Saturday, October 16, 2010

Bila Diri Disayangi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Tajuk entry sy kali ni tak ada kaitan pun dengan apa yang nak dicerita. Cuma saya nak sambung ayat tu, "bila diri disayangi, saya rasa rimas"hehe. Baik, tajuk sebenar entry ni ialah "saya mohon maaf"

Sebenarnya ada 1 benda dalam kepala saya, yang saya paksa dia senyap. Saya simpan dia kemas-kemas kat 1 ruang yang saya tak mahu lihat. Bila ada yang sebut, mesti saya cakap " jangan sebut". Tah lah, sampai bila saya nak simpan. Malam ni, entah mengapa, saya rasa nk keluarkan dia perlahan-lahan.

Cerita ni ada kaitan dengan accident pertama saya 13 julai 2010 yang lalu. Rupanya baru 3 bulan, patutlah parut kat kaki lum hilang2.


Sehari sebelum kejadian

"Ok, petang ni kita orang jumpa. Lepas buat lab kita orang gi kejap jumpa tuan rumah" Saya dan habib cuba membuat perjanjian dengan sahabat kami. Keputusan kami kali ni agak yakin untuk menerima tawaran mengajar Quran di Desa Melati.

Petang tu, kami menuju ke rumah yang telah diberi alamat untuk berbincang dengan parents bakal student kami. Mula2 sampai, saya tak sangka dorng ni orang kaya. Rumah mewah, kereta besar. Lama juga kami di luar rumah. Masing2 ragu2 betul ke rumah ni. Sehinggalah kami dijemput masuk.

Kami bersalam, duduk dan mula berbual.

"Panggil saja saya Mak Cik Izan" Mak cik Izan mula menta'ruf kami.

"Anak mak cik ada 2 orang, perempuan. Dia da kenal huruf2 dan dah mula baca Quran besar, tapi lum tamat. Jadi harapan mak cik nk mnta adik2 ajar anak mak cik sampi tamat". Tu dia mak cik izan memberi harapan. Berdiri rambut kat kepala. Berat rasanya.

"Bayaran macam mana? Biasa berapa amik?" Rambut kat kepala belum pun duduk, tiba2 mak cik tanya soalan ni. Aiyak. Mau pulang sekarang juga.

Kami cuba memeberitahu kadar bayaran sekian2, macam yang sahabat kitorang ajar petang tadi.

"disebabakan kamu ada 2 orang, pak cik nak gandakan bayaran"

"eh, xpayah pak cik. Terlebih cukup da. Kami xtak nak, kami share"

"disebabkan adik2 nampak ikhlas, pak cik betul nak bg ni, sedekah" suami mak cik izan berkeras.

Lama jugak nk decide bayaran tuh. Hati saya dah lain macam. Berat rasanya kali ni. Sehingga terbit kata sepakat kami semua. Mak cik Izan dan suaminya amat mengharapkan ktorng. Dalam hati saya, bagus lah dorng ni, walaupun kaya, sibuk, masih memberatkan nilai2 ni.

"Betul ke kita ni?, boleh tak kita buat? Takut nak amek duit tu" Saya cuba melahirkan kerisauan kat habib dengan harapan dia turut rasa apa yang saya rasa.

"Boleh ke x, kita buat. Tapi banyak sangat dorng nk bg ni"

"kita try g malam esok" Mak cik Izan suruh datang malam esok.

13 Julai 2010

" Sahabat, orang takut. Hati berdebar2". Dalam hari tu saja, banyak kali saya ulang ayat ni kat habib.

"Xpe sahabat, kita buat sama-sama. Kita tampung sama2". Banyak kali dia cuba menenangkan. Tapi saya tak berganjak. Takut saya masih kuat.

Hari tu, banyak benda yang saya lari fokus. Saya takut nak ajar dorng malam ni. Macam2 saya fikir.
"adik2 ni suka aku tak nti"
"adik2 ni boleh terima tak cara aku"
"macam mna nk jdikan adik2 ni kawan"

Dan macam2 lagi, buat saya betul2 tak senang duduk, lebih2 lagi bila msa mengajar makin hampir. Malam tu. Janji dengan mak cik izan pkul 8 malam.

Nak dijadikan cerita, petang tu kami agak lewat sampai ke rumah. Tak ingat pkul berapa. Kebetulan pula turn habib masak petang tu. Da lewat dia start masak, nak dekat pukul 7malam. Nak je saya bg tahu, ganti orng lain, nak ajak dia prepare untuk malam nanti.

Tapi dia macam relax dan teruja semacam nak masak, biar lah. Saya prepare sorng2 kat atas. Cari bahan, recall benda y da blaja, draft perancangan pembelajaran anak mak cik izan, print dan sebagainya.

Selesai solat dan masak, jam menunjukkan pukul 7.50malam. Saya da mula berpeluh. Kami berjalan kaki ke rumah depan untuk pinjam moto sahabat kami.

