Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem.. Pesan Abi

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA
Ya abnaa al jama'ah..
Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan.
Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya...
Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut untuk antum semua :

1. Bangunlah seawal jam 4 pagi..ambil wudhu..solat tahajjud 8 rakaat..banyakkan istighfar paling tidak 100 kali,..banyakkan tahlil paling tidak 100 kali, banyakkanlah selawat paling tidak 100 kali...dan berdoalah sungguh-sungguh padaNya...mohonlah keampunanNya..mohonlah keikhlasan dariNya..mohonlah kekuatan dariNya..mohonlah agar istiqamah..mohonlah kebersihan jiwa dariNya...

2. Bacalah Al Quran sekerap yang boleh paling tidak sehari 1 juzuk.. `Sesungguhnya ibadah malam ianya lebih bersangatan kesannya pada jiwa dan lebih tetap pada bacaannya'..Al Muzzammil: 6

3. Istiqamahlah dengan wirid al ma'thurat..paling tidak wazifah sughro ( bacaan 3 kali )..jangan ditinggalkan..inilah makanan ruh yang amat lazat di bulan Ramadhan..

4. Usahakan solat fardhu subuh hingga ke 'isya berjamaah. Dan jangan tertinggal solat sunat rawatib 2 rakaat sebelum dan selepas dzohor, 2 rakaat sebelum asar, 2 rakaat selepas maghrib juga 2 rakaat selepas 'isya...Juga usahakanlah solat sunat Dhuha 2 rakaat.."Ya Allah..kalaulah rezkiku ada di langit turunkanlah ia..dan kalau ianya di bumi keluarkanlah ia..dan kalau ianya jauh dekatkanlah..dan kalau ianya dekat mudahkanlah..dan kalau ianya sedikit banyakkanlah..dan kalau ianya banyak ringankanlah ia...."

5. Usahakanlah sekerasnya agar antum tidak tertinggal untuk solat sunat tarawih..samaada berjamaah mahupun dibuat sendiri kerana kesibukan atau musafir atau yang lainnya. Bagaikan tidak ada makna bulan Ramadhan jika antum mengabaikan solat tarawih...kerana ianya hanya dapat dilaksanakan dalam bulan Ramadhan.

6. Solatlah sunat witir samaada 1 rakaat atau 3 rakaat..sebelum tidor atau pun selepas bangun dari tidor iaitu selepas mengerjakan solat tahajjud. Dan amalan ini tidak sayugianya hanya di bulan Ramadhan bahkan di setiap malam selain bulan yang berkat ini..

7. Sebelum tidor berwudhulah..jangan tidor lewat sebab nak bangun awal. Seeloknya bacalah surah al Mulk, al Waqiah dan Yaa Sin sebelum tidor..jadikanlah tidor itu juga sebagai ibadah...

7. Inilah juga peluang untuk diperbanyakkan pembacaan buku-buku Islami..menghafaz ayat-ayat Al Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W...sebagai memenuhi masa-masa yang terluang di bulan berkat ini.

Ya abnaie...aturlah elok-elok jadual ibadahmu ini di bulan Ramadhan..tidak sepatutnya ibadah di bulan ini sama seperti yang kita lalui di bulan-bulan yang lain. Ramadhan tetap bulan yang diberkati. Namun sewajarnya kita juga mendapat keberkatan yang sama sehingga selepas Ramadhan ini ..akan lahirlah sebuah peribadi yang hebat..yang kukuh ruhiyy ..kuat aqliy..muslih qalbiy..dan terdidik serta tenang nafsunya untuk meneruskan kerja jihad sehingga ke hembusan nafasnya yang terakhir dengan kalimah thoiyyibah..
لا اله الا الله...wallahu a'lam.

Abi...=)


P/s: Ramadhan bukan hanya bulan puasa...

Friday, July 22, 2011

Mengintai Pelangi di Hujung Hujan

Bismillahirrahmanirahim. Bismillahi Allahu Akbar. Bismillahi Ala Barakatillah.

Alhamdulillah ala kulli hal.

Tak terhitung rasanya nikmat Allah kepada kita. Tak tercapai projection Allah kepada kita.

Sungguh pantas masa berlalu.....


Tuesday, June 7, 2011

Si Anak Muda

Satu Sinar Harapan Buat Anak Muda

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda hari ini tidak lagi seperti dulu
hanya melengang lenggok di tepi jalan
berkumpul riuh di stesen bas, mengusik perempuan
manakala perempuan
buat temu janji dengan lelaki jalanan, liar, tidak bermoral.

