyak dapat megetuk hati yang sentiasa perlukan sentuhan-sentuhan sebegini.


Berikut saya sertakan kisah kehidupan seorang ulama' yang tidak asing lagi bagi kita. Ustaz Yahya Othman.


Beliau dilahirkan pada 1939 di Kampung Labok, Machang merupakan seorang ulama yang amat cintakan ilmu pengetahuan. Sejak usia 11 tahun telah dihantar bapanya ke Mekah untuk belajar di Madrasah Al Diniah Darul Ulum.

Beliau menadah (mentelaah) kitab dengan ramai guru seperti Syeikh Mohd al Maliki dalam bidang hadis di Masjidil Haram. Pada 1959 menyambung pengajian ke Syria seterusnya ke Iraq dan ke Mesir pada tahun 1960.

Yahya mendapat ijazah sarjana dalam bidang Siasah Al Syari�ah (Politik Islam). Pernah mewakili DUN Banggol Judah dan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Sebelum itu beliau terlibat mengemaskini pendidikan dan kurikulum penubuhan Maahad Dakwah Wal Imamah.

Beliau juga menulis beberapa buku dalam bahasa Arab, selain berpuluh-puluh kertas kerja dalam bahasa Arab dan Melayu berkaitan bidang tarbiah harakiah yang dibentang di seminar tempatan dan antarabangsa.

Tidak banyak yang dapat saya kongsikan biodata ustaz yahya. Namun yang pasti, aura ustaz begitu kuat dalam diri saya sehingga ke hari ini terngiang-ngiang di telinga pesanan-pesanan ustaz.

Terasa ingin mengenali beliau dengan lebih dekat. Ingin sekali. Bersyukurlah bagi anda yang terpilih menjadi anak didik ustaz Yahya Othman.

Allahua'alam.

"Gemilangnya Islam di bawah kepimpinan ulama"






Friday, May 14, 2010

Where is white..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih kuat jari mengukir perkataan demi perkataan. Seminggu yang mendidik. Mendidik agar lebih cerdik, kuat, dan yakin.

Allah bagi dan bagi. Kita pula sebagai hamba harus menerima dan menerima. Allah bagi, tanda kita telah lama alpa. Sekali lagi diberi perhatian. Terima kasih duhai Tuhan.

Sesekali gugur air mata tanda lemah kewanitaan. Ibarat gunung yang besar perlu dipikul dan tak pernah kita jangka. Amat berat.

Tapi sahabat, berapa banyak sangat musibah ini dibanding dengan nikmat yang melangit luas. Kita selalu berbicara tentang ujian yang ditanggung, padahal nikmat jarang sekali kita bersyukur.

Saya penah ditanya, antara bersabar dan bersyukur mana yang lebih sukar untuk ummat praktikkan? Kita bleh jawab sendiri apabila berada di kedua keadaan tersebut.

Wahai diri, ilmu yang cetek bagaimana nak kongsi. Hati yang hitam bagaimana nak menerangi.

Memudaratkan hati untuk mendapatkan yang bersih. Begitukah? Biar diri rasa teruk supaya hadir rasa insaf yang mendalam,kuat dan selamanya..

Hati, bangkit. Kali ini biar tegak. Memandang yang jauh, tidak menyisih yang dekat. Perlukan kepada kekuatan. Cari. Bukan tunggu. Bia sakit sedikit, untuk kebahagiaan yang berpanjangan. Matlamat hidup perlu didokong, dipandu dan dihangatkan. Agar bendera yang kita ukir bersama2 terpacak di puncak tertinggi.

Allahuakbar!!

Friday, May 7, 2010

Tears..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hebatnya Allah ni, tidak mahu kita melupakannya walau sedetik. Hari-hari y gembira, pasti ad satu terselit kedukaan. Alhamdulillah. Masih diperhatikan.

Untuk adik y sentiasa memberi dorongan, pasti di sini terus kakakmu berdiri, bertahan hingga ke akhir. Tidak pernah terlintas untuk berhenti biarpun kekadang mengadu lesu. Duhai adik, mahu saja memelukmu. Hati hidup dan mati bersilih ganti.

There may be days when you get up in the morning

And things are not the way you had hoped they would be

That’s when you have to tell yourself that things will get better

There are times when people disappoint you

And let you down

But those are the times that you must remind yourself

To trust your own judgements and opinions

To keep your life focused on believing in yourself

There will be challenges to face and changes to make

And it is up to you to accept them

Constantly keep yourself headed in the right direction for you

It may not be easy at times, but in those times of struggle

You will find the stronger sense of who you are

So when the days come that are filled with frustration

And unexpected responsibilities

Remember to believe in yourself and all you want to be

Because the challenges and changes will only help you

To find a goal that you know you are meant to come true for you

~takut berbicara lagi~

Al-Dhariyat:56

Tuesday, May 4, 2010

...Satu Cinta...


Bismillahirrahnirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Teringat dengan kata-kata seorang sahabat, "Ti, hati ni akan hitam kalau tak dengar tazkirah dalam masa 3 hari". Alhamdulillah, 2 hari lepas dipilh sekali lagi untuk mendengar peringatan dari Allah. Abi, dulu kini dan selamanya.

Mengaku diri sebagai daei, tapi tidak tahan ujian Allah.
Mengaku diri sebagai daei, tapi seringkali terleka dengn dunia.
Mengaku diri sebagai daei, tapi menjalani kehidupan yang terlalu biasa.

Once, kita berada di jalan para anbia', pasti terlalu sukar. Sukar semua. Lupakah kita bahawa Allah tak akan biarkan penolong agamanya terapung2 seperti buih lautan. Bila ia berlaku, muhasabah. Ia pasti salah kita. Qiam kita ke mana? Quran kita macam mana? Solat kita lalaikah? Ke mana semua amalan kesufian kita?

Ketika Rasulullah sedih, dakwah baginda ditentang habis-habisan, Allah memberi ketenangan kepada Rasulullah dengan menurunkan surah al-Muzammil. Dalam surah ini, Allah memerintah Rasulullah supaya melakukan Qiam selama setahun.

Saya cabar diri sendiri lepas abi cerita kisah ni. Allah, Engkau 1 cinta..

Memetik kata2 abi, Qiam merupakan himpunan segala2 ibadah. Orang yang Qiam pasti kuat rohnya. Kata2nya pasti tidak terapung-apung..Ayuh sahabat, cuba sekali lagi. Kali ini 1 cinta kita biar dipandu.. Dipandu ke laluan yang Allah suka.

Allahua'lam..



Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...