"kena mesej mak cik izan ni, sampai lambat" saya bersuara, sepatah dan sunyi.

"ok2, orang mesej"

Saya start motor. Payah pulak kali ni nk hidup. Nak cepat lagi. Lama jugak dan banyak kali saya start. Akhirnya mahu jgk dia hidup.

Atas motor, kami tak bercakap. Kalau bercakap pun tak dengar. Layan perasaan masing-masing. Saya kira masa ni, masing2 tgh mengadu ngan Allah.

Saya masih ingat, sejak dari naik moto, mulut xberhenti sebut "la haula wala quwwata illa biLlah"

"Tanpa kekuatanMu, aku tak mampu ya Allah" Takut saya menjadi2 sampi tangan saya sejuk.

Masuk jalan ke rumah mak cik izan, jalan gelap dan tak ada kenderaan langsung, melainkan motor yang kami naik ni. Saya tak pasti berapa laju saya bawa. Yang saya tau, saya nak sampai cepat. First impression, penting saya kira.

Jalan y sedikit menurun bukit, tiba2 saya rasa lajunya saya bawa,

"eh, aku kena tekan brek ni, laju sangat". Masa tekan brek, handle moto xdpt kawal, kiri kanan banyak kali.

Habib banyak kali panggil saya dari belakang dan cuba untuk control handle sama. Saya betul2 rasa berada kat alam lain, bukan atas motor. Saya nampak cahaya kuning y terang dan banyak. Lampu jalan. Menyebabkan saya tak sedar langsung saya tengah bawa moto.

Sedar saya datang kejap2, setiap kali sedar, sy tekan brek. Kuasa Allah lebih hebat, dan kali ni moto da betul2 nk terbalik. Saya tekan brek lagi dan habib jatuh. Betul2 tengah jalan. Nasib baik jalan tak ada orng lalu. Dia cakap kasut dia tercampak jauh.

Dan saya masih lagi atas motor. Saya tekan brek lagi sekali. Kali ni turn saya untuk beraksi. Malangnya, benda berlaku terlalu cepat, dan saya tak sempat buat apa2. Saya tak ingat macam mna cara saya jatuh.

"Siti...siti...siti..." Sayup saya dengar ada suara panggil nama saya. Saya tak buka mata sebab saya ngantuk sangat. Saya nak tidur. Dalam hati kat mna ni, kenapa ngantuk sangat. Saya tidur.

"Siti..bangun..bangun" Habib cuba kejut saya lagi.

"Kenapa tikah kacau aku tidur ni. Jap ar, ngantuk" Hati saya melawan.

Dia kejut saya lagi. Akhirnya saya akur dan buka mata. Berat. Semua pusing2 dan kabur. Rupanya saya pakai helmet. Kali ni saya hairan, apa hal helmet ni atas kepala.

"Jangan gerak sit. Sabar2" Eh, kenapa plk fikir saya. Saya nk buka helmet ni, berat kepala. Tapi memandangkan terlalu mengantuk, saya ikut perintah. Saya sambung tidur.

"Mak cik izan, kami xdapat dtg malam ni, kami accident" Suara habib cakap telefon.

"Mira, Kita orng accident, datang amik, bawa siti g klinik" Saya dengar lebih kurang macam tu lah.

Saya dengar bunyi kereta.

"Uncle, kawan saya accident. Please."

Saya accident kah? Saya buka mata, da tak ngantuk agaknya. A'aah lah. Serius, saya betul2 accident. Kali ni saya rasa sakit, kaki saya. Dan pinggang. Habib pegang tangan tangan saya, dan saya da mula ingat. Mak cik izan. Sebak dan sedih. Saya nangis dalam keadaan masih terbaring. Sakit2 da mula rasa dengan ketara. Kaki terutamanya.

Ada orang cuba buka helmet. Saya nampak habib kat sebelah. Dia tidak tenang seperti selalu.

"Sit, orang ada kat sini, jangan risau" Saya rasa kuat bila someone macam dia ada di sisi di saat2 saya amat memerlukan seseorng.

Dalam keadaan saya masih memegang tangannya, saya cakap saya sakit kaki.

"Uncle, angkat motor, kaki dia"

Saya jerit msa uncle tu angkat motor, amat sakit. Tak tau lah berapa kuat suara saya masa tu.

Ada orang nak hantar saya g klinik, habib cuba angkat saya. Saya tak dapat berdiri. Tulang kat pinggang saya macam tak boleh bersentuhan. Lagi lah saya nangis. Ksian kat mak, anak perempuan dia yang ni da cacat. Tak boleh jalan lagi. Mesti lepas ni kena pakai kerusi roda dan menyusahkan semua orang.

Sampai klinik, saya nmpak nurse da bersedia dengan kerusi rodanya. Kan saya da cakap. Air mata saya makin deras, saya tak leh uruskan badan saya sendiri. Dorng angkat saya duduk atas kerusi tu. Kali ni, betul2 saya rasa gelap. Saya da cacat.