Anak muda hari ini
harus melihat apakah akan jadi
kepada generasi hari ini dan akan datang
di bawah telunjuk penguasa sekularis
yang mahukan mereka terus leka dengan artis-artis
yang bayaran satu malam amalnya
lebih mahal dari secangkir teh untuk Ustaz
mengajar di surau dan masjid.


Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
anak muda menentukan masa depan warga kota dan desa
warga yang tertekan dengan harga barang naik,
petrol naik, gula naik, minyak masak naik, susu pekat naik,
tepung gandum naik dan banyak lagi yang bakal naik
akibat salah tadbir golongan penguasa nasionalis sempit tak bertamaddun.

Zaman ini zaman anak muda melakar sejarah
lihat anak muda dengan teknologi mayanya
telah melontar regim Husni Mubarak Mesir jauh ke Laut Merah
tersungkur rebah dengan laungan lautan manusia
Irhal, irhal Mubarak irhal
Irhal, irhal, Mubarak irhal,
Irhal, irhal Mubarak irhal,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi,
pergi, pergi BN pergi.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada kekuatan tersembunyi
yang digeruni oleh penguasa-penguasa zalim seluruh dunia
kekuatan kita adalah keyakinan kita untuk bangkit
menyatakan yang hak kepada penguasa itu
menyatakan kamu adalah penindas rakyat
kamu menjadikan mereka pengemis dengan wang ihsan
sedangkan merekalah yang kaya raya dengan khazanah rakyat
membaham bagaikan jerung merantah bilis di lautan terbentang luas ini.

Anak muda ku
kita sebenarnya ada jiwa mudah tersentuh
apabila kita melihat nelayan bapak-bapak kita
terus dengan kehidupan,
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,
tidak berubah-rubah berdekad-dekad lamanya,
sedangkan penguasa barang naik,
mengumpul harta bertimbun-timbun,
mengatur deretan istana dan kereta mewah,
tanpa segan silu di hadapan gobok buruk rakyat.

Ada lagi yang menggali perigi untuk mendapat sebaldi air
buat sarapan pagi dan hidangan malam
sedangkan penguasa menjamu selera dengan segala hidangan lazat
dan minuman memabukkan lambang segala kemewahan dan kerakusan dunia.


Rakyat terhimpit miskin dan tertindas hanya dibela di musim pilihanraya
"Mak cik ambil duit RM50 ni, jangan lupa pangkah barang naik yer?"

Nilai maruah rakyat hanya puluhan dan ratusan ringgit sahaja.

Nah di sini, anak muda ku
kita harus mulakan satu perubahan,
menjadikan bapak-bapak nelayan kita, tidak lagi duduk berlindung di bawah gobok buruk
di rumah sewa Yayasan Keluarga berasak-asak bagaikan ikan tamban dalam tempayan
yang masih tidak ada kesudahan hala tuju hidup mereka
akibat bahana kerajaan barang naik.

Nah, anak muda ku
kita perlu mulakan satu perubahan bersama
kita ada jalan untuk selesaikan masalah kita
dan masalah warga kota dan desa
yang kita hidup bernafas di dalamnya
kalau kita bermuafakat,
Nabi bersabda, "Kambing bersama kawanannya tidak akan dibaham serigala."


Suhaimi Taib


Kuala Terengganu
22 Mei 2011

P/S: Puisi dicipta dan dibaca khas untuk Pemuda Cendering Pantai dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ADUN Batu Burok, di Tepian Pantai Pandak Chendering Kuala Terengannu.


Tuesday, April 12, 2011

Bangun Mencari Pelangi

Bismillah..

Assalamualaikum sahabat..

Hari ini seindah semalam? Atau lebih baik dari semalam? Siapa di sisi kita tika ini? Sahabat? Teman? Kakak? atau Adik? Moga sayang Allah masih dimiliki walau siapa pun di sisi kita..

Seperti biasa rasa terkilan tidak update blog setelah sekian, amat saya rasai.. =) Rindunya nak update Tuhan saja yang tahu. Tetiba saya teringat library USIM yang indah. Rumah kedua selepas Kahfi. Tempat saya update blog selalu, tempat google journal, tempat jumpa adik beradik, tempat yang paling best untuk bersendiri, hehe..


Petang semalam saya berbual dalam ym dengan seorang rakan blogger yang sedang maju dgn blongnya.. Btul tak sheikh? Hehe.

Berkongsi cerita terbaru, update maklumat masing2. Kuatnya tangan saya menulis hari ni, terima kasih kepada beliau. Lepas diperli barulah saya tersedar. Haip..

