Wednesday, December 8, 2010

Oh, Tidak...!

Assalamualaikum.. hai..=)

Terasa lain, janggal. Hehe, lama tak menulis kt sini.

Malam ni semua ashabulkahfi buat hal masing-masing. Sunyi je kahfi ni malam ni. 4 da siap present, 4 belum. K.ili, Wafiy, Muna dan K.aidah sibuk buat slide. Present esok, buat yang terbaik beb! "Present je, buat je". 4 lagi da boleh mengukir senyuman. Nikmatnya perasaan ni. Alhamdulillah.

Hehe. Mira ada dalam bilik, mungkin tengah berenang. K.mah terbang ke England, jap lg blk kot. Aishah, budak rajin, tengah edit thesis. Saya, mungkin jadi orang yang paling sia2 malam ni. Tak buat apa2. Nasib tak berapa baik hari ni, banyak kali cedera di dapur. Tangan, jari, mata. Huh, demi sesuap rezeki. Ek eleh, ini pun nak citer kan. Perempuan.

Apa pun, ni saya sediakan 1 citer buat mereka yang penah menjadi teman saya.. Haish, teruk betul. Emosi banyak perempuan ni. Hehe, layan k..

Pertama kali kita berjumpa, ~Huhu, masing2 tak kenal..
Tidak kepastianya ternyata, ~Sape dia ni, hebat nampak..
Diriku dipenuhi soalan, ~Dia ni macam mna, nak kawan ngn aku tak..
Ku tiada teman.. ~Wua, sedih, homesick..hari2 telefon mak =(

Aku terlihat insan yang keliru, ~Dia ni macam ok, baik, jum kta kenal2..
Air yang deras mencermin wajahku, ~Ada senyuman di situ..
Engkau menjelma memberi harapan, ~Dia baik, ad chemistry dan serasi..
Menghulur tangan..~Banyak benda kita buat sama2.. Kta heppy..=)

Semepena hari yang mulia ini, ~ Mungkin di hari konvokesyen kita..=)
Aku tersenyum lalu mengimbas kembali,~ Banyak benda kita buat sma2 di kampus..=)
Semua yang kerap kita mengadukan,~Thesis, lab work masa ramadhan, presentation..banyak.=)
Kini jadi bahan rindu yang kusimpan..~Ia tak akn berulang lagi..our sweet part..=)

Detik masa kini kedengaran,~Kita meninggalkan kampus..
Aku mengucap selamat jalan,~Selamat jalan sahabat..
Kepada teman yang sering menghibur, ~How sweet..=)
Dengan gurauan..~gelak tak ingat dunia, haih=)

Bagaikan anak yang baru lahir, ~Awk, saya da sedih..=(
Titisan mata pun mula mengalir, ~Awk, saya tak mahu nangis..=(
Di simpang jalan kita menyebut, ~Sy tak mampu pandang wajah awk..=(
Kata terakhir.. ~Jaga diri baik2 =(

Ku hargai semua yang terjadi, ~Sy teringat kt awk sgt..
Memang nyata dirimu tak akan ada pengganti,~Susah nak cari orng mcm awk lg..
Semoga kita dapat bertemu semula, ~Di syurga
Kerana aku yakin, ~Sahabat ke syurga
Engkau akan sentiasa, ~Hati awk dalam hati saya, (Eh, cm mna tuh?)
Di hatiku..

Hehe, tinggal 1 minggu je lagi nak bersama korang. Pergi lab, pergi fst, pergi lib, pergi acacia. Macam tak percaya, akhirnya saya akan melangkah meninggalkan kahfi. Cinta saya pada kahfi luas tak bertepi. Sayang sangat. Banyak perkara berlaku kat sini. Rumah sewa pertama saya dalam hidup.

Macam ni rupanya duduk rumah sewa. Kalau tak, dari tahun 1 lagi pindah siap2. Hehe.

Hebatnya Allah. Pertemukan kita di Kahfi. Macam-macam kita buat sama-sama. Senang kita pikul sama2, berat kita tanggung sama2. Bila kita da mula sayang, Allah pisahkan kita untuk pergi ke serata tempat. Subhanallah.

Buat ashabulkahfi, buat yang terbaik korang. Izinkan saya menjadi teman korng di syurga kelak.

~Sufi AlFaruqi~

4 comments:

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...