Thursday, October 4, 2012

The little princes =)

Bimillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum.. I present u the little princes.. Khayra Nur Rania binti Muhammad Ridhuan bin Razali.. Hehe..



Budak yang suka senyum. Jmpa Raya Haji k.. =)

Lmany tak menulis kat sini.. InsyaAllah.. Maju dan Laju.. 

Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM Serdang..

P/s: Episod2 seterusnya akan menyusul.. Ameen..



Wednesday, May 30, 2012

Still.. So far to go

Bismillahirrahmanirahim..

Tengah hari semalam saya bermimpi. Di suatu tempat, yang tak pernah saya sampai, ada matahari, ada mimbar, ada lelaki, ada suara yang berbentuk arahan.

Tidak dapat saya ceritakan secara detail, cuma dapat saya keluarkan rasa saya.
Tiba-tiba saya terjaga. "Ya Allah.. Allah ada rupanya.. Kiamat ada.. Syurga ada.. Neraka Ada.."

Sehingga hari ini saya tak pasti apa kaitannya.. Perjalanan yang masih panjang. Satu persatu Allah aturkan. Terima dengan redha.

Di sepanjang perjalanan, bertemu itu dan ini. Ada madu juga racun. Ada tawa juga tangis. Cuma, terserah bagaimana hendak mencorakkanya. Itu namanya asam dan garam. Masam dan masin.

Di sepanjang perjalanan, ada persimpangan. Pilih. Itu harus. Kadang-kadang berhenti di persinggahan. Namun, Kembara kita tidak pernah terhenti kepenatan. Because the journey is still so far.

Selamat pengantin baru buat sahabat2. Perjalananmu kini berteman. Kembara bersama sahabat. =)

Sahabat, Allah sayang kita..

Thursday, April 12, 2012

Assalamualaikum Khayra Nur Rania



Alhamdulillah..

Hampir seminggu dah Khayra Nur Rania digelar khalifah. Dilahirkan untuk mentadbir bumi. Macam kita semua. Berjanji di alam roh untuk membawa agama Allah. Makhluk yang sanggup menerima amanat Allah. Inilah manusia..

Generasi kedua yang pertama dalam keluarga kami, cucu pertama mak dan ayah, anak buah pertama kami adik beradik.

Walaubagaimanapun untuk kali ni xdapat upload gambar. Untuk lain kali, insyaAllah..

Ahlan wasahlan Khayra Nur Rania...=)

Tuesday, January 31, 2012

Mencari Ahbabi Di Bukit Uhud



When some ask..

What is your favorite things?

I would say... I love rain.

Rain give me present

A hope, a feel..

It never spoke, but I always hear

Rain sometimes told a story

A story of tears and a story of questions

A story of painful and a story of happiness

Dear Allah.. Held.. Please Held..

Suatu ketika, Seorang sahabat menangis teresak-esak sehingga beliau tidak dapat memejamkan mata pada malam itu. Tangisannya berterusan sehingga didengari Rasulullah S.a.w.

Rasulullah bertanya, kenapa seperti itu. Sahabat tadi menjawab. " Ya Rasulullah, aku menangis kerana aku amat mencintaimu. Jika aku ke Neraka, pasti aku tidak akan dapat berjumpamu. Dan jika aku ke syurga, pasti syurgaku yang paling rendah dan syurgamu tertinggi, juga tidak dapat berjumpamu. Bagaimana.."

Bezanya jarak antara tingkatan syurga adalah setinggi langit dengan bumi. Syurga yang paling tinggi hanya kelihatan seperti bintang di langit apabila berada di syurga bawah.

Rasulullah s.a.w. menjawab, mereka yang yang memasuki syurga akan bersama dengan insan yang mereka cintai..

Wahai sahabat, tidak setanding cinta kami pada kekasihmu..

Sirah juga ada menyebut di suatu kisah yang lain, selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Saidina Umar pernah berjalan dengan seorang sahabat di suatu tempat. Dalam perjalanan mereka, Saidina Umar melompat ke hadapan, sedangkan tiada apa-apa subjek yang terhalang. Sahabat kehairanan, lalu Saidina Umar menjawab. "Dulu, Rasulullah melompat di kawasan ini, sebab ada air"

Wahai Umar.. Kami rindu..

-Umat Muhammad Rasulullah..-

"Ahbabi,ahbabi,ahbabi".. Di mana ahbabi.. Kemudian Saidina Abu Bakar megumpulkan semua sahabat di hadapan Bukit Uhud ketika itu. Sebelum itu, Rasulullah s.a.w. telah meminta Saidina Abu Bakar membawa Baginda menziarahi syuhada' Uhud.

Baginda menyeru lagi "ahbabi..ahbabi.." Sehinggalah Saidina Abu Bakar bersuara.. "ya Rasulullah, siapa kekasihmu, semua antara kami ada di sini.."

Kamu semua sahabatku.. Kekasihku adalah mereka yang beriman denganku tapi tidak sempat melihatku..

Sayangnya Rasulullah sehingga kita digelar kekasih.. Bukan Mudah menjadi kekasih Baginda.

1. Merasai kebersamaan, merasai kehidupan bersama Muhammad Rasulullah

2. Membawa risalah, mempertahankan Islam. Ayuh, pertahan gerakan Islam. Undi PAS, bawa PAS..ABU

3.Istiqamah


Rasulullah, terima cinta kami..

Happy birthday ahbabi..