Ayat yang paling terkesan semalam yang tak boleh saya lupa. Tatabahasa yang biasa tapi cukup untuk saya berfikir dan berkongsi. Ayatnya berbunyi, hehe...

"sedih la ye awak memanjang"

Haha, dalam hati saya masa tu, "tak leh blah btul dia ni".. Semacam cuba berkata sifat dominan saya ialah sedih. Haha.. Mungkin banyak entry saya berbentuk sedih sblm ni.. Hehe, apa pun terima kasih sheikh.=)

Bagimana ya Rasulullah dulu tangani kesedihan, putus asa, stress. Bagaimana Rasululullah bersahabat?

"Aku manusia seperti kamu, cuma aku diwahyukan untuk mengkhabarkan berita gembira" Saya teringat kuliah abi di UKM satu masa dulu. Abi meyakinkan kami bahawa Rasulullah sama macam kita dengan membawa hadis tersebut.

"Bangkitlah hadapi tekanan dengan Qiammulail!!!" Mata saya tertangkap dengan rangkap ni waktu saya membelek kitab bidayatul hadayah tulisan Imam Ghazali, kitab kesayangan. Kitab nipis yang biasa, sekali terbaca cukup terkesan.

"Saat Rasulullah sedih ketika mendapat tahu rancangan pembunuhan baginda di Darun Nadwah, Rasulullah berselimut (dengan pakaian)"

"Turun surah Al-muzzamil, sentuhan Rabbani dari Allah, yang menyentuh jiwa para Daei secara berterusan, sebab itu Allah didik Rasulullah dengan Qiamulail" Terngiang-ngiang suara dan wajah abi.

Hati yang tak pernah cukup
Hati yang tak pernah diam ditarik ditolak
Hati yang tak kenal penat berbisik-bisik
Hati yang hanya kepunyaan hamba kecil
Yang bisa merasa dan menelan

Wajahmu sahabat kini bermain-main di ruang mata. "Enti, biasa baca ma'thurat tak?" Tanya sahabat. Saya mengangguk dan berbalas soalan yang sepatah. "kenapa?"
"Cubalah baca ma'hurat 3 kali setiap kali baca, ubat hati, teman hati, supplement hati"

Hehe, agak scattered kali ni. Apa pun amiklah mana yang bermanfaat..

Saya kira sampai di sini sahaja perkongsian selepas bangun seketika..
Masih belum menjumpai pelangi, mungkin senja nanti=)..

InsyaAllah kita berkongsi di lain masa..

Terima kasih, sangat.

Hati, Kuat..

Allahua'lam


Tuesday, March 8, 2011

Dialog pagi kami



“Kita nak makan apa pagi ni?” Aishah tunjuk muka lapar yang seperti selalu.

“Jom kita gi solat dulu” Izah cuba mencipta suasana baru.

Tanpa bersuara kelihatan Atikah mengambil stokin solat dari beg laptop barunya. Abah dia baru pos minggu lepas.

Alhamdulillah, waktu DhuhaMu, indahnya indahMu. Tenangnya tenangMu. Rindunya rinduMu. Dan Engkau Pemberi sebenar-benar Pemberi. Anta Al-Wahab.

Usai Dhuha.

“Mana Aishah? Saya mahu pulangkan tikusnya” “Ia da bergerak-gerak dalam beg saya” K.yani yang selalu mengeluarkan dialog yang tak boleh ‘blah’. Berderai ketawa aishah sambil mengambil tetikus dari k.yani.

Saya melihat telatah mereka dari jarak beberapa meter tapi rasa jauh di tempat lain. Hehe, ada orang cakap saya kuat termenung.

Suasana pagi di Sidratul.

Entah mengapa sejak dua tiga hari ni terasa sayu. Penuh rindu. Mudah saja air mata ni mahu keluar. Tak kira tempat. Tak pasti apakah sebenarnya ini.

Allah amat Kuat.

Bertapak di Sidratul 2 bulan dan beberapa hari, ibarat tidak percaya masa untuk di sini sudah tidak lama rupanya. Macam baru minggu lepas daftar masuk sini. Memang pelik tempat ni. Pelik sekali. Haip.

“Kerjala kat sini” Ayat insan-insan di Sidratul. Ya, benda tak pasti, sukar untuk saya mengiakan. Allahua’lam. Hehe, jauh di sudut hati, sy teramat ingin menyumbang di sini. Mencedok seluas ilmu, mengutip 1001 pengalaman.