"Ok, cuba lembutkan kaki" Saya mengikut arahan doktor.

"Alhamdulillah, tiada yang patah" Doktor cakap, sambil membasuh luka. Pedih beb.

Nak je saya tanya, kenapa pinggang saya. Tapi, biarlah, esok g klinik usim plk.

Kami berdua keluar dari bilik rawatan. Kelihatan 2 housemate saya menuju ke arah kami. Saya sebak, lalu nangis lagi.

Dalam hati saya, "korang, mta maaf, menyusahkan korng, buat korng risau"

Disebabkan saya menangis, tiada perbualan antara kami semua. Suasana terkejut dan hiba. Mereka angkat saya masuk kereta.

Masuk dalam rumah, saya nampak tilam, bantal dan selimut semua da tersusun kat ruang tamu bawah. Hebatlah korng, betul2 buat saya terharu. (saya da penah tulis entry penghargaan untuk housemate kalau masih ingat)

Malam tu, saya terus tidur lepas makan ubat. Saya tak ingat sape y teman saya tidur kat bawah malam tu. Saya dapat tidur dgn baik. Syukur.

Pukul 6am, saya terjaga. Subuh. Sape nak angkat saya g toilet. Tunggu jap, mungkin dorng tgh solat sebab dengar ada orng dalam bilik air.

"Siti, nak solat tak" Sahabat saya tanya.

"Nak" Sepatah.

"Meh orang angkat gi tandas"

Selesai amik wudhu', dia angkat saya duduk atas tikar sejadah. Saya pakai telekung dan belunjurkan kaki. Bersedia untuk solat.

Kali pertama dalam hidup saya, saya menangis teresak-esak dalam solat subuh. Sampai susah nak baca bacaan dalam solat. Dari angkat takbir samapi bg salam. Air mata saya murah pagi yang sayu tu. Mungkin faktor sunyi dan gelap.

"Ya Allah, apa salah aku?"
"Ya Rabbi, kat mana silapnya?"
"Tuhan, kenapa tak bg aku mengajar?"
"Kenapa kemalangan?"

Soalan-soalan ni bergilir2, bertukar ganti dalam kepala saya yang masih sakit. Ada bengkak belah kiri.

Sampai bila nak biar, they need that

Dari saat tu smpai lah saat ni, kami tak penah dengar kabar dari mak cik izan lagi. Dia pun tak tnya ktorng. Kami berhutang ngn mak cik izan.

Saya tahu, saya tak mampu keep bnda ni sampai bila2. Sekemas dan seteguh mana pun saya simpan, benda ni selama2nya tak akan settle. Saya berhutang ngn mak cik izan, reality yang saya kena terima. Lepas kemalangan, saya hibernate. Saya akan menghilangkan diri bila seperti biasa berada dalam keadaan2 y memerlukan tindakan yang saya tak mahu buat. Saya minta maaf.

Jawapan saya hanya 1 benda. Saya serik. Terlalu complex untuk mengabungkan duit dan dakwah.

Allah marah saya sebab saya da mungkir janji. Saya penah gtau habib, sy nk g umah mak cik izan lepas saya boleh jalan. Nak bgtahu mak cik izan, kami xnak ajar Quran kalau bg duit. Kalau free, kami datang ajar. Jadi tidak terikat. Tapi sampai sekarang, sy dan habib tak pergi pun ke rumah mak cik izan.

Kadang-kadang saya terfikir, Allah da bg saya mad'u, tapi saya lari, kesian kat dorang. Lagi Allah marah bila saya tak nak pun fikir benda ni. Tak pernah keluarkan. Bila ada yang sebut, saya mesti cantas atau diam seribu bahasa.

Saya tak tahu sama ada lepas ni saya mencari solution atau saya akan terus biar.
Doakan kami..

Assalamualaikum..

4 comments:

  1. Subhanallah... nice story.. bercampur baur perasaan baca post ni,

    Kiata hanya mampu merancang..
    tapi Allah yang menentukan segala-galanya..

    Moga terus thabat..

    ReplyDelete
  2. ibnuibrahim

    =)

    Basri terlalu hebat untuk citer macm ni..hnya orng2 y bnyk dosa y mcm tu, pantang di uji..

    ReplyDelete
  3. siti..kan su da bgtau pukul tu tnda "kasih"..ho3..sbb xnak siti rimas2 la..

    sedih..sbb xdpt jadi antra shbt2 yg menbantu..

    takziah..atas kemalangan yg lalu

    tahniah..mnjadi yg terpilih utk duji dgn ujian berat ni,kan tanda kasih Allah jugak untk mengingatkan..

    comel..su mmg comel T_T hee~

    ReplyDelete
  4. su

    hoho, i got u..pukul2 2 lg rimas,uweekk.

    sebak bla teringt scene accident, bukan teruk pun tapi tah, tatau nk ckp cm mna su..

    ReplyDelete

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...