Thursday, December 8, 2011

Tarakiz Tarbiyyah



TARAKIZ TARBIYYAH
Sentuhan tarbiyyah mestilah mennyentuh 4 pusat perubahan dalam diri manusia:
1. Ruh melalui tarbiyyah ruhiyyah
2. Aqal melalui ilmu dan fikrah
3. Qalbu (hati) melalui tahsinul qalb
4. Ruh melalui tazkiyyah dan mujahadatu nafs

-Abi-

Di ruang cube hijau, saya merenung bunnga konvo yang makin layu..

Malu pada diri sendiri.
Sebagai wanita, muslimah dan seorang staff kepada majikan.
Bila tidak menjaga perkataan,
bila marah tiada kawalan,

bila sombong menghiasi diri,
lantas manusia menjadi benci..
Diri ini menjadi sangsi
akan wanitamu sendiri..

Tuhan pelihara wanita kami,
agar santun sifat terpuji,
agar lembut cantik peribadi,
mencontohi akhlak serikandi sejati,
di medan jihad berani beraksi
di medan suci taati suami..

Rindu serikandi Saidatina Fatimah Binti Rasulullah.... Allah, bimbinglah kami, wanita-wanita yang Islam angkat.

Saturday, November 26, 2011

L O V E ALLAH

Ya Tuhan kami, kami mengharapkan keredhaan dan syurgaMu. Kami memohon perlindungan daripada kemurkaan dan kepanasan api neraka yang membakar.
Ameen..

"Didik manusia dengan agama, bukan dengan logik akal, bukan dengan program2 motivasi" kata-kata ustaz di pagi itu..

"Mardhiyah, kamu study sikit cosmetic law tu. Nanti kita boleh tanya soalan" Saya akur ingatan kakak sambil mencatatkan sesuatu. Perasaan gementar untuk menghadiri kursus dengan KKM dalam-dalam saya tanamkan.

"mardhiyah, kamu pergi jumpa customer di bilik menunggu, dia nak buat produk kosmetik. Saya da brefing dekat dia, kamu cerita tentang facial water yang kamu baru buat tu" Ustaz memberi arahan saat saya melangkah masuk ke pejabatnya. "Saya sorang ke?, Baik ustaz, saya nak amik buku kejap."

"macam mana ni, ustaz suruh buat air, ni customer da tunggu saya. Bibik tidur pulak" tiba-tiba saya membebel di hadapanya.

"Tak apa, saya buat. Nak air apa, berapa orang?" "3 orang, buat hot choc, thanks"

"Siti, mana?" Ala, saya terlupa. Nampak muka kakak ni baru teringat yang dia mahukan hair removal cream. "Jap-jap, saya ada customer". "Ok, akak tunggu kat bawah"

"Cik mardhiyah........" Muhammad, cucu ustaz memanggil saya dari jauh.

"Adas pedas dekat stor, dalam tong kurma paling hujung" Saya berkejaran mengambil sampel herba tersebut untuk customer saya lihat.

"Cik mardhiyah dan naik, Muhammad panggil sape?"

Alhamdulillah, customer decide beberapa sampel. Dan sekarang saya lapar sangat. Saya nampak kuih pagi tadi.

Sebaik saja keluar pagar kilang, jam di tangan menunjukkan pukul 2.20 p.m. Di bawah pokok itu, saya duduk melepasakan lelah. Ada sebuah kereta di situ, suasana sunyi kerana tiada seorang staf pun yang tinggal. Tinggal kami sahaja di sini dan Muhammad.

Saya memandang langit... Allah, I m tired.

Love, trust, forgive. Membaca senyuman.

dan

Allah lebih dekat dari urat leher. Percaya itu.











Monday, October 24, 2011

Dalam kekalutan dan keriuhan pejabat, di satu ruang cube hijau, saya menulis tanpa mempedulikan kesibukan itu. Di saat telefon berdering-dering di meja sana dan meja sini.

Rindunya pada usrah abi. Tidak sempat rupanya khatam kitab bidayatul hidayah. Mahu gugur air mata rasanya.

Bila lagi mahu begitu..

Lantas, kitab berkulit biru itu saya belek satu persatu.

Kenangan-kenangan lalu terus hidup di ruang ingatan. Subahanallah. Sungguh, rindu.

Mata saya tertangkap pada muka surat ke 106

"Tidak sepatutnya engkau hanya puasa pada bulan Ramadhan sahaja maka bermakna engkau talah meninggalkan merebut keuntungan dengan puasa sunat dan engkau tidak mengambil peluang untuk merebut darjat yang tinggi dalam syurga firdaus"

Kembali pula indanya ramadhan di Masjid Ridwaniah. Ya Rabbi.

Saya baca lagi.

"nanti engkau akan menyesal apabila engkau melihat kepada bintang-bintang yang berkelip-kelip"

"maka engkau jauh lebih tinggi daripada engkau kerana mereka berada pada darjat yang tinggi"

Rasulullah...

Dan hari ni merupakan 2 Zulhijjah. Saya teringat kuliah TGAH di Rusila satu ketika dulu, "ramai antara kita berusaha menghidupkan 10 malam terakhir bulan ramadhan namun tak ramai yang menghidupkan 10 malam awal bulan Zulhijjah"

Dan barulah saya tahu bahawa kita digalakkan untuk menghidupkan malam tersebut dan berpuasa pada siang harinya"

Terdapat juga dalam pesanan Imam Ghazali ni, sunat berpuasa 10 hari pertama bulan Zulhijjah.,.

Sahabat, tunggu.

Allahua'lam.

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...