Walaupun hanya company IKS yang kecil, bukan kilang yang besar, saya seronok dan sayang tempat ni. Ibarat seekor rama-rama yang baru lahir. Ia memerlukan ramai supporter untuk menyokongnya terbang. Terbang setinggi langit. Dan ia mampu.

Kilang yang pesat membangun. Banyak sangat kerja. Banyak sangat kita belajar. Segala teori di kampus diperah dan dimasak untuk dipraktikkan di sini.

Kalau dlu segala teori tu, kita perah dan masak then, kita curahkan atas kertas exam di dewan exam. Kalau betul, dapat markah and kalau tak betul tolak markah. TAPI sekarang, kalau salah teori, maka terganggulah segala-galanya di sini.

Contohnya, akibat salah teori, product tercemar dengan microb, then kerana salah teori lagi, terlepas dan selamat keluar dari kilang untuk dipasarkan. Kebetulan, ada orng beli dan makan. Innalillah, kebetulan meninggal pulak dia asbab produk tu. =)

Kisah pelik di Sidratul. =)

Sunyi pulak rasa lab ni. Mana dorng pergi? Baiklah, saya cuba mengundur diri. Mahu turun ke kilang. Sambung kerja=)

Ya Allah, aku rindu..

Sesuatu yang indah..

Jumpa lagi semua . Assalamualaikum.

Monday, February 28, 2011

Bongkaknya Makhluk Bernama Manusia


Then there are among men such as say, "We believe in Allah. but when they suffer affliction in (the cause of) Allah, they treat men`s oppression as if it were the Wrath of Allah. And if help comes (to thee) from thy Lord, they are sure to say, "We have (always) been with you!" Does not Allah know best all that is in the hearts of all Creation?

Wednesday, February 9, 2011

Seluas Langit

Setenang biru...

Di sebalik awan tebal tersingkap sebuah harapan untuk menghidupkan,

Disebalik sinaran yang memancar terkumpul sebuah cita-cita untuk menyuburkan,

Disebalik keresahan wajah terungkap sebuah penderitaan dunia yang tidak kekal,

Disebalik senyuman tersimpul sebuah anugerah untuk ditatap dan dipelihara..

Perjalanan ini jua ada duri, ada pahit. Ia juga panjang dan penuh liku. Kadang-kadang kabur dengan penglihatan sendiri. Keliru dalam genggaman ciptaan manusia. Lantas pengdakian terhenti dek retakan-retakan yang dibina sendiri.

Cuma..

Kepahitan dan ketajaman ini berbeza. Liku-liku ini tidak serumit dan sesukar dulu. Kekaburan ini seolah tiada lagi cahaya yang secerah dulu. Benar, ia tidak seperti dulu. Kata mereka “ Must be a way, always be a way”.

Subahanallah. Dengan kekuatanMu, dengan kerinduanMu, ia berputar atas paksi sendiri mencari tempat berlabuh yang paling selamat dan bermakna. Episod demi episod menigisi ruang-ruang pengdakian. Mereka bergerak, mereka berlari, mereka berfikir. Satu persatu kelihatan amat ligat beraksi di persinggahan yang penuh baru.

Menjejak langkah-langkah dan rentak-rentak ini. Ia tidak mudah dan tidaklah sesukar mana. Saat itu, ia seakan tidak percaya apa yang dibentangkan. Seakan tidak sedar di dalam dakapan kelemasan. Yang dahulu memohon agar dipelihara lagi. Sesekali ia rebah tanda lemah dan lelah dengan putaran-putaran ini.

Terus, ia sambut salam sayang yang ditakdirkan. Saat itu, salamnya menutupi segala tanda lelah dan lemah. Sayang dan cintanya mengatasi kekeliruan yang terbit di sudut hati. Tanpa disedari, ia melepasakan dakapannya perlahan-perlahan agar tiada lagi kelemasan. Berat melepaskan dakapan, namun apakan daya. Ia teralalu diluar kehendaknya.

Ya Rabbi. Bukan kehendak bukan keinginan. Suratan yang tertulis ia patuh dengan penuh tunduk. Entah mengapa saat ini ia cepat mengerti hikmah di sebalik penceritaanMu.

Ya Allah. Aku lihat ia menangis..

Maafi ia ya Rabb.. Tolong jangan tinggalkan ia lagi..

Gugur daun, tiada lagi tasbih membasahi memuji

Sedetik di Istanbul

Sedetik di Istanbul Perjalanan udara 11 jam dari Kuala Lumpur tidaklah sesukar hati yang membayang. Alhamdulillah, bagai mimpi menj...