Wednesday, August 17, 2011
Berdebar meninggalkan Ramadhan
Monday, August 8, 2011
R E N D A H

Bissmillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Sudah lama rasanya tidak menulis tentang sesuatu yang berbentuk ilmiah, penuh cerita je rasanya. Macam diari pun ada.
Masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada semua sahabat dan teman seperjuangan. Alhamdulillah batch Food Biotech ke 4 Universiti Sains Islam Malaysia telah menerima ijazah pertama baru-baru ini. Terpancar kegembiraan di wajah mereka semua.
Saat melangkah masuk ke dewan, saya lihat senyuman bangga ibu bapa tercinta. Saat itu terlintas di fikiran. "Ya Allah, aku nak konvo lagi".
Tahniah sahabat. Saya minta maaf, kerana bukan gambar konvo yang saya hiaskan sebaliknya gambar seorang lelaki yang sedang tunduk.
Rendah. Rendah diri. Saya berasa malu dengan diri sendiri. Sebagai wanita, muslimah, pekerja dalam masa yang sama. Kenapa perlu ada sikap marah yang melampau-lampau.
Sebagai orang yang berada sedikit di atas, tidak perlu kita sentiasa marah orang yang berada di bawah. Sebagai pemimpin yang hebat, sudah tentu perlu hebat memimpin. Anak buah patuh kepada arahan dan kita sebagai pemimpin perlu balas dengan kasih sayang.
Tidak perlu tunjuk bengis dan bersuara sombong di hadapan mereka dan sentiasa mencari salah mereka. Saya bimbang bila manusia saling membenci dan tidak seronok berada di iklim ini.
Subahanallah, dunia yang terbentang ni terlalu penuh dugaan dan cabaran untuk sampai ke medan kemenangan, syurga impian.
Selamat Hari Lahir Ustaz..
Monday, August 1, 2011
Ramadhan Kareem.. Pesan Abi
Ya abnaa al jama'ah..
Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :
1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...
2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6
3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..
4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."
5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.
6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..
7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...
7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.
Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..لا اله الا الله...wallahu a'lam.
Friday, July 22, 2011
Mengintai Pelangi di Hujung Hujan
Tuesday, June 7, 2011
Si Anak Muda
| Satu Sinar Harapan Buat Anak Muda |
| Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu hanya melengang lenggok di tepi jalan berkumpul riuh di stesen bas, mengusik perempuan manakala perempuan buat temu janji dengan lelaki jalanan, liar, tidak bermoral. Anak muda hari ini harus melihat apakah akan jadi kepada generasi hari ini dan akan datang di bawah telunjuk penguasa sekularis yang mahukan mereka terus leka dengan artis-artis yang bayaran satu malam amalnya lebih mahal dari secangkir teh untuk Ustaz mengajar di surau dan masjid. Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah anak muda menentukan masa depan warga kota dan desa warga yang tertekan dengan harga barang naik, petrol naik, gula naik, minyak masak naik, susu pekat naik, tepung gandum naik dan banyak lagi yang bakal naik akibat salah tadbir golongan penguasa nasionalis sempit tak bertamaddun. Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah lihat anak muda dengan teknologi mayanya telah melontar regim Husni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia Irhal, irhal Mubarak irhal Irhal, irhal, Mubarak irhal, Irhal, irhal Mubarak irhal, pergi, pergi BN pergi, pergi, pergi BN pergi, pergi, pergi BN pergi. Anak muda ku kita sebenarnya ada kekuatan tersembunyi yang digeruni oleh penguasa-penguasa zalim seluruh dunia kekuatan kita adalah keyakinan kita untuk bangkit menyatakan yang hak kepada penguasa itu menyatakan kamu adalah penindas rakyat kamu menjadikan mereka pengemis dengan wang ihsan sedangkan merekalah yang kaya raya dengan khazanah rakyat membaham bagaikan jerung merantah bilis di lautan terbentang luas ini. Anak muda ku kita sebenarnya ada jiwa mudah tersentuh apabila kita melihat nelayan bapak-bapak kita terus dengan kehidupan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tidak berubah-rubah berdekad-dekad lamanya, sedangkan penguasa barang naik, mengumpul harta bertimbun-timbun, mengatur deretan istana dan kereta mewah, tanpa segan silu di hadapan gobok buruk rakyat. Ada lagi yang menggali perigi untuk mendapat sebaldi air buat sarapan pagi dan hidangan malam sedangkan penguasa menjamu selera dengan segala hidangan lazat dan minuman memabukkan lambang segala kemewahan dan kerakusan dunia. Rakyat terhimpit miskin dan tertindas hanya dibela di musim pilihanraya "Mak cik ambil duit RM50 ni, jangan lupa pangkah barang naik yer?" Nilai maruah rakyat hanya puluhan dan ratusan ringgit sahaja. Nah di sini, anak muda ku kita harus mulakan satu perubahan, menjadikan bapak-bapak nelayan kita, tidak lagi duduk berlindung di bawah gobok buruk di rumah sewa Yayasan Keluarga berasak-asak bagaikan ikan tamban dalam tempayan yang masih tidak ada kesudahan hala tuju hidup mereka akibat bahana kerajaan barang naik. Nah, anak muda ku kita perlu mulakan satu perubahan bersama kita ada jalan untuk selesaikan masalah kita dan masalah warga kota dan desa yang kita hidup bernafas di dalamnya kalau kita bermuafakat, Nabi bersabda, "Kambing bersama kawanannya tidak akan dibaham serigala." Suhaimi Taib Kuala Terengganu 22 Mei 2011 P/S: Puisi dicipta dan dibaca khas untuk Pemuda Cendering Pantai dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Burok, di Tepian Pantai Pandak Chendering Kuala Terengannu. |
Tuesday, April 12, 2011
Bangun Mencari Pelangi
Tuesday, March 8, 2011
Dialog pagi kami
“Jom kita gi solat dulu” Izah cuba mencipta suasana baru.
Tanpa bersuara kelihatan Atikah mengambil stokin solat dari beg laptop barunya. Abah dia baru pos minggu lepas.
Alhamdulillah, waktu DhuhaMu, indahnya indahMu. Tenangnya tenangMu. Rindunya rinduMu. Dan Engkau Pemberi sebenar-benar Pemberi. Anta Al-Wahab.
Usai Dhuha.
“Mana Aishah? Saya mahu pulangkan tikusnya” “Ia da bergerak-gerak dalam beg saya” K.yani yang selalu mengeluarkan dialog yang tak boleh ‘blah’. Berderai ketawa aishah sambil mengambil tetikus dari k.yani.
Saya melihat telatah mereka dari jarak beberapa meter tapi rasa jauh di tempat lain. Hehe, ada orang cakap saya kuat termenung.
Suasana pagi di Sidratul.
Entah mengapa sejak dua tiga hari ni terasa sayu. Penuh rindu. Mudah saja air mata ni mahu keluar. Tak kira tempat. Tak pasti apakah sebenarnya ini.
Allah amat Kuat.
Bertapak di Sidratul 2 bulan dan beberapa hari, ibarat tidak percaya masa untuk di sini sudah tidak lama rupanya. Macam baru minggu lepas daftar masuk sini. Memang pelik tempat ni. Pelik sekali. Haip.
“Kerjala kat sini” Ayat insan-insan di Sidratul. Ya, benda tak pasti, sukar untuk saya mengiakan. Allahua’lam. Hehe, jauh di sudut hati, sy teramat ingin menyumbang di sini. Mencedok seluas ilmu, mengutip 1001 pengalaman.
Walaupun hanya company IKS yang kecil, bukan kilang yang besar, saya seronok dan sayang tempat ni. Ibarat seekor rama-rama yang baru lahir. Ia memerlukan ramai supporter untuk menyokongnya terbang. Terbang setinggi langit. Dan ia mampu.
Kilang yang pesat membangun. Banyak sangat kerja. Banyak sangat kita belajar. Segala teori di kampus diperah dan dimasak untuk dipraktikkan di sini.
Kalau dlu segala teori tu, kita perah dan masak then, kita curahkan atas kertas exam di dewan exam. Kalau betul, dapat markah and kalau tak betul tolak markah. TAPI sekarang, kalau salah teori, maka terganggulah segala-galanya di sini.
Contohnya, akibat salah teori, product tercemar dengan microb, then kerana salah teori lagi, terlepas dan selamat keluar dari kilang untuk dipasarkan. Kebetulan, ada orng beli dan makan. Innalillah, kebetulan meninggal pulak dia asbab produk tu. =)
Kisah pelik di Sidratul. =)
Sunyi pulak rasa lab ni. Mana dorng pergi? Baiklah, saya cuba mengundur diri. Mahu turun ke kilang. Sambung kerja=)
Ya Allah, aku rindu..
Sesuatu yang indah..
Jumpa lagi semua . Assalamualaikum.
Sedetik di Istanbul
Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah. =) Suatu petang, lepas pulang kepenatan dari lab, melalui jendela bilik saya nampak...
-
"siapa berani lompat dari kerusi ni ke kerusi ni?" Ustaz cuba menyusun 2 kerusi dalam 1 depa jaraknya. Semua peserta angkat tanga...
-
. Saat diri merasa hina, saat hidup rasa tak berguna, saat rasa disisih manusia, saat rasa dibenci Tuhan. Senyum dalam lesu, tanda tiada